“Tak Sempat Leraikan, Cikgu Keluar Buat Susu.” Wajah Anak Dicakar, Ibu Luah Rasa Kecewa

Share

Tular di laman sosial Facebook wajah anak kecil penuh kesan cakaran.

Video tersebut tular apabila individu yang dikenali sebagai Lidiya Izam berkongsi beberapa keping foto berserta perbualan WhatsApp bersama seorang pengasuh di sebuah pusat jagaan.

Tatkala ditanya mengenai kesan cakaran di wajah anak tersebut, alasan yang diberikan pusat taska tersebut tidak logik. Kononnya tidak sempat meleraikan pergaduhan yang berlaku antara anak wanita tersebut dengan kanak-kanak lain kerana pengasuh sedang sibuk memberikan susu.

“Sikap kecuaian pihak taska yang bagi saya tak boleh diterima pakai. Based on conversation via whatsapp pada awalnya, kononnya cikgu tak sempat meleraikan kanak kanak yang mencakar aqasha, tapi hakikatnya bila tengok CCTV, lain pulak jadinya.

“Kata principal taska tersebut, cikgu keluar buat susu dan cikgu lain pergi solat. Solat berjemaah ke? Solat berjemaah memang bagus tapi kena lah dgn situasinya,” katanya.

Lidiya sempat memuat naik bukti rakaman video dari kamera liter tertutup (CCTV) menerusi akaun Facebook miliknya.

Apa yang mengejutkan, tiada seorang guru atau pengasuh pun yang berada di dalam bilik tersebut.

Hasil dari rakaman video tersebut juga menunjukkan seorang kanak-kanak dilihat datang mencakar muka dan menindih Aqasha yang sedang terbaring dan kelihatan seolah-olah menahan kesakitan.

Selain kesal dengan tindakan terbabit, wanita itu juga berasa kecewa dengan pengurusan taska berkenaan kerana sejak insiden yang berlaku, dia tidak menerima apa-apa panggilan untuk berbincang mengenai hal tersebut.


ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden

ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu

BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club