Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tatkala anak-anak lain seusianya cukup kasih sayang dan ada tempat tinggal yang sempurna, dia pula tak ubah seperti gelandangan.
Dalam usia baru 12 tahun, dia terpaksa tinggal sendirian dalam rumah usang tanpa kehadiran ibu dan ayah di sisi. Biarpun masih punya ibu dan ayah juga saudara mara, namun dia tidak mahu menyusahkan hidup sesiapa dengan masalahnya.
Begitupun, sepanjang tinggal di rumah sendiri, bapa saudaranya kerap membantu dengan menghantar makanan setiap hari.
“Saya tak nak menyusahkan orang, mereka pun bukan orang senang. Tipulah kalau saya tak sedih…tak takut duduk seorang-seorang, tapi nak buat macam mana, reda sajalah,” kata Mohd Firdaus Abdullah.
Adakalanya dia terpaksa tebalkan muka menumpang tidur di rumah kawan dan membantu penduduk kampung melakukan kerja rumah bagi mendapatkan upah.
Kehidupan itu terpaksa dilalui Mohd Firdaus sejak dua minggu lalu selepas tinggal seorang diri di rumah sewanya di Jalan Intan, Kampung Dato’ Ahmad Said, Manjoi.
Dia yang sudah tidak lagi bersekolah sejak Oktober tahun lalu, tinggal sendirian selepas ibunya ditahan dalam satu operasi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), awal bulan ini.
Ketika ditemui, dia berkata, ibu dan ayahnya telah lama berpisah dan selepas berkahwin baharu, ayah tirinya juga meninggalkan mereka kira-kira lima tahun lalu.
“Saya anak tunggal, jadi selama ni memang duduk berdua saja dengan mak, tapi dua minggu lalu ada kawan beritahu yang mak dah kena tangkap sebab dadah.
“Saya tak sempat pun jumpa mak, tahu-tahu balik rumah dah kosong, tak ada orang pun,” katanya.
Ads
Menurutnya, kerana takut tinggal sendiri, dia menumpang tidur di rumah kawan baik yang juga rakan sekelasnya dahulu, dikenali sebagai Syafik.
“Keluarga Syafik baik, kebetulan mak dia dan mak saya kawan, bila mereka kena balik kampung, saya pun balik la semula ke rumah,” katanya.
Apa yang menyedihkan, rumah bersambung tiga pintu jenis papan yang turut didiami dua penyewa lain itu telah terputus bekalan elektrik dan air sejak dua tahun lalu.
Mohd Firdaus berkata, sepanjang tempoh itu, rumahnya hanya diterangi cahaya lilin dan mereka terpaksa mandi di tandas stesen minyak berdekatan.
“Memang macam ni lah kehidupan kami, lepas berhenti sekolah, saya tolong sapu daun kering dan bakar sampah di rumah orang, dapatlah upah RM3 ke RM5, mak pula kerja cuci-cuci, orang kampung pun banyak tolong, ada yang bagi duit belanja untuk kami makan,” katanya.
Ads
Bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jati ini juga menyatakan keinginannya untuk kembali ke sekolah.
“Memang saya nak ke sekolah, boleh jumpa balik kawan-kawan, dulu saya terpaksa berhenti sebab banyak sangat masalah,” katanya.
Ibu Mohd Firdaus berusia 42 tahun difahamkan kini berada di Penjara Tapah manakala kali terakhir dia mendapat perkhabaran ayah kandungnya berada di Negeri Sembilan.
Kisah kanak-kanak ini tular di media sosial menerusi perkongsian Presiden Persatuan Budak Bas Stand Ipoh, Amiruddin Mohd Daud di Facebook.
Amiruddin, 58, yang lebih dikenali sebagai Tok Anjang berkata, dia menerima panggilan daripada bapa saudara kanak-kanak itu yang meminta bantuan penjagaan sementara.
Menurutnya, tindakan itu kerana bimbang dengan keselamatan diri Mohd Firdaus selepas rumah berkenaan dipecah masuk penjenayah beberapa hari lalu.
Ads
“Mujurlah yang hilang hanya dapur dan tong gas, tetapi keadaan rumah dan kanak-kanak ini sangat tidak terurus.
“Kebetulan persatuan kami ada rumah wakaf yang digunakan sebagai rumah transit, jadi untuk sementara kami tempatkan dia di situ, adalah juga orang tengok-tengokkan makan minum dan pakaiannya.
“Rumah yang kami beri nama Rumah Bigbro itu baru enam bulan beroperasi khusus untuk ahli persatuan, orang bermusafir atau yang yang kurang mampu jadikan penempatan sementara,” katanya.
Beliau berkata, keadaan Mohd Firdaus telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak dan mereka mengesyorkan agar kanak-kanak itu ditempatkan di mana-mana asrama rumah perlindungan.
“Semua maklumat telah diambil JKM dan kita tunggulah nanti apa tindakan seterusnya.
“Kita nak dia duduk di tempat yang selamat yang membolehkan kebajikannya terbela termasuklah keperluan pendidikan,” katanya.
Terbaru, adik Mohd Firdaus bakal tinggal di rumah anak yatim atas bantuan Tok Anjang. Berita itu dikongsikan oleh beliau menerusi laman facebooknya.
Berjauhan dari keluarga adalah detik menyedihkan, lebih-lebih lagi bagi individu yang tidak pernah berpisah dengan orang tersayang. Selalunya bagi anak-anak yang sedang meningkat dewasa, berpisah disebabkan melanjutkan pelajaran itu dah menjadi lumrah bagi sesebuah keluarga.
Sedangkan berjauhan di dalam negara pun kadangkala ibu bapa dah susah hati , apatah lagi jauh ke negara orang. Apa yang penting jangan putuskan hubungan dan kekal berkomunikasi antara keluarga di mana sahaja berada.
Itulah yang akan dihadapi oleh anak kembar kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona telah berangkat ke United Kingdom (UK) bagi menyambung pengajian selama tiga tahun.
Perkara ini telah dikongsikan oleh Azhar sendiri di laman Facebooknya dengan memuat naik sebuah video keberadaan mereka di lapangan terbang menghantar dua cahaya matanya pada Ahad.
Dalam video tersebut Azhar menitipkan pesanan kepada dua cahaya matanya agar belajar bersungguh-sungguh dan tidak mengabaikan solat lima waktu.
Menurut aktor berumur 51 tahun itu, Andika melanjutkan pelajaran dalam jurusan Undang-Undang Maritim manakala Leona pula bidang Pengurusan. Malah dia juga sempat berseloroh agar anak perempuannya pulang dengan imej baru memandangkan cuaca di sana sejuk.
“Mami (panggilan Azhar) tak rasa sedih sangat mungkin sebab mereka dari kecil dah biasa mengembara ke seluruh dunia sebab sertai event Jamboree Pengakap atau Girl Guides Dunia.
Tiga tahun tak lama dan cukup masa untuk Leona balik dengan imej baru….UK kan sejuk.. Hahahaha.” tulisnya.
Sebelum ini, Leona menerusi video yang dikongsikan di TikTok, akui masih belum bersedia untuk memulakan kehidupan baharu.
“Saya sangat sedih nak tinggalkan keluarga di sini dan tidak bersedia untuk memulakan fasa baharu dalam hidup saya.” katanya dalam mood sedih.
Untuk rekod, Azhar dan Chempaka Emalin Pahamin mempunyai dua anak kembar lelaki dan perempuan iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin serta anak sulungnya, Kasih Leia Ixora.
Selain memiliki raut wajah yang comel, Yusuf juga seorang anak yang cukup manja dan bijak, membuatkan dia disayangi ramai.
Sebelum ini, Hanis Zalikha berkongsi video anaknya, Yusuf Iskandar bukan sahaja dilihat prihatin, bahkan cukup ringan tulang dan gentelman.
Abang kepada Aisyah ini membantu ibunya mengambil peralatan untuk pam susu badan. Terbaru, Yusuf dilihat membantu ibunya memasak di dapur. Biarpun masih kecil, namun sikap ringan tulangnya cukup terserlah.
I loveee cooking early in the morning with @theyusufiskandar . Semua dia nak buat dah jadi macam little helper everyday. Nasi nak cedokkan. Telur pun nak tolong pecahkan. Yang tak kena mengena macam letak air dalam ice tray pun buat. Tolong Mommy selalu ya sayang.
Menerusi perkongsian Hanis itu, Yusuf dikatakan membantunya memasak di dapur. Apa yang melucukan adalah dia memasukkan bawang putih yang dipanggilnya coklat chip.
aizara.co Bagus keknis ajar anak dari kecil..kalau kita dulu2 asyik marah anak kacau kat dapur😀sudahnya sampai ke tua derang malas nak ke dapur..gud job keknis @haniszalikha 👏👏
Buat pengamal ubatan traditional berasaskan herba, mesti ada yang telah biasa dan telah lama amalkan minum jus lega yang dijual dipasaran.
Umumnya, dikatakan jus lega ini baik untuk membuang angin dan bermacam lagi manfaatnya. Maklumlah antara bahan utamanya adalah menggunakan bawang putih, halia,madu dan sebagainya.
Andai kata ada masa terluang, ibu- ibu boleh juga sediakannya sendiri. Apatah lagi resipinya telah dikongsikan oleh Puan Nurhafizah.
Jadi tunggu apa lagi, jom hadam proses penyediaannya.
”Jus lega yang saya selalu buat. 100% natural, tanpa bahan pengawet. Nak beli mahal kan. Sebotol dah rm80. Baik buat sendiri, jimat & bersih.”-Nurhafizah
Kebaikan Jus Dikatakan:
-Jus lega sangat bagus untuk menurunkn kadar kolestrol dalam darah.
-Menyinkirkn toksin dalam badan.
-Menurunkn darah tinggi.
-Menyembuhkn gout.
-Membuang angin dalam badan.
-Melawaskn
penghadaman.
-Melancarkn perjalanan darah.
-Mampu menurunkn berat badan.
-Menurunkn bacaan gula untuk diabetes.
-Kaya dengan vitamin c.
“Ni saya share cara saya proses jus lega ni. Guna sukatan cawan je.”
Bahan -bahan:
1 cawan halia
1 cawan bawang putih
1 cawan lemon
1 cawan cuka epal
3 cawan air
Madu
Cara-caranya:
1. Buang kulit semua halia,bawang putih & lemon.
2. Blender halia, bwg putih & lemon dgn secawan air.
3. Dah siap blender masak semua bahan, campur sekali cuka epal & 2 cawan air.
3. Masak sehingga paras air separuh. Dalam 40minit.
4. Sejukkn baru masukkn madu. Bole cuba rasa nk manis atau sedang².
Ekstra tip :untuk madu tiada sukatan sebab saya main tuang je. Biasa setengah cawan lebih.
5. Dah betol² sejuk boleh tapis amik jus sahaja dan isi dalam botol.
6. Simpan dalam peti ais. Nak simpan luar pon boleh. Saya dah test. Setahun masih lagi ok.rasa tak berubah & tak basi.
“Saya biasa buat banyak. Untuk 3/4bulan.. Nak banyak boleh double sukatan saya bagi tu.”
Cara minum :
1 sudu pagi & malam (goncang sebelum minum)
Dalam dunia moden yang pantas, internet bukan lagi satu kemewahan ia adalah keperluan setiap keluarga moden! Dari si kecil yang sibuk menonton video YouTube,...