“Tak Sempat Ibu Nak Nyanyi Aafiyah Dah Takeover!” Warganet Kagum Dengar Aafiyah Baca Surah

Share

Anak-anak ni waktu kecil lah mudah nak diajar dan dibentuk. Segala apa yang masuk dalam minda mereka mudah untuk mereka ingati dan perlu selalu amalkan supaya apa yang dipelajari tidak mudah untuk lupa.

Baru-baru ini, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, berkongsi anak sulungnya, Siti Aafiyah yang sekali lagi mencuri tumpuan warganet apabila membaca potongan Surah ‘Abasa dengan lancar.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan puteri sulungnya itu menghafaz potongan ayat al-Quran tersebut dengan fasih.

“Semalam sambil kemas bilik office, sambil nyanyi lagu dan buka mikrofon, ingat nak karaoke dua atau tiga lagu. Tak sempat ibu nak nyanyi, Aafiyah dah take over.

“Ibu saja suruh dia baca Surah ‘Abasa ayat 1 hingga 8..masih ingat tak?

“Alhamdulillah ingat lagi..hujung-hujung tu biasalah dah tak fokus,” tulis Siti di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen tersebut, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum apabila mendengar hafazan Aafiyah dalam membaca potongan surah tersebut.

Malah pendakwah, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman turut meninggalkan komen dengan mengharapkan Aafiyah dapat menjadi seorang Qariah yang berjaya suatu hari nanti.

Sebelum ini, gelagat Aafiyah menyanyikan lagu tamil popular, Munbe Vaa nyanyian penyanyi dan komposer terkenal, AR Rahman turut mendapat perhatian.

Sumber : Instagram @ctdk