Takdir Allah mendahului segalanya. Seorang pelajar semester akhir di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu, yang bercita-cita menjadi ustazah, pergi menghadap Ilahi dalam satu kemalangan tragis di Kilometer 16, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, pada pagi Rabu.
Dalam kejadian sekitar jam 6.45 pagi itu, Nur Alya Fatnin Mohd Mawardzi, 22, bersama tiga rakan lain sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke IPG. Malangnya, kenderaan jenis Proton X50 yang dinaiki Allahyarham dirempuh oleh sebuah treler, mengakibatkan kejadian yang meragut nyawanya.
“Seluruh warga IPG dan IPGMKSM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah Nurul Alya Fatnin, pelajar 10 PISMP PAI 2 yang kembalinya ke rahmatullah.
“Marilah kita mendoakan dan menyedekahkan al-Fatihah agar beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” kongsi TikTok rasmi IPGMKSM.
HAFIZAH 30 JUZUK AL-QURAN
“Arwah seorang anak yang sangat baik dan dia adalah hafizah yang sudah menghabiskan hafazan 30 juzuk al-Quran,” kata ibu arwah
Menurut ibu Allahyarham, Azizah Harun, 63, anak bongsu daripada lima beradik itu sedang dalam perjalanan pulang ke IPG selepas menyertai lawatan ke Indonesia bersama pensyarah dan rakan-rakannya.
Azizah berkata, Allahyarham sempat membalas mesej WhatsApp bapanya, Mohd Mawardzi Akhir, 65, sekitar jam 6.29 pagi tadi, yang bertanya mengenai lokasi mereka ketika itu.
Ads
Azizah memaklumkan bahawa pada sekitar jam 7.58 pagi, mereka menerima panggilan daripada rakan Allahyarham yang memaklumkan tentang kemalangan yang berlaku. Setelah itu, keluarga segera bergegas ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Menurut Azizah lagi, anak bongsunya itu sepatutnya menduduki peperiksaan akhir pada keesokan harinya sebelum merancang untuk menghabiskan cuti bersama keluarga di rumah mereka di Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan mengucapkan takziah dan mendoakan Allahyarham.
“Hafizah 30 juzuk al-Quran, orang yang baik. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.”
“Tak sempat bergelar ustazah. ALLAH lebih menyayanginya. Takziah untuk keluarga.”
“Al-Fatihah buat arwah anak solehah Alya (al-hafizah). Semoga ditempatkan di syurga tertinggi, aamiin.”
Ads
@ipgmksm Seluruh warga IPGM dan IPGMKSM mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Nurul Alya Fatnin, Pelajar 10 PISMP PAI 2 di atas kembalinya beliau ke Rahmatullah pada hari ini. Marilah kita bersama-sama mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah agar beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah. #pelajaripg#takziah#pismp#MIZANIS#fyp♬ original sound – Zee القرآن
TRELER GAGAL DIKAWAL
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati treler jenis Volvo yang dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis, Pahang menuju ke Gua Musang semasa kejadian berlaku.
Ads
“Setibanya di lokasi, pemandu treler tersebut hilang kawalan dan merempuh dua kenderaan, iaitu Perodua Axia dan Proton Saga.
“Treler itu kemudian melanggar bahagian belakang sebuah Perodua Axia dan Proton X50 yang berada di bahu kiri jalan,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa impak pelanggaran tersebut mengakibatkan pemandu Proton X50 cedera di bahagian kepala, manakala penumpang hadapan hanya mengalami kecederaan ringan.
Beliau menjelaskan bahawa penumpang belakang di sebelah kiri mengalami kecederaan pada bahagian pinggul, manakala seorang lagi penumpang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Kemalangan yang berlaku pada awal pagi itu melibatkan 13 individu, termasuk pemandu treler.
Superintenden Sik Choon Foo turut memaklumkan bahawa kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana pemanduan secara melulu sehingga menyebabkan kematian.
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini diminta untuk menghubungi talian 09-9121222 bagi membantu siasatan lanjut.
Siapa yang tak kenal dengan usahawan , Hafiz Mahamad yang gemar melakukan kerja-kerja amal.
Malah peribadinya sebagai seorang majikan yang sangat memahami dan menitikberat kepentingan pekerja sering meraih perhatian masyarakat yang menjadikannya sebagi inspirasi.
Jika anda mengikuti perkembangan kerjaya serta peribadinya di laman sosial, pasti anda tahu akan hasratnya yang ingin menyediakan taska di ruangan pejabat bagi membantu menringankan beban pekerjanya.
Namun baru-baru ini, Hafiz telah mendedahkan bahawa hasratnya untuk membuka satu taska di bangunan pejabatnya tidak kesampaikan selepas mengambil kira beberapa faktor yang mungkin boleh memberi impak kepada pekerja serta perniagaannya.
Hafiz yang menjawab soalan yang ditanyakan pengikutnya di Instagram Strory mendedahkan bahawa sekiranya dia meneruskan hasratnya untuk membuka taska tersebut, dia khuatir dengan isu seperti penyakit berjangkit akan timbul bila mana terdapat salah seorang anak pekerjanya jatuh sakit di taska tersebut.
Kan saya pernah cakap sebelum ni yang saya nak buka ‘nursery’ untuk staf-staf saya supaya anak-anak diaorang boleh duduk dekat ‘nursery’ tu kan? Jadi jawapannya jadi ke tak buka adalah tak jadi.
Kenapa saya tak jadi buka sebab risikonya lebih banyak daripada yang baik. Sebagai contoh, benda yang baik adalah objektifnya saya nak meringankan beban-beban staf saya ni nak bayar ‘nursery’ yang mahal di luar sana.
Menjawab persoalan daripada pengikutnya di Instagram Story, Hafiz memberitahu bahawa jika dia meneruskan hasratnya untuk membuka taska tersebut, dia khuatir dengan isu kesihatan anak-anak pekerjanya. Hal ini kerana, apabila salah seorang daripada mereka kurang sihat atau sakit, kemungkinan ianya akan berjangkit dan sekaligus merisikokan kesihatan kanak-kanak lain yang berada di taska tersebut.
Tapi risikonya bila saya buka (nursery), saya akan nampak contoh, kalau satu anak berjangkit jadi dia akan berjangkit maka semua anak-anak staf saya akan berjangkit sakit tu. Jadi, saya kena bertanggungjawab.
Jadi satu anak sakit, satu mak mesti kena cuti. Kalau sepuluh orang anak sakit, sepuluh staf dah kena cuti. Jadi, lebih baik saya bagi kebebasan untuk staf saya cari ‘nursery’ yang terbaik di luar sana.
Meskipun hasratnya itu tidak kesampaian, Hafiz melakukan satu inisiatif yang lain buat kesemua pekerjanya yang mempunyai anak apabila dia memberikan elaun taska sebanyak RM350 untuk seorang anak bagi setiap pekerjanya.
Tapi saya tukarkan kos itu kepada elaun. Saya bagi mereka elaun kepada staf-staf saya untuk diaorang bayar ‘nursery’ di luar sana.
Saya bagi elaun untuk anak-anak staf seorang anak RM350, jika ada staf dua anak yang dihantar ke nursery luar, saya akan bagi RM700. Staf bebas untuk pilih nursery yang terbaik di luar.
Pada musim panas ini, ramai yang terasa bahang kehangatannya sampaikan kipas dan aircond di pasang serentak.
Mungkin ianya boleh mengurangkan kehangatan yang anda rasai tapi sebenarnya tindakan ini tindakan ini akan merugikan anda sendiri.
Ikuti penjelasan daripada seorang juruteknik Muhammad Noramin Mat. Sebenarnya tindakan ini bukan hanya membazir tapi juga menyebabkan kos penyelenggaraan pendingin hawa bertambah.
Dah pasang air cond, kipas tetap on. Ini dah jadi amalan kita. Cepat sikit rasa sejuk. Tapi sebenarnya tindakan ini tak disarankan.
On aircond + on kipas
Semalam aku ada bagitau pasal ON AIR COND + ON KIPAS BIASA. Kalau korang nak tahu, bila korang on je dua dua benda ni dalam masa yang sama, nanti suhu panas dengan suhu dingin boleh bergaul, lepas tu nanti filter air cond korang pun cepat tersumbat.
Kalau macam tu rugi je pasang air cond kat rumah kalau rasa dingin tu tak BEST! kan?
Jadi benda macam ni, korang kene kerap cuci filter air cond korang. Kalau tak cuci macam mana laa nak rasa SENSASI dingin air cond tu kan? Korang banyak rasa angin dari korang rasa dingin.
Aku nak buat video grafik aku tak reti geng. Aku lukis je la senang. (walaupun lukisan aku tak semolek lukisan Leonardo da Vinci. Korang paham dah kira ok la aku rasa).
Nah ni haah aku lukis gambar kat bawah bagi korang tengok (buka gambar, dalam tu ada citer sikit) macam mana kitaran angin tu.
Gambar A. Situasi normal bila ON AIR COND & off kipas biasa. Kitaran hawa panas dan dingin dalam kondisi yang baik.
Situasi di bawah bila kipas dan aircond kedua-dua on. Menyebabkan air cond pening dengan suhu ruang bilik. Kitaran hawa panas dan dingin bercampur. (boleh jadi penyebab bil elektrik korang tinggi). P/S: Kalau korang tahu guna ‘MOD DRY’, Tu dah kira lain.
Sumber: Muhammad Noramin Mat
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kanak-kanak 10 tahun, Mohd Mifzal Anaqi Muhammad Rizal yang meninggal dunia Khamis lalu kerana mengalami keracunan makanan disyaki makan tart keju yang dibeli bapanya.
Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Asits Sana berkata, jabatannya melalui Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Sandakan telah menerima notifikasi satu kematian kanak-kanak disyaki keracunan makanan.
“Kes kematian ini melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dengan sejarah memakan makanan yang dibeli oleh bapanya iaitu disyaki tart keju pada 23 Julai lalu (Selasa).
“Kanak-kanak tersebut telah mengalami gejala cirit-birit, demam dan hilang selera makan.
“Pada 24 Julai, kanak-kanak ini mengalami sawan dan telah dibawa oleh ahli keluarga ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Rawatan kecemasan seterusnya diberikan kerana kanak-kanak itu didapati berada dalam keadaan tidak sedarkan diri serta memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.
Katanya lagi, kanak-kanak itu terlebih dahulu dimasukkan ke wad perubatan pediatrik sebelum disahkan meninggal dunia.
“Maklumat awal yang diperoleh, menyatakan bahawa ibu kanak-kanak tersebut juga ada memakan makanan tersebut dan mengalami gejala yang sama serta diberikan rawatan di Wad Perubatan Perempuan Hospital Duchess of Kent (HDOK).
“Bagaimanapun, sejarah lengkap pergerakan dan pendedahan kes kepada makanan dan punca kematian masih dalam siasatan.
“Sampel makanan dan persekitaran turut diambil bagi tujuan menentusahkan punca kejadian,” katanya.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Secara mudahnya, orang Islam berpuasa disebabkan suruhan atau perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Terdapat banyak manfaat dan faedah berpuasa Ramadan bagi umat Islam.Berpuasa...