Masalah tumit merekah mampu mencacatkan penampilan seseorang individu. Justeru, apakah rawatan terbaik bagi mengatasinya? Nak tahu, jom tengok perkongsian dari Hello Doktor ini!
Apa yang menyebabkan tumit merekah?
Antara petanda awal masalah tumit merekah adalah anda akan lihat kawasan kulit yang kering dan menebal. Ia dikenali sebagai callouse.
Semasa anda berjalan, lapisan lemak di bawah tumit akan lebih mengembang dan boleh menyebabkannya bertambah parah.
Faktor-faktor lain yang menyebabkan tumit merekah termasuk:
• Berdiri lama selama beberapa jam
• Berjalan kaki tanpa alas atau kasut
• Penggunaan sabun yang mengeringkan akan menghilangkan minyak semula jadi kulit
• Pemakaian kasut yang tidak sesuai atau menyokong tumit
• Kulit menjadi kering kerana iklim, seperti suhu sejuk atau kelembapan rendah
Sekiranya anda tidak melembapkan kaki secara berkala, kulit kaki akan bertambah kering lebih cepat.
Rawatan di rumah untuk masalah tumit merekah
1. Pelembap kulit/losyen
Rawatan pertama untuk masalah ini adalah dengan menggunakan losyen badan atau pelembap yang dikhususkan pada kawasan tumit.
Untuk mendapatkan hasil yang bagus, pastikan pelembap anda mengandungi bahan-bahan tersebut:
Woman applying moisturizer cream on the legs over white background
2. Skrub kaki anda
Kulit di sekitar tumit yang retak selalunya lebih tebal dan kering berbanding di bahagian anggota badan lain.
Dengan merendam dan menyental kaki anda, kaedah ini mampu memberikan hasil kulit yang lebih halus dan licin.
Cara-cara melakukannya:
• Basahkah kawasan kaki anda menggunakan air suam selama 20 minit.
• Gunakan loofah atau foot scrubber untuk menghilangkan kulit yang keras dan tebal.
• Tepuk perlahan-lahan kaki anda dengan kain yang bersih untuk mengeringkannya.
• Sapukan pelembap kulit pada kawasan yang ingin dirawat.
• Pakai stoking untuk elak daripada meninggalkan kesan kaki pada lantai rumah.
3. Madu
Ads
Madu mampu berfungsi sebagai ubat semula jadi dalam merawat masalah kulit tumit merekah.
Menurut kajian, madu dikatakan mempunyai sifat antimikroba dan antibakteria.
Penyelidikan juga menunjukkan madu dapat membantu dalam menyembuhkan dan membersihkan luka, serta melembapkan kulit.
Oleh itu, anda boleh menggunakan madu sebagai agen pelembap setelah selesai menyental tumit seperti yang disebut di atas.
4. Minyak kelapa
Minyak kelapa juga sering disyorkan untuk merawat masalah kulit kering seperti ekzema, dan psoriasis.
Ia dapat membantu kulit anda mengekalkan kelembapan. Menggunakan minyak kelapa setelah skrub juga merupakan pilihan yang baik.
Sifat antiradang dan antimikroba yang terkandung dalam minyak ini juga dapat memulihkan tumit daripada mengalami pendarahan mahupun jangkitan.
Ads
5. Rawatan semula jadi yang lain
Terdapat banyak lagi jenis rawatan yang boleh anda lakukan dalam merawat masalah ini, walaupun tidak ada yang bukti secara khusus.
Sebilangan besar bahan ini memberikan tumpuan terhadap fungsi melembapkan dan melembutkan kulit.
Ini termasuk:
• Minyak zaitun atau sayur-sayuran
• Shea butter
• Oatmeal dicampurkan dengan minyak, untuk penyentalan
Cara-cara lain untuk elak tumit daripada merekah
Harus difahami bahawa pemilihan kasut yang tepat adalah sangat penting untuk menyokong kaki dan tumit.
Elakkan daripada memakai:
• Sandal yang terbuka dan tapak yang keras
• Kasut yang tidak menyokong tumit kaki
• Kasut yang terlalu ketat
Cara lain untuk mengelakkan tumit merekah ialah:
• Elakkan berdiri dalam satu kedudukan atau duduk dengan kaki yang disilangkan terlalu lama
• Lakukan pemerikasaan kaki, terutamanya jika anda menghidap diabetes atau masalah kesihatan lain yang menyebabkan kulit kering
• Minum banyak air untuk kekal terhidrat
Siapa yang tak nak cantik. Semua wanita sanggup berhabisan nak cantik, kulit muka mulus dan badan langsing. Untuk itu ada yangs sanggup membeli pil atau minuman kolagen untuk kembali cantik. Tak mengapa jika ada bajet yang banyak. Tapi jika sebaliknya tak salah berjimat dengan mengamalkan sumber makanan secara semulajadi.Diri pun selamat tanpa bahan-bahan pengawet.
Tular hingga 101K perkongsian, petua ini boleh diamalkan secara konsisten.
Detox kulit supaya jerawat hilang, lemak terhakis dan badan maintain kurus dan tak perlu telan pil! Jom kita detox untuk kulit berseri! Selera makan tak menjadi-jadi lemak pun berkurang!
Bahan : 1. Air masak : Dah pastilahhh sangat elok untuk badan & kecantikan muka 2. Timun : Tinggi anti oksida, hidrasi & membantu legakan kulit dan lembap! Psstt timun boleh kecikkan & keringkan jerawat. Parut punn makin pudar. Pori-pori? Makin tertutup! 3. Lemon atau Limau Nipis : Ada asid yang baik untuk cuci bersih segala kotoran dalam badan, toksin & hilangkan berat badan! 4. Serai : Membuang toksin dalam badan, tekanan darah & kurangkan kolestrol 5. Halia : Buang angin & toksin, kulit halus mulus, naikkan seri muka dannn boleh hilangkan STRESS!
Cara :
1. Potong semua bahan & masukkan dalam air 2. Simpan dalam peti sejuk – 3 jam 3. Siap! Boleh minum tak kisah berapa kali sehari. Kalau zura confirm kenyangggg je tak rasa lapar!
*Tahan 2 minggu jika letak dalam peti ais, Psttttt bukan kulit je cantik nanti tapi badan pun boleh kurus sebab terdetox sekali! 2 in 1 gitew.
Wow menarik perkongsian ni. Mesti cuba!
Sumber: Resepi orang kampung
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cantik dengan bantuan solekan memang mudah namun bagaimana pula halnya bila mana solekan ditanggalkan? Cantik semulajadi tanpa solekan, itu yang dicari semua wanita. Namun bagaimana mengekalkan kecantikan semulajadi ini.
Sebenarnya untuk wajah kembali berseri biarpun tanpa solekan boleh saja menggunakan bahan-bahan semula jadi. Tak perlukan produk mahal pun.
Bahkan inilah yang diamalkan oleh orang-orang tua kita satu ketika dulu. Lari daripada menggunakan bahan kimia, kita cuba praktikkan petua mak-mak dan nenek kita. Nak cantik kena usaha! Jom sama-sama kita amalkan;
Naikkan Seri Muka
1.Guna air basuhan beras
Ketika hendak masak nasi untuk keluarga, simpan air basuhan beras yang ketiga. Cuci muka dengan air basuhan beras sambil selawat tiga kali.Lakukan secara konsisten.
2. Basuh muka dengan air kelapa
Seminggu sekali, cuci muka dengan air kelapa,biarkan kering lalu bilas. Amalan ini bagus untuk naikkan seri muka dan tegangkan wajah tanpa botoks.
3. Bancuhan serbuk kunyit dan madu
Campurkan satu sudu kecil kunyit dan satu sudu besar madu asli. Bancuhan kunyit dan madu ini untuk dijadikan masker muka. Amalkan seminggu sekali. Kesannya, parut jerawat hilang dan muka bersih berseri .
4. Sapu yogurt asli
Sapu yougurt pada wajah, kemudian biarkan selama 15 minit lalu bilas. Wajah akan tampak gebu, halus mulus.
5. Skrub beras pulut
Sesekali buat skrub daripada beras pulut yang digabungkan bersama garam dan gula. Kisar halus dan kemudian sental wajah hingga rata. Bilas wajah bersih. Hasilkan kulit akan lebih licin dan lembut.
6.Air Mawar
Air mawar mengandungi banyak khasiat antaranya mengandungi ada vitamin A,C dan E. Semburkan air mawar pada kulit wajah selepas cuci muka setiap hari. Hasilnya, pori pori muka semakin kecil dan wajah semakin berseri-seri.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan niat untuk menunjuk itu adalah penjelasan usahawan Anes Ayunie apabila membeli emas seberat 15 kilogram yang dianggarkan bernilai RM2.5 juta di TikTok baru-baru...