Cairan pencuci lantai adalah antara bahan-bahan pencuci yang pasti  ada di setiap rumah. Apatah lagi jika lantai kediaman dibina daripada jubin mozek, marmar dan sebagainya. Jika tidak dimop dengan bahan pencuci tentu sahaja terlihat kusam dan tidak selesa untuk dipijak.

Semua sedia maklum juga, bahawa cecair pencuci lantai ini begitu mudah didapati dipasaran dengan pelbagai aroma dan jenama. Ini secara tidak langsung memberi alternatif buat kita sebagai pengguna mencari dan membandingkan yang terbaik untuk keluarga.

Namun berbeza dengan  Ummu Uwais Azizah ini yang pernah rasa tidak selesa setiap kali menggunakan bahan pencuci yang sedia ada dipasaran. Dan ini membuatkan dirinya beralih untuk menggunakan bahan-bahan yang bersifat natural dan bebas kimia.

Nak tahu apa kisahnya lagi, jom semak perkongsian ini.


Sejak bertukar secara sikit-sikit kepada produk natural ni memang jarang guna pencuci lantai. Biasa guna sabun yang ada atau tanpa sabun.

Mop lantai pun guna air je. Ada beli pencuci lantai mozek tu, keluaran Muslim. Tapi itulah produk bumiputera pun kena tengok ‘ingredients’ ya. Dah bertahun2 beli tapi tak habis2 sebab jarang guna. Pernah sesekali guna untuk cuci lantai bilik air, sekali bau dia buatkan terbatuk dan rasa sesak nafas.

Apatah sejak ada anak yang mula masuk fasa meniarap menyusur ni. Mula buat kerja sapuan atas lantai, pastilah seboleh mungkin elakkan penggunaan pencuci komersial yang berisiko menyebabkan alahan.

Aha, dah lama tak buat pencuci homemade ini. Mudah sangat guna dua bahan sahaja. Yang pasti wangi Oren tu macam EO Oren dah. Aroma Oren / lemon ni boleh release stress tau.

Dan apa bila ditanya bagaimana timbul idea untuk menghasilkan bahan pencuci lantai tersebut, ini jawabnya.

Ads

“Sebenar saya pernah baca orang share kebaikan soda bikarbonat dalam kepelbagaian guna untuk cucian dan pembersihan. Baik untuk kulit, sayuran, makanan, dan peralatan. Then Ada kawan juga kongsikan idea rendaman buahan citrus ni guna cuka. Saya pernah buat dan tahu idea ni sejak 3 tahun lepas. Kira idea ni banyak dikongsikan daripada web luar negara.”

 

Bahan-bahan :

Tak Selesa Guna Cairan Pembersih Lantai Komersial. Hasilkan Sendiri Seperti Mana Wanita Ni Lakukan.

Cuka tiruan
kulit oren/ lemon.

Cara penyediaan :

Ads
  1. Gunting kulit oren/lemon jadi kecil
  2. Tambah cuka tiruan sampai penuh / menutupi semua kulit oren/lemon
    Tutup.
  3. Peram selama seminggu dua.
  4. Dah boleh guna.

Cara Penggunaan :

Untuk cuci ‘table top’ dapur

Tak Selesa Guna Cairan Pembersih Lantai Komersial. Hasilkan Sendiri Seperti Mana Wanita Ni Lakukan.
Lembapkan kain dengan air, tambah sedikit larutan cuka citrus ni.
Boleh buat sapuan di dapur tanpa bilas.

Jika nak jadikan pencuci lebih berkesan terutama kesan minyak, campurkan larutan cuka citrus ini dengan sesudu dua soda bikarbonat. Tapi yang ini kena bilas semula dengan air.

Tak Selesa Guna Cairan Pembersih Lantai Komersial. Hasilkan Sendiri Seperti Mana Wanita Ni Lakukan.

Ads

Tak Selesa Guna Cairan Pembersih Lantai Komersial. Hasilkan Sendiri Seperti Mana Wanita Ni Lakukan.

Untuk Lantai
Lembapkan mop atau apa-apa kain untuk lap lantai. Tambah sedikit larutan citrus ini. Wangi je bau lantai nanti. Oren segar. (Tak perlu tambah soda dan tak perlu bilas kecuali lantai terlalu Kotor boleh tambah soda bikarbonat)

Berapa lama tahan?

Selagi kulit oren terendam penuh atau tak terdedah udara, tahan lama sebulan atau mungkin lebih.

 

Ekstra Info :
Jika dah ambil cuka rendaman kulit oren tersebut, boleh tambah cuka baru hingga penuh menutupi kulit oren.

Kulit Oren yang tidak terendam penuh akan berkulat dan berbau tak wangi.

sumber : Ummu Uwais Azizah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI