Tak Sangka Teguran Beri Sedekah, Ramai Pula Yang Ikut. Mesej Sampai! Lelaki Ini Kongsi Pengalaman.

Share

Hidup ini bagaikan pusingan roda. Ada ketika kita berada di atas, ada juga waktu kita akan berada di bawah. Jadi sebagai seorang muslim, kita harus bersikap saling menolong antara satu sama lain jika sesama manusia ditimpa masalah dan musibah.

Jadi si kaya membantu si miskin. Bukan yang miskin tidak mahu berusaha atau malas tetapi kekangan yang memaksanya berbuat demikian sehingga impian untuk hidup lebih selesa tinggi mimpi. Bagi yang  mempunyai rezeki lebih inilah masa untuk membantu. Bukan nak menunjuk tapi belas ihsan sesama manusia. Malah Islam sendiri menggalakkan amalan bersedekah.

Sebagaimana perkongsian lelaki ini, tanpa sangka, perbuatan memberi sedekah menjadi ikutan ekoran tegurannya yang diberi.

TEGURAN ‘JANGAN MINTAK SEDEKAH’

Pada suatu hari, aku pergi ke bank atas urusan permindahan sejumlah wang
yang agak besar.

Sebelum aku memasuki bank tersebut aku terlihat ada seorang kakak yang sedang memangku anak yang berusia 3-4 tahun.

Sementara menunggu nombor giliran, aku hanya memandang-mandang 2 beranak itu. Mereka peminta sedekah.

Setelah tiba giliran, aku terus ke kaunter dan keluarkan wang dari beg galas. Aku keluar wang yang diikat satu persatu. Aku susun.

“Eh encik! Nape bawak duit banyan macam tu je? Masuk… masuk ke dalam. Saya uruskan di dalam,” jelas seorang pegawai bank.

Ramai pelanggan lain menyaksikan apa yang diperkatakan oleh pegawai itu. Aku perasan semua memandang ke arah aku.

Aku terus masuk ke dalam.

Setelah selesai urusan aku terus keluar. Memang aku perasan semua orang memandang ke arah aku.

“Eh jangan pandang aku begitu. Duit tu memang aku punya tapi bukan milikku” aku bermonolog.

Ya, duit itu aku kumpul sedikit demi sedikit akan aku gunakan untuk membina rumah anak-anak yatim. Projek aku yang dah lama terbengkalai. Itu impian sebelum nafas terakhirku.

Semasa aku membuka pintu bank tersebut aku terdengar satu perbualan.

“Derma skit seringgit dua, puan. Saya nak beli susu anak ini,” ujar kakak peminta sedekah kepada seorang wanita.

Wanita tersebut juga baru keluar dari bank.

“Eh apa ni! Jangan minta sedekah kat sini. Nak minta sedekah ja kerja. Bukan takleh buat kerja nak tanggung anak pun. Pergi tempat lain,” balas wanita berbaju biru, berumur dalam lingkungan 40 an – garang, tegas.

TAK SANGKA RAMAI IKUT

Aku hanya perhatikan gerak geri mereka. Wanita itu berlalu pergi. Lalu aku dekati kakak peminta sedekah.

“Akak, ambik ni. Saya sedekah wakil untuk kakak baju biru tadi,” ujarku dengan suara yang kuat tujuan untuk didengari wanita tersebut.

Aku lihat wanita itu datang kembali menghampiri aku. Masak kali ni.

“Eh encik! Encik ni nak perli saya ke? Jangan nak menunjuk sangat ada duit banyak tadi.” Terus aku disapa wanita itu.

Memang sebenarnya aku nak sakitkan hati wanita itu. Geram juga.

“Maaf akak. Kalu taknak bagi sedekah takyah lah nak marah dia. Duit saya dapat kumpul semua duit tu pun sebab saya selalu sedekah. Rezeki kita murah. Dapat duit banyak tu pun untuk kebajikan bukan untuk saya.”

“Awak tengok tu. Semua orang dalam bank tu nampak. Konon buat baik. Malu lah saya sebab awak buat gini,” sambung wanita itu lagi.

“Takpe kak. Nanti akak perhatikan dari jauh apa akan berlaku di sini. Maaf saya terpaksa pergi.”

Aku terus pergi kerana tak mahu panjangkan pertengkaran. Aku masuk kereta yang diparkir berhampiran dengan bank.

Aku sendiri menunggu dan perhatikan apa wanita itu lakukan. Kelihatan dia tak pergi jauh dan membelek-belek telefon. Ber‘WhatApps’ gamaknya.

Ya, aku lihat setiap orang yang berurusan dalam bank itu akan menghulurkan sedekah kepada peminta sedekah itu. Satu persatu aku lihat. Aku pasti wanita itu sendiri perhatikan apa yang berlaku.

Aku sendiri pun tak menyangka. Setelah kejadian pertengkaran aku dan wanita itu, semua orang nak bersedekah. Mesej sampai.

Setelah kejadian itu berlaku, seperti biasa aku temui ayahanda untuk bertanya tindakan aku itu betul atau tidak. Tak dapat pahala kerana niat sedekah ingin menunjuk-nunjuk atau sebaliknya.

Ayahanda aku kongsikan satu hadis Rasulullah SAW dari Abi Masu’d Uqbah bin Amrin Al-Ansory al Adawyyi, Rasulullan SAW bersabda; “Barangsiapa menunjukkan kepada kebaikan maka baginya pahala yang sama dengan orang yang melakukannya.”

Aku terus mengerti apa yang ayahanda aku sampaikan. Alhamdulillah aku faham.

Sepertimana kita tahu, sekarang banyak isu yang diperkatakan tentang Ustaz Ebit Lew. Ramai yang menyerang beliau. Mereka kata Ustaz Ebit Lew buat kebajikan untuk menunjuk-nunjuk, nak buat kebajikan tapi merakam video untuk dipertontonkan. Mereka pertikaikan keikhlasan beliau.

Niat Ustaz Ebit Lew untuk menyedarkan kita supaya berbuat baik seperti beliau. Ia sebagai pemangkin dan penggerak hati-hati kita untuk buat kebajikan.

Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua esok ya.

Sumber: Ahmad Zakimi Abdullah