Hidup ini bagaikan pusingan roda. Ada ketika kita berada di atas, ada juga waktu kita akan berada di bawah. Jadi sebagai seorang muslim, kita harus bersikap saling menolong antara satu sama lain jika sesama manusia ditimpa masalah dan musibah.
Jadi si kaya membantu si miskin. Bukan yang miskin tidak mahu berusaha atau malas tetapi kekangan yang memaksanya berbuat demikian sehingga impian untuk hidup lebih selesa tinggi mimpi. Bagi yang mempunyai rezeki lebih inilah masa untuk membantu. Bukan nak menunjuk tapi belas ihsan sesama manusia. Malah Islam sendiri menggalakkan amalan bersedekah.
Sebagaimana perkongsian lelaki ini, tanpa sangka, perbuatan memberi sedekah menjadi ikutan ekoran tegurannya yang diberi.
TEGURAN ‘JANGAN MINTAK SEDEKAH’
Pada suatu hari, aku pergi ke bank atas urusan permindahan sejumlah wang
yang agak besar.
Sebelum aku memasuki bank tersebut aku terlihat ada seorang kakak yang sedang memangku anak yang berusia 3-4 tahun.
Sementara menunggu nombor giliran, aku hanya memandang-mandang 2 beranak itu. Mereka peminta sedekah.
Setelah tiba giliran, aku terus ke kaunter dan keluarkan wang dari beg galas. Aku keluar wang yang diikat satu persatu. Aku susun.
“Eh encik! Nape bawak duit banyan macam tu je? Masuk… masuk ke dalam. Saya uruskan di dalam,” jelas seorang pegawai bank.
Ramai pelanggan lain menyaksikan apa yang diperkatakan oleh pegawai itu. Aku perasan semua memandang ke arah aku.
Aku terus masuk ke dalam.
Setelah selesai urusan aku terus keluar. Memang aku perasan semua orang memandang ke arah aku.
Ads
“Eh jangan pandang aku begitu. Duit tu memang aku punya tapi bukan milikku” aku bermonolog.
Ya, duit itu aku kumpul sedikit demi sedikit akan aku gunakan untuk membina rumah anak-anak yatim. Projek aku yang dah lama terbengkalai. Itu impian sebelum nafas terakhirku.
Semasa aku membuka pintu bank tersebut aku terdengar satu perbualan.
“Derma skit seringgit dua, puan. Saya nak beli susu anak ini,” ujar kakak peminta sedekah kepada seorang wanita.
Wanita tersebut juga baru keluar dari bank.
“Eh apa ni! Jangan minta sedekah kat sini. Nak minta sedekah ja kerja. Bukan takleh buat kerja nak tanggung anak pun. Pergi tempat lain,” balas wanita berbaju biru, berumur dalam lingkungan 40 an – garang, tegas.
TAK SANGKA RAMAI IKUT
Ads
Aku hanya perhatikan gerak geri mereka. Wanita itu berlalu pergi. Lalu aku dekati kakak peminta sedekah.
“Akak, ambik ni. Saya sedekah wakil untuk kakak baju biru tadi,” ujarku dengan suara yang kuat tujuan untuk didengari wanita tersebut.
Aku lihat wanita itu datang kembali menghampiri aku. Masak kali ni.
“Eh encik! Encik ni nak perli saya ke? Jangan nak menunjuk sangat ada duit banyak tadi.” Terus aku disapa wanita itu.
Memang sebenarnya aku nak sakitkan hati wanita itu. Geram juga.
“Maaf akak. Kalu taknak bagi sedekah takyah lah nak marah dia. Duit saya dapat kumpul semua duit tu pun sebab saya selalu sedekah. Rezeki kita murah. Dapat duit banyak tu pun untuk kebajikan bukan untuk saya.”
“Awak tengok tu. Semua orang dalam bank tu nampak. Konon buat baik. Malu lah saya sebab awak buat gini,” sambung wanita itu lagi.
Ads
“Takpe kak. Nanti akak perhatikan dari jauh apa akan berlaku di sini. Maaf saya terpaksa pergi.”
Aku terus pergi kerana tak mahu panjangkan pertengkaran. Aku masuk kereta yang diparkir berhampiran dengan bank.
Aku sendiri menunggu dan perhatikan apa wanita itu lakukan. Kelihatan dia tak pergi jauh dan membelek-belek telefon. Ber‘WhatApps’ gamaknya.
Ya, aku lihat setiap orang yang berurusan dalam bank itu akan menghulurkan sedekah kepada peminta sedekah itu. Satu persatu aku lihat. Aku pasti wanita itu sendiri perhatikan apa yang berlaku.
Aku sendiri pun tak menyangka. Setelah kejadian pertengkaran aku dan wanita itu, semua orang nak bersedekah. Mesej sampai.
Setelah kejadian itu berlaku, seperti biasa aku temui ayahanda untuk bertanya tindakan aku itu betul atau tidak. Tak dapat pahala kerana niat sedekah ingin menunjuk-nunjuk atau sebaliknya.
Ayahanda aku kongsikan satu hadis Rasulullah SAW dari Abi Masu’d Uqbah bin Amrin Al-Ansory al Adawyyi, Rasulullan SAW bersabda; “Barangsiapa menunjukkan kepada kebaikan maka baginya pahala yang sama dengan orang yang melakukannya.”
Aku terus mengerti apa yang ayahanda aku sampaikan. Alhamdulillah aku faham.
Sepertimana kita tahu, sekarang banyak isu yang diperkatakan tentang Ustaz Ebit Lew. Ramai yang menyerang beliau. Mereka kata Ustaz Ebit Lew buat kebajikan untuk menunjuk-nunjuk, nak buat kebajikan tapi merakam video untuk dipertontonkan. Mereka pertikaikan keikhlasan beliau.
Niat Ustaz Ebit Lew untuk menyedarkan kita supaya berbuat baik seperti beliau. Ia sebagai pemangkin dan penggerak hati-hati kita untuk buat kebajikan.
Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua esok ya.
Nak didik anak yang sedang membesar untuk beribadat kepada Allah tentu ada cabarannya.
Selain memberi nasihat, ada juga menggunakan pendekatan ruang menarik untuk melatih anak seronok untuk beribadat.
Sebagaimana perkongsian ini. Tidak perlu modal yang tinggi sebaliknya menggunakan bahan yang dibeli secara murah untuk dekorasi ruang ibadat anak.
_______________________________
Ruang solat.
Saya kongsikan decorations ruang solat anak perempuan saya. Saya bukan pandai sangat menghias tapi saya agak pandai beli barang di ECO.
Hiasan dinding guna bakul yang ada penutup. Beli di ECO. Bakulnya buat tempat isi barang, penutupnya saya buat hiasan. Asalnya sayang penutup tu tak guna. Anak dara saya yang bagi idea.
Frame, bunga kecil tu pun ECO punya.
Wallpaper warna pink tu pun beli di ECO. Ikutkan nak buat sampai syiling tapi itu je yang ada.
Alas rehal warna pink pun beli di ECO jugak. Cantikkan? Gebus lagi.
Banyak benor barang ECO saya guna. Sebab tu kalau masuk ECO payah nak keluar.
Seterusny, Carpet. Tu carpet dah lama beli. Beli di Nilai 3.
Sejadah, rehal, Al-Qur’an terjemah hadiah orang bagi ke anak masa habis UPSR tahun lepas.
Lampu kecil beli di DIY. Lampu unicorn pun DIY.
Kerusi sofa tu beli terpakai. Asal warna hijau. Saya ganti dengn warna pink ikut tema wara fevret anak. Beli kainnya di Nilai 3, kain langsir tebal.
Saya buat hanya guna stapler besar dan gam panas. Cuma kena buat kemas-kemas.
Semoga dengan perkongsian ini, sahabat-sahabat dapat idea lebih hebat nak buat decoration untuk ruang solat. Aamiin.
Kredit: Nor Faizalina Wati Rahman
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak yang mengamuk, adalah seorang yang hilang kawalan. Ibarat dia sedang menghadapi badai dan taufan di dalam emosinya. Dia memerlukan sesaorang yang lebih bijak membawanya keluar daripada keadaan itu dengan selamat. Jika anda ibu bapanya, hilang kawalan sama, maka bertambah teruklah keadaan.
Dengan kata lain, anak-anak memerlukan bantuan kita terutama dalam keadaan seperti ini. Itu sebabnya marah yang melulu, tengking dan menjerit kepada mereka tidak akan memberi kesan yang positif bagi jangka panjang.Memanglah mereka diam dan NAMPAK seperti dengar cakap anda tetapi… hati dan jiwa mereka tercalar.
Berikut perkongsian oleh Ibu Rose – Mesejnya Kasih yang telah berkecimpung di dalam bidang Pembangunan Modal Insan dan pendidikan tentang bagaimana cara untuk mengawal anak yang suka mengamuk terutama mereka yang berusia 2 hingga 6 tahun:
Pertama – Jika anak hilang kawalan, anda perlu lebih tenang dan TIDAK hilang kawalan diri anda pula.
Kedua – Kaji sebab anak itu mengamuk. Jika letih, maka beri dia rehat. Jika dia kecewa, maka tenangkan emosinya. Anda perlu menunjukkan dengan lebih lagi kasih sayang anda melalui ketenangan dan kesabararan pada ketika ini kerana anak hanya mengamuk bila mereka resah.
Ketiga – Jika anak mengamuk dan anda menjerit-jerit suruh dia diam. Maka payah untuk dia diam dan ikut kata-kata anda kerana apa yang berlaku pada ketika itu menunjukkan anda tidak mengawal keadaan dengan baik. Namun, anda boleh naikkan suara anda sedikit, to match suara dia, contohnya, panggil nama dia kuat sikit, katakan nama dia Azim. Tapi BUKAN dengan nada marah. AZIM (suara agak kuat untuk match dengan suara dia). Bila anda mendapat attention dia, kemudian teruskan kata- kata anda dengan perlahan sedikit dari segi nada dan sebutan.
Empat – ajak dia menarik nafas dan anda juga menarik nafas dengan tenang dan dalam-dalam. Semasa itu Istigfar dan ajak dia Istigfar. Anak sebesar ini sudah boleh mengikut. Sebut dengan tenang. Sehinggalah dia menjadi reda.Sebelum anak reda, anda kena reda dahulu. Ini bukan masa untuk mahu memberitahu siapa yang lebih berkuasa dan kata-kata siapa yang hendak didengar.
Lima- Tenangkan diri anda dulu – Istigfar.. jangan biar iblis menyemarakkan apinya. Lihat punca mengapa dia mengamuk dan sebagainya.
Enam- Tegaskan suara anda untuk mendapat perhatian, kemudian pimpin mereka untuk menjadi lebih tenang dgn suara dan pergerakan anda yang lebih tenang, lembut, perlahan.
Tujuh- Minta izin untuk pegang/peluk dia. Jangan terus peluk. Umur begini sudah mula faham mereka. Walaupun anda berniat baik, namun, anda perlu berhemah dan jangan terus invade space mereka. You gain more respect by respecting them. Respect is earn not demanded.
Lapan- Setelah tenang baru beritahu bahawa perangai mengamuk begitu bukanlah cara yang baik untuk mendapat perhatian dan pertolongan anda. Jemput mereka untuk memberitahu resah hati mereka dengan baik dan beri mereka masa itu. Puji mereka bila mereka melakukannya.
Memang kita geram dengan perangainya pada ketika itu. Tapi ingatlah, anak kita itu tidak dilahir sememangnya degil dan jahat dan suka mengamuk dan akan mengamuk hanya untuk menyakitkan hati ibu dan bapa yang dia sayang. Fikir-fikirkan kembali mengapa pula dia hendak menjadi degil? Jawapan soalan ini memberi anda kesedaran betapa tidak baiknya kita bersangka buruk terhadap anak kita bila mereka lemah pada ketika itu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berlakunya perkara yang tidak diduga seperti perginya orang tersayang tentu sukar untuk dibayangkan. Apatah lagi jika insan tersebut adalah dari susuk tubuh orang yang menjadi tempat pergantungan keluarga, tentu hilang arah dibuatnya.
Tidak mahu si isteri mengelami keadaan tersebut, suami ini berkongsi pesanan dan peringatan kepada isterinya dan turut juga dikongsikan di akaun fbnya untuk peringatan yang lain.
Nak tahu apa pesanannya itu, ini perkongsiannya.
“Sayang kena hafal Password Maybank2U Abang ni,” pesan Cikgu Tg lembut dalam kereta semasa perjalanan pulang ke Port Dickson dari kampung halaman semalam.
“Kalau abang meninggal nanti, perkara pertama Sayang kena buat sebelum menangis adalah keluarkan sebanyak mungkin limit harian abang,” tambah Cikgu Tg.
“Iya insyaAllah bang,” jawapannya bersahaja, mungkin memikirkan benarnya kata-kata Cikgu Tg ini tetapi berat untuk difikirkan.
“Sayang faham kalau meninggal nanti semua akaun bank, KWSP, Tabung Haji, ASB dan semua institusi kewangan yang ada akan freeze,” semestinya dia arif, semasa di USIM dulu dia mengambil jurusan Financial Math dan belajar tentang Muamalat dan Takaful ini.
“Pernah terjadi satu kes, arwah suami seorang isteri ini meninggal, si isteri dapat keluarkan setiap hari RM5,000 selama 3 hari berturut-turut sebelum akaun bank itu freeze. Alhamdulillah sekurang-kurangnya si isteri ini telah punyai RM15,000 dalam tangan untuk urusan pengebumian, langsaikan hutang-hutang arwah dan diagihkan secara faraid duit lebihan itu sebagai harta pusaka kepada yang berhak.
“Ada jugalah dapat duit sedikit sebelum menunggu DUIT HIBAH TAKAFUL RM100,000 yang ditinggalkan oleh arwah suami beliau diserahkan 4 bulan selepas itu,” Cikgu Tg memberikan contoh agar si dia ini betul-betul memahami apa yang Cikgu Tg ingin sampaikan.
Bicara ini adalah kisah benar semalam, kami berbincang dalam nada bersahaja namun betul-betul mengambil serius tentang hal ini.
Buat para isteri di luar sana, berapa ramai dikalangan kalian mengetahui ID dan PASSWORD akaun bank suami kalian? Jika belum, bincangkanlah tentang hal ini.
Hal tentang masa depan bukan setakat bincang anak-anak akan datang nak sekolah di mana? Raya tahun ini nak pakai baju warna apa? Hujung minggu nanti nak beli barang dapur berapa bajetnya?
Hal tentang PENINGGALAN perlu difikirkan sama, saat Allah masih lagi beri peluang kita tidur atas katil bersama. Kerana apabila kita dijemput Ilahi, sangat berbeza mereka yang punyai PERANCANGAN dan mereka yang tiada langsung PERBINCANGAN.
Ramai yang terkejut tidak terkata dan terus buntu tidak tahu ingin buat apa jika sewaktu hayat ini tidak pernah mereka berbicara tentang KEMATIAN. Walhal ia adalah suatu KEPASTIAN.
Fikirkan teman-teman, telah ramai kawan-kawan kita pergi pada usia sebaya kita. Kita tidak terkecuali, suatu hari nanti pasti akan mengadapNya jua.
Mengingat Untuk Sama-sama Beringat
– Cikgu Tg –
Calon Jenazah
Anak, Suami dan Ayah Kepada 3 Orang Anak Kecil.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.