Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang menjadi kegemaran orang ramai. Telatahnya yang nakal dan terkadang manja mampu mencuit hati .
Tular di media sosial, bahawa seekor kucing telah ‘dilantik’ sebagai penjawat awam (PNS) di Pejabat Perkhidmatan Cuk4i atau KPP Pratama Serpong di Tangerang Selatan, Indonesia. Siapa sangka si bulus kena ‘kerja’ malah diberi kad pekerja!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ads
Merujuk ciapan menerusi akaun rasmi Direktorat JenderaI (Ditjen) Percukaian Kementerian Kewangan, kucing yang digelar Soleh itu turut diberikan ‘kad pekerja’.
Difahamkan, kucing berbulu putih dan hitam itu ditemui di KPP Pratama Serpong ketika ia masih kecil.
Kedatangannya turut disambut baik oleh pegawai di premis itu sehinggalah ia turut dianggap sebagai ‘kakitangan’ di pejabat berkenaan.
“Soleh kini sudah menjadi staf kami,” ujar admin akaun Twitter tersebut.
Ads
Antara ‘tugas’ diberikan kepada Soleh adalah menggembirakan dan menceriakan kakitangan serta pembayar cukai yang hadir di KPP Pratama Serpong.
“Soleh sering dilihat melakukan ‘tugasnya’ di sekitar rakan sekerjanya lain. Seluruh ruang @pajakserpong adalah tempat kerja Soleh yang dilantik sebagai ‘pelatih ahli meow’,” jelas ciapan itu lagi secara berseloroh.
Terdapat pelbagai cara untuk merapatkan hubungan dengan suami isteri bagi memastikan rumahtangga bahagia till jannah. Salah satu adalah me time bersama pasangan tanpa anak disisi.
Mungkin yang tidak bersetuju cara ini kerana tidak dapat berpisah dengan anak-anak yang masih kecil. Namun, setiap antara kita mempunyai pelbagai cara untuk mengeratkan hubbungan suami isteri.
Begitu juga dengan puan Siti Aishah yang sebelum ini telah berkongsi cara beliau dan suami mengeratkan hubungan suami isteri dengan pergi bercuti bersama anak-anak. Walaupun menyedari ada kata-kata yang tidak sedap dengar. Namun, beliau tidak ambil peduli kerana baginya ia ada caranya tersendiri.
Tak perlu kecam sgt suami isteri pergi bercuti tinggalkan anak.
Dulu sy jenis sukar tinggalkan anak2. Kalau boleh nak usung ke mana sahaja.
Sehinggalah ada satu ketika ibu bapak sy rajin kidnap anak2 saya (masa tu sy ada 2 org anak) balik Kulim utk spent time bersama mereka.
Saya dan suami? Ditinggalkan berdua di Klang.
Ketika itulah, setiap detail pada suami sy nampak. Belakang tengkuk yang gelap minta discrub. Muka jerawat minta dirawat. Sejuk malam minta diselimut.
Kerana sebelum ni saya sibuk uruskan najis, muntah dan daki anak2. Sibuk utk memastikan keselesaan anak2.
Kemudian semua berubah bila bapak dan ibu pindah Klang. So, kami jarang “ditinggalkan” berdua. Sehinggalah tahun ke 5 perkahwinan saya rasa “kosong” apabila bersama dengan suami.
Senyum dia kurang manisnya. Rajuk dia saya malas nak ambil pusing. Kami mula bergaduh. Selalunya sy yg mulakan. Dia seperti biasa diam dan membawa hati.
Semuanya kerana dia sibuk uruskan anak2 (kerana masa dia lebih dengan anak2 dan sy ketika itu sibuk bekerja di sebuah syarikat swasta).
Kemudian suami buat keputusan drastik. Tinggalkan anak2 pada ibu bapa sy dan bawa sy ke Pulau Tioman. Berdua. Saya tak nak. Dia insist.
Kami ke sana selama 5 hari. 3 hari pertama, sy berkeras membawa haluan sendiri. Sy lebih layan novel dari dia. Sy banyak habiskan masa di telefon bimbit. Ketika itu rasa jauh meskipun tinggal dalam chalet yg sama. Hati lebih teringat pada anak2.
Sehinggalah….
Suami mengajak pergi snorkeling. 1st event kami berdua di pulau itu. Cuba menjauhkan diri. Masih rasa kosong. Tapi semua berubah bila sy menyelam bersama suami melihat keindahan ciptaan Allah di dasar laut.
Ketika itu tidak tahu bagaimana tangan bertaut ketika menyelam. Banyak peristiwa berlaku ketika aktiviti snorkeling. Bagaimana kami dikejar obor2 besar. Suami malas nak berenang dia hanya paut pada badan sy dan harapkan sy berenang seorang. Sy hanya menyumpah manja sambil tergelak bila rasa dipergunakan ????.
Dan semua bermula dari Tioman. Sy nampak dia. Sy nampak kasih sayang dia. Dia bukan lelaki romantik. Tetapi lelaki yg baik. U cant have all girls. In order to gain some…u need to lose some.
Bermula saat itu….sy ubah DIRI SAYA. Saya kurangkan harapan agar dia berubah menjadi seperti suami kawan2 saya. Dia adalah dia.
Dan buat pertama kali selepas 5 tahun berkahwin, saya jatuh cinta semula. Dia menjadi sahabat karib sy sehingga kini. Dan kami pulang ke pangkuan anak2, dengan kasih yg lebih utuh.
Itu cerita 5 tahun yg dahulu.
Cerita berbeza bila suami mula menginjak 40an dimana lelaki di usia ini memerlukan lebih perhatian dan belaian dari pasangan.
So di pertengahan usia 30an, sy kena cerdik dan cerdas membahagi masa anatara anak2 dan suami. Ketika ini juga sy hamil anak ke 5. Menguruskan syarikat dan sambung Master. Sy bersyukur amalan berpantang yg utuh ketika 3 kali berpantang banyak membantu sy aktif dan cergas menguruskan anak2 dan memberi perhatian buat suami.
Penat? Usah cerita.
So, a small breakaway ketika Bengkel Herba di Langkawi bulan lepas sedikit sebanyak memberi ruang utk sy memenuhi masa bersama suami. Hanya kami berdua.
We spent quality time together. Masa ni lah berkesempatan bergaduh benda kecil2. Merajuk. Marah. Kemudian berbaik balik. Tiap2 malam kami drive sekitar langkawi sambil bercerita pasal anak2, arwah abah, mak, my parents, our future (selalu pasal company sebab my husband a bit lousy bercerita pasal love live – hidup JAWA!???).
We had our arguments. But we make up easily. Dan masa inilah pertama kali air mata suami tumpah merindui arwah abah. After 2 months abah meninggal. And Im glad Im there for him during the breakdown.
So guys…..
Some marriage need extra work. Anak2 boleh menjadi pengikat kasih sayang suami isteri, tetapi kadang2 suami@isteri juga mempunyai naluri seorang anak2 yg perlukan perhatian.
Suami kita masih seorang anak manja. Dan kita sebagai isteri sentiasa perlukan perhatian tak berbelah bahagi dr suami.
Ini fitrah kita.
Jadi jgn rasa bersalah tinggalkan anak2 utk pergi bercuti.
Anak2 akan lebih bahagia melihat ibu ayah berkasih utuh sehingga tua.
*Terima kasih buat ibu dan bapak sy yg banyak memberi kami ruang dan waktu utk bersama sepanjang 10 tahun tempoh perkahwinan kami. Doakan perkahwinan kami kekal dalam suka dan duka bersama sepanjang hayat, seperti mak dan abah…ibu dan bapak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wabak Covid-19 kian menular kini, ramai yang menjadi mangsa termasuk lah golongan selebriti.
Terbaru, pelakon Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar dilaporkan positif Covid-19.
Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Emma yang telah membuat ujian swab di rumahnya.
“Melakukan ujian swab di rumah dengan @kumpulan_megaklinik_zahran. Terima kasih banyak kerana datang dan terima kasih @kai_armd @nafidzrazak kerana memberikan maklumat yang kami perlukan.
Sangat bagus n sangat profesional. mereka boleh datang ke rumah anda dan melakukannya,” tulisnya sambil berkongsi video dia sedang menjalani ujian tersebut.
Di dalam perkongsian tersebut juga, Emma memberitahu yang dia tidak mempunyai sebarang simptom, namun hasil ujian yang dikeluarkan adalah positif.
“Saya sama sekali tidak mempunyai simptom, tetapi hasil yang diperoleh adalah positif.
“Jadi, walau pun rasa sihat buat je swab test sebab kita tak tahu kalau kita ada ke tak. Sila jaga dan ikuti sop. Selamat kuarantin kepada saya,” ujarnya.
Siapa sangka, dari wajah dan penampilan seakan anak gadis yang belum berumahtangga, tetapi rupanya sudah bergelar ibu kepada 7 orang cahaya mata!
Berkahwin sejak berusia 16 tahun, Noriza Tul Akma Abdullah yang kini berusia 32 tahun mengakui berkahwin awal bersama pasangannya, Muhamad Izzhar Bin Abdullah, 34 tahun memang keputusannya sendiri bukan daripada paksaan mana-mana pihak.
“Saya berkahwin dengan kerelaan sendiri, bukan atas paksaan keluarga atau dijodohkan oleh mereka.
“Kiranya, saya dan suami memang nak menghalalkan hubungan kami dengan perkahwinan.” katanya.
Bukan mudah untuk seorang ibu lebih-lebih lagi yang sudah beranak 7 untuk ‘pasang badan’, tetapi tidak bagi wanita ini ada cara tersendiri untuk kekalkan berat badan.
“Saya amalkan calories deficit untuk bantu penurunan berat badan, sentiasa jaga dan elakkan berat naik terlalu banyak. Saya juga ada ada amalkan supplement untuk kesihatan” jelasnya.
Ditanya apakah dorongan untuk kekalkan badan langsing seperti kini, Akma akui semua ini dilakukan atas motivasi sendiri dan suami juga banyak bagi sokongan.
Tambahan, Akma juga turut menitipkan pesan kepada anak muda masa kini yang berniat untuk kahwin awal untuk pastikan betul-betul bersedia kerana tak mudah sebenarnya kahwin awal.
“Bagi yang ada perancangan kahwin awal, saya nasihatkan jangan terburu-buru melainkan sudah benar-benar bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri.
“Ia kerana perkahwinan bukan perkara mudah malah kelangsungan hubungan suami isteri menuntut tolak ansur serta kesabaran tinggi,” katanya.
Sumber : Noriza Tul Akma Binti Abdullah
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di