Tak Sangka Sedap Rupanya! Sup Barli Berlauk Sesuai Redakan Panas Dan Demam

Share

Kebelakangan ini, banyak isu kesihatan yang sedang hangat, antaranya strok haba, demam, batu dan selsema. Cuaca juga sekarang tak menentu menyebabkan ramai yang mudah dijangkiti.

Bila sebut tentang demam, pasti para ibu pening kepala nak makan apa terutamanya kalau anak-anak kecil kerana mereka sangat sensitif jika tersalah beri makanan. Tapi, jangan risau resipi sub barli yang dikongsikan oleh Siti Annallyssa

ini sangat mudah dan sedap.

Tak dinafikan khasiat barli sangatlah banyak dan elok untuk kesihatan tubuh badan. Selain dijadikan sebagai air, barli juga boleh dimasak sepeerti sup bersama bahan tambahan lain untuk menambah lagi selera makan ketika demam. Jadi, resipi ini sangatlah disyorkan untuk dicuba.

Sup Barli

Bahan-Bahan:

  1. Biji barli
  2. Dada ayam
  3. Bawang holland
  4. Bawang putih
  5. Halia
  6. Serai
  7. Lada hitam
  8. Sayur-sayuran seperti lobak merah, daun sup ikut citarasa

Cara-Cara:

– Rebus barli selama lebih kurang 30 min, kemudian di periuk lain rebus dada ayam bersama bawang Holland, bawang Putih, halia, serai dan lada hitam (tanpa tumis).

– Perasakan dengan garam. Apabila barli lembut. Satukan kedua-duanya. Siap.

Sumber: Siti Annallyssa