“Tak Sangka Mereka Nampak Baik Di Depan Saya, Rupanya Berhati Binatang.”Luahan Ibu Mangsa Dera Di Tadika!

Share

Kejam memperlakukan anak kecil sedemikian. Bayangkan jika itu anak sendiri, bagaimana agaknya reaksi kita kepada guru berkenaan. Itu antara yang bermain di fikiran penulis apabila melihat satu video anak-anak kecil di sebuah tadika yang dipukul dan dihempuk sesuka hati oleh guru.

Video yang tular itu juga mendapat respond dari netizen yang rata-ratanya menyifatkan guru-guru berkenaan kejam.

Bagi ibu kanak-kanak malang tersebut, Nur Hasriha Mohamad yang berkongsi luahan hatinya berkata tidak menyangka anaknya dijaga oleh mereka yang berhati binatang.

Mengakui anaknya pernah bercerita dipukul oleh guru sebelum ini, namun Hasriha tidak percaya dan berfikiran positif memandangkan cikgu di tadika berkenaan nampak baik.

Ikuti luahan hati ibu kepada kanak-kanak bernama Dina Hanania yang baru-baru ini menyambut hari lahir ke 3 tahun.

happi belated besday adik Dina. Moga membesar menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat.


Assalamualaikum….berkenaan dengan kes dera anak saya tu…terus terang saya katakan….saya langsung tak boleh terima apa yang die dah buat pada anak saya. Tak sangka orang yang saya percaya boleh jaga anak saya sebenarnya berhati binatang (maaf bahasa kasar)..

Kami bukan dari keluarga yang senang..yuran bulanan yang mahal iaitu sebanyak rm380 mengharapkn penjagaan yang setimpal dengan harga…bukan dengan cara macam ni..terus terang saya cakap,sepanjang hantar anak ke situ,cikgu-cikgu semua nampak baik sangat depan saya…sampai anak tak nak sekolah saya fikir positif je…rupanya inilah sebab nya anak saya tak nak ke sekolah.

“Dia ada juga cerita teacher pukul dina..tapi cerita tu sebelum2 kejadian…saya tak percaya cakap anak…dia siap tunjuk kan teacher pukul mcm mana…saya suami isteri masih berfikiran positif..biar kan je ape yang dina cakap..

setiap kali bukak fb penuh crita pasal dina dan video tu sentiasa menghantui fikiran saya..hati masih belum boleh terima apa yang terjadi sekarang ni…

Hari ni 14.8.2018 genap ank ummi DINA HANANIA BINTI SHAHRULZAMAN 3 tahun…perancangan awal nak sambut befday dia kat sekolah dengan kawan-kawan..bila dah jadi macam ni…memang tak buatlah…ni tahun pertama dia sekolah dan tahun pertama die dah merasai benda macam ni…tadi sebelum die tidur..saya ada cakap dengan dia…dina nak sekolah baru tak???seronok dia bila dengar ummi dia nak carikan sekolah baru..

“Mungkin dia rasa syurga bila dah tak sekolah situ…tapi saya harap sangat2,sekolah baru nanti tolong lah jaga anak saya betul2…jangan lah benda ni berulang lagi..kasihan lah budak2 yang tak berdosa dianiaya sebegini rupa…

Apapun saya berterima kasih kepada tuan yang merakam dan pengurus sekolah kerana bertindak cepat..puan dah melakukan yang terbaik untuk anak2 yang teraniaya ni…terima kasih sangat2…

Akhir sekali saya nak wish pada anak saya Dina Hanania Binti shahrulzaman SELAMAT HARI JADI yang ke 3 thun…semoga kamu jadi anak yang solehah,berbakti pada ibu bapa,cemerlang dalam hidup dan semoga kamu dibawah lindungan tuhan ye nak…

Kepada siperlaku…saya taktan maafkan awak smpai bila-bila..Dan saya harap nasib anak saya dan yang lain2 akan terbela nanti.. tak lupa juga terima kasih sarjan dari IPK kerana bersungguh sungguh untuk membela nsib anak2 kami…

#hatihancurberkecaianakdidera
#sysyganaksy