Kejam memperlakukan anak kecil sedemikian. Bayangkan jika itu anak sendiri, bagaimana agaknya reaksi kita kepada guru berkenaan. Itu antara yang bermain di fikiran penulis apabila melihat satu video anak-anak kecil di sebuah tadika yang dipukul dan dihempuk sesuka hati oleh guru.
Video yang tular itu juga mendapat respond dari netizen yang rata-ratanya menyifatkan guru-guru berkenaan kejam.
Bagi ibu kanak-kanak malang tersebut, Nur Hasriha Mohamad yang berkongsi luahan hatinya berkata tidak menyangka anaknya dijaga oleh mereka yang berhati binatang.
Mengakui anaknya pernah bercerita dipukul oleh guru sebelum ini, namun Hasriha tidak percaya dan berfikiran positif memandangkan cikgu di tadika berkenaan nampak baik.
Ikuti luahan hati ibu kepada kanak-kanak bernama Dina Hanania yang baru-baru ini menyambut hari lahir ke 3 tahun.
Ads
happi belated besday adik Dina. Moga membesar menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat.
Assalamualaikum….berkenaan dengan kes dera anak saya tu…terus terang saya katakan….saya langsung tak boleh terima apa yang die dah buat pada anak saya. Tak sangka orang yang saya percaya boleh jaga anak saya sebenarnya berhati binatang (maaf bahasa kasar)..
Kami bukan dari keluarga yang senang..yuran bulanan yang mahal iaitu sebanyak rm380 mengharapkn penjagaan yang setimpal dengan harga…bukan dengan cara macam ni..terus terang saya cakap,sepanjang hantar anak ke situ,cikgu-cikgu semua nampak baik sangat depan saya…sampai anak tak nak sekolah saya fikir positif je…rupanya inilah sebab nya anak saya tak nak ke sekolah.
Ads
“Dia ada juga cerita teacher pukul dina..tapi cerita tu sebelum2 kejadian…saya tak percaya cakap anak…dia siap tunjuk kan teacher pukul mcm mana…saya suami isteri masih berfikiran positif..biar kan je ape yang dina cakap..
setiap kali bukak fb penuh crita pasal dina dan video tu sentiasa menghantui fikiran saya..hati masih belum boleh terima apa yang terjadi sekarang ni…
Hari ni 14.8.2018 genap ank ummi DINA HANANIA BINTI SHAHRULZAMAN 3 tahun…perancangan awal nak sambut befday dia kat sekolah dengan kawan-kawan..bila dah jadi macam ni…memang tak buatlah…ni tahun pertama dia sekolah dan tahun pertama die dah merasai benda macam ni…tadi sebelum die tidur..saya ada cakap dengan dia…dina nak sekolah baru tak???seronok dia bila dengar ummi dia nak carikan sekolah baru..
Ads
“Mungkin dia rasa syurga bila dah tak sekolah situ…tapi saya harap sangat2,sekolah baru nanti tolong lah jaga anak saya betul2…jangan lah benda ni berulang lagi..kasihan lah budak2 yang tak berdosa dianiaya sebegini rupa…
Apapun saya berterima kasih kepada tuan yang merakam dan pengurus sekolah kerana bertindak cepat..puan dah melakukan yang terbaik untuk anak2 yang teraniaya ni…terima kasih sangat2…
Akhir sekali saya nak wish pada anak saya Dina Hanania Binti shahrulzaman SELAMAT HARI JADI yang ke 3 thun…semoga kamu jadi anak yang solehah,berbakti pada ibu bapa,cemerlang dalam hidup dan semoga kamu dibawah lindungan tuhan ye nak…
Kepada siperlaku…saya taktan maafkan awak smpai bila-bila..Dan saya harap nasib anak saya dan yang lain2 akan terbela nanti.. tak lupa juga terima kasih sarjan dari IPK kerana bersungguh sungguh untuk membela nsib anak2 kami…
Selepas 5 bulan berjuang dan bertungkus lumus membantu pesakit Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dalam Sidang Media mengumumkan berita gembira buat petugas KKM. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam pengumuman tersebut memberitahu, frontliner akan diberikan cuti secara bergilir-gilir bermula minggu hadapan.
“Barisan hadapan di kementerian Kesihatan (KKM) bekerja siang malam tak henti dah lima bulan dah. Tak kenal hari minggu, hari bekerja dah.
“Hari ini kita nampak hasil pengorbanan kita, kes semakin berkurangan. Sekarang ini kita lihat penggunaan wad rawatan rapi (ICU) dan COVID-19 semakin berkurangan,” katanya.
Selain itu, kementerian juga akan memberi waktu rehat secara bergilir-gilir kepada staf Kementerian dan kaunseling kepada mereka.
Berita tersebut tentunya memberikan sinar kegembiraan buat para barisan hadapan yang pastinya lelah dalam menangani Covid-19 ini. Cuti yang diberikan sudah tentu dapat meneutralkan kembali semangat juang mereka agar dapat kembali bertugas dengan lebih dedikasi selepas kembalinya dari bercuti.
“Jadi mungkin kita akan guna masa seminggu dua untuk beri time off kepada warga kerja KKM secara bergilir-gilir dan juga kita akan beri kaunseling kepada mereka agar mereka dapat pertahankan diri untuk menghadapi kalau ada peningkatan kes lagi,” tambahnya.
Jelas beliau lagi, staf kesihatan adalah benteng terakhir negara menentang COVID-19. Kementerian akan menyusun semula strategi bagi menghadapi pandemik tersebut.
“Apa yang pasti, kita adalah pertahanan terakhir untuk kita mengelakkan daripada bencana besar kepada negara kita melibatkan kematian dan pertambahan kes.
“Jadi kini kami akan lihat balik tempoh seminggu dua untuk mengadakan perancangan baru untuk menyusun semula strategi tenaga kerja, peralatan kita dari hospital, makmal dan kesihatan awam.
“Saya ingin ambil kesempatan ini bagi mengucapkan terimakasih kepada semua barisan hadapan bukan sahaja KKM, tetapi PDRM, ATM, Imigresen, NGO dan sebagainya yang telah banyak bekerja keras bagi memastikan hasil pencapaian kita hari ini,” kata beliau.
Pernah cuba buat sendiri tak Pau Inti Kelapa. Ini antara yang disukai ramai dan cukup popular selain inti kaya dan kacang merah. Lebih-lebih lagi inti kelapa yang dimasak dengan gula membuatkan rasanya yang manis itu bergabung dengan rasa lembut dan gebu pau berkenaan.
Resipi yang disediakan ini cukup simple tapi hasilnya lembut dan gebut. Jom cuba perkongsian daripada puan Mariana Zainal.
Pau kalau peram lagi lama lagi ler gebu jadinya..sempat peram 15 minit jer…x sempat nk tunggu lama sbb nak amik anak sekolah..tetap gebu dan lembut.
SILAKAN RESIPINYA..
“PAU GEBUS”
Bahan A
1 1/2 cawan air suam kuku
1 paket yis
2 sdb gula pasir
( Satukan semua dalam satu bekas. .. kacau dan biarkan 5 – 6 minit lebih kurang )
Bahan B
4 1/2 cawan tepung pau ( tepung gandum pun boleh )
3 sdb shortening ( saya guna butter..tak ada stok shortening 😁 )
2 sdb susu pekat manis
2 sdt double action baking powder ( baking powder biasa pun boleh )
( Satukan semua bahan Bhn B gaul hingga jadi serbuk)
Caranya:
Masukkan larutan yis ( bahan A ) ke dalam bahan B. . gaul rata dan uli sebati selama 8 – 10 minit lbh kurang (8mnt pun ok)
Peram doh dlm bekas bertutup selama 15 minit di tempat yang bersuhu agak panas ( contoh dalam kereta. . bawah cahaya matahari..nak peram dalam umah pun xde hal)
Uli semula…bulat2kan. . ambil satu doh masukkan inti kacang merah/inti kelapa/kaya dan lapik dgn daun pisang/papercup/kertas..
Peram lagi 18 minit-20minit jer tau untuk pau inti kelapa,inti kacang..(jika pau kaya 15 minit-18 minit jer)
Sementara tunggu pau naik. panaskan air kukusan hingga mendidih..Bila pau dah naik (cukup masa peram ) kukus selama 7 minit guna api besar…
Dah cukup masa masak..terus buka tutup kukusan..(jangan tutup atau slowkan api yer)
Keluarkan pau dan letak atas kain bersih…
Tips = setiap doh 40gram
Setiap kali kukus pau yang seterusnya lap dahulu bawah penutup kukusan. .
Hanya tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi, bulan Syawal akan meninggalkan kita. Ramai yang mengambil kesempatan ini untuk membuat rumah terbuka bagi mengeratkan silaturahim di antara kita.
Namun kejadian yang berlaku baru-baru ini agak mengecewakan apabila seorang wanita terjumpa sepasang kembar yang sedang menangis di dalam sebuah kereta Perodua Aruz.
Kisah ini dikongsikan oleh Nana Nados di akaun Facebook miliknya, di mana beliau memaklumkan mendengar tangisan dua kanak-kanak yang didakwa kembar di dalam sebuah kereta Perodua Aruz di Taman Kajang Impian.
Setibanya beliau ke kereta tersebut, beliau memaklumkan sempat memberikan air kotak untuk menenangkan dua kanak-kanak ini.
Wanita ini terpaksa menunggu hampir 30 minit untuk bertemu ibu bapa, datuk dan nenek mereka kembali semula ke kereta selepas beraya ke rumah terbuka berdekatan.
Dimaklumkan penjaga kepada dua kanak-kanak ini sekadar mengangkat tangan dan senyum kepada wanita ini kerana membantu. Walau bagaimanapun, reaksi berbeza daripada ibu kanak-kanak ini yang didakwa seolah tidak mengendah perkara yang berlaku.
Perkongsian yang dibuat wanita ini telah mendapat perhatian para netizen di mana rata-ratanya menyelar tindakan penjaga dua kanak-kanak ini.
Malah, terdapat netizen yang mencadangkan agar wanita ini membuat laporan isu pengabaian kanak-kanak pada pihak yang bertanggungjawab.
Di ruang komen, ramai yang berharap agar ibu bapa serta penjaga kanak-kanak agar lebih mengambil serius berkenaan perkara ini kerana apa sahaja boleh berlaku lebih-lebih lagi jika kanak-kanak tersebut bertindak di luar kawalan.
Semoga kisah ini menjadi ikhtibar kepada masyarakat agar lebih peka dan bertanggungjawab.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...