
Rupanya nak dapat Ayam Masak Kicap yang sedap ada caranya. Hanya guna bahan yang ada di dapur je. Inilah yang dikongsikan oleh puan Ida Radzi.
Ada tak yang kalau buat Ayam Masak Kicap, akan letak sikit perencah sup? Bagi yang tak pernah, cuba la buat, memang sedap rasa dia 🤗
~ Edit ~
Disebabkan ramai yang baru nak cuba, saya edit resepi untuk 3/4 ekor ayam .. ini cara saya yer 😁
Bahan-bahan
*Bawang besar dihiris
*Bawang putih ditumbuk kasar
*Halia ditumbuk pecah je
*Serai sebatang dititik ( pilihan, letak lagi sedap )
*1/2 sudu kecil serbuk sup ( saya suka letak sikit je untuk aroma dan rasa yang ringan )
Cara membuat:
~ Tumis semua bahan hingga naik bau. Kemudian masuk kicap dan sedikit air ( saya guna kicap lemak manis ) ..
~ Dah menggelegak, masuk ayam yang telah digoreng terlebih dahulu .. garam tak perlu sebab masa goreng ayam dah letak garam, kicap pun dah ada masinnya.
Simple aje resepi saya ni, tapi rasa insyaaAllah sedap 🤗
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Ibu Mana Tak Risau…” Anak Alami ‘Speech Delay’, Tasha Manshahar Kurangkan Gajet, Lebihkan Komunikasi

Penyanyi Tasha Manshahar berkongsi perkembangan anak sulungnya, Muammar Rafiqi yang mengalami masalah ‘speech delay’ ketika diusia setahun enam bulan.
Bimbang dengan situasi tersebut, pemilik nama sebenar, Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar berkata, anak lelakinya itu tidak boleh menyebut perkataan bermakna seperti mama dan susu.
“Ada ketika, saya sangat risau sebab Muammar belum sebut apa-apa perkataan. Kalau ikut guideline, Muammar kira lambat jugak bercakap.
“Pernah masa pergi check up setahun enam bulan, doktor tanya perkataan apa saja dia dah sebut. Saya kata, tak ada. Sebab memang tak ada. Dia buat bunyi, tapi tak ada perkataan bermakna.
“Apa maksud perkataan bermakna? Contoh anak sebut ‘mama’dan mama tu memang dia tujukan untuk ibu dia. Bukan semua benda mamamamamama. Tu tak dikira perkataan bermakna.
Contoh lain, susu. Contoh dia sebut ‘shu’ walaupun pelat, tapi dia sebut bila dia nak susu. Dan kita faham perkataan ‘shu’tu dia maksudkan susu. Tu dikira perkataan bermakna”, katanya.
Tasha turut mengakui, pernah pertimbangkan nasihat doktor untuk membawa anaknya itu bertemu dengan pakar terapi u tuk masalah speech delay.
“Secara umum, setahun enam bulan anak dah mula sebut beberapa perkataan bermakna. Tapi Muammar langsung tak ada masa tu. Lagi pula doktor tanya kalau kami nak dia buatkan surat rujukan ahli terapi.
“Sebagai ibu kali pertama, tipulah kalau tak risau. Tp at the same time, tak adil untuk Muammar kalau saya in denial. For me, if kita betul sayang anak kita, kita patut bagi peluang untuk dia dapatkan bantuan kalau dia memang perlukan. Itu hak dia,” ujarnya.
Bagaimanapun selepas berbincang dengan suaminya yang juga penyanyi Raqib Majib, mereka mengambil keputusan untuk melihat keadaan Muammar sehingga mencecah dua tahun.
Mengambil langkah dengan mengurangkan penggunaan gajet dan lebihkan berkomunikasi, penyanyi berusia 29 tahun ini meluahkan rasa syukur apabila anaknya akhirnya boleh menyebut dan menggabungkan beberapa perkataan.
“Jadi saya berbincang dengan Raqib, kemudian kami ambil keputusan untuk bagi masa sampai dia dua tahun. Jadi daIam tempoh ni kami kurangkan gajet and banyakkan komunikasi dengan dia.
“Alhamdulillah, masa umur dua tahun dah mula ada perkataan bermakna. Kami sambung lagi usaha dan seingat saya masa dia nak masuk dua tahun enam bulan, dia dah boleh gabung dua hingga tiga perkataan.
“Lambat sikit kan? Tapi ada progress Alhamdulillah. Ni dah nak masuk tiga tahun Jun 2022, masyaAllah tabarakAllah, dah boleh buat ayat lengkap, dah boleh buat kawan borak.
“Seronok sangat Ahamdulillah. Apa yang buat saya ingin kongsi sebab semalam saya belikan dia nugget, sambil buka box nugget tu dia cakap, ‘asheh mami beyi naget'(terima kasih mami beli nugget),” katanya.
Untuk rekod, Tasha berkahwin dengan Raqib Majib pada 8 September 2018 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muammar Rafiqi, tiga tahun dan Mateen Rizqi yang kini berusia tujuh bulan.
Sumber: tashamanshahar
ARTIKEL MENARIK: Tak Boleh Ikut Peraturan, Bersedialah Untuk Dihukum, Bukan Minta Dilayan Macam Raja
ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu
BACA INI JUGA : Neelofa Rancang Ikut Suami Sambung Belajar Di Tanah Arab & Dedahkan Bilal Persekitaran Baru!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Resipi Puding Karamel Licin,Lembut & Sedap. Pasti jadi!

Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Gandingan ideal pudingnya yang berlemak, tekstur yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, cukup enak dinikmati ketika sejuk.
Untuk minum petang hari ini, apa kata cuba resipi ini untuk sajian bersama keluarga atau teman-teman. Bahan yang digunakan tak banyak malah cara membuatnya juga cukup mudah.Jom kita cuba
Bahan untuk puding:
5 biji telur saiz B (jika saiz A, 4 biji)
1 tin susu cair (400ml)
150 ml air biasa
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan untuk karamel:
5 sudu besargula
2 sudu besar air
Cara membuat karamel atau gula hangus:
Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
Cara membuat puding:
Satukan semua bahan membuat puding di dalam mangkuk.
Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati.
Kemudian tapis adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel.
Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.
Info Ekstra!
1.Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie. Caranya,letak air di dalam loyang dan tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50minit pada suhu 180 darjah Celsius.
2.Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan seperti hirisan kiwi, anggur, pic atau strawberi.
Sumber : hanamemories.blogspot.com
Tak Perlu Nak Uli Doh, Guna Kulit Popia Je Buat Murtabak. Jimat Masa, Tenaga & Rasanya Tetap Sedap!

Kalau pergi bazar, mesti akan tergoda dengan bau murtabak kan? Bila dah tergoda tu, mesti la kena beli!
Jom buat sendiri murtabak kat rumah, hanya guna kulit popia sahaja untuk kulitnya! Tak perlu nak uli doh dah, jimat masa siap inti terus lipat!
CARA BUAT MURTABAK MINI GUNA KULIT POPIA
Bahan-bahannya:
Kulit popia
3 biji ubi kentang (potong dadu)
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih (didadu)
3 sudu makan rempah kari ikan
Daun sup @ daun bawang
Isi ayam @ daging (dicincang)
Telur ayam 2 biji
Cara-caranya:
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan rempah dan tuang sedikit air jangan terlalu banyak. Bila rempah dah pecah minyak, masukkan isi ayam dan kentang. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati dan masak sampai kering menggunakan api sederhana.
2. Pecahkan telur, kemudian masukkan sedikit garam dan pukul sebati. Kemudian masukkan bahan inti tadi ke dalam telur, gaul sebati.
3. Letak sedikit di atas kulit popia dan lipat seperti bentuk murtabak.
4. Goreng dalam periuk ajaib atau pan anti lekat dalam minyak yang sedikit. Balik-balikkan kedua-dua belah supaya masak rata.
Siap! Selamat mencuba.
Sumber: Dianadiandra Diana
Ada ye anak-anak kat rumah tu puasa ‘yang yuk’? Haa meh dengar perkongsian dari PU Riz ni!
Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!