Kerohanian

Tak Sangka Kena Jerit Dalam Surau, PU Riz Terkejut & Sedih

Share

Lagi kisah tempat solat yang tak sedap kita dengar. Kali ni di surau pula.

Baru-baru ni menerusi perkongsian Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau lebih mesra disapa PU Riz, memberitahu ditegur dengan nada yang agak keras oleh seorang individu hanya kerana dia baring di dalam surau sementara menunggu waktu solat.

*Sahajalah berkongsi, sebagai seorang yang bukan selalu berkesempatan jemaah waktu Maghrib dek kerana sedikit jam dan sebagainya, haritu sahaja la tunggukan waktu solat.

“Sekali saya terkejut bila kena jerit baring dalam surau. Sedih juga la.”

Sahaja kongsi. Ada manfaat sebenarnya bila tunggu waktu solat ada hadith,” tulisnya.

Dalam pada itu turut menasihatkan ahli kariah agar tidak terlalu tegas dengan jemaah yang ingin berehat di kawasan masjid dan surau.

“Pakcik-pakcik yang bertangungjawab selia masjid, jangan jerit saat org itikaf di masjid. Bukan tidur semalaman pun. Hanya berehat sekejap untuk tunggu Magrib.

“Dia mari dengan suara yang amat deras dan kuat ‘Tak boleh tidur dalam masjid. Orang marah’. Siapa entah nak marah Pakcik oi. Nanti kalau kata balik dia rasa kita biadap.

“Buat apalah kita buat masjid tapi tak bagi orang duduk sekejap.

Dalam pada, meninjau di ruangan komen, netizen turut berkongsi bahawa pernah melalui situasi yang sama. Antaranya komen berharap pengurusan masjid prihatin mengenai isu berkenaan.