
Mungkin ibu-ibu perasan, ada masanya kelihatan kotoran seakan-akan serpihan kertas atau tisu pada baju yang telah dicuci.
Kotoran ini akan lebih jelas kelihatan pada baju berwarna hitam. Selain itu, mesin basuh yang kotor juga punca pakaian yang dibasuh dan ditinggalkan semalaman berbau kepam atau hapak.
Jangan tak tahu, di dalam mesin basuh patut di cuci sebenarnya. Caranya juga mudah menggunakan bahan pencuci yang dibeli di kedai Eco sahaja.
Admin ada melihat perkongsian dari Qis Ghina menerusi Kelab Kaki Deko. Jom ibu-ibu cuba petua ni.
“Nampak tak tu??? Uiii byk nya daki kat mesin basuh tu, bekerak siuttt, kalah kerak daki org mengandung😁😁🤭sis cubaaa spa kan mesin basuh sis😂bahan2 spa sis beli dekat kedai eco je😁kira nk buat haul kedai eko lh ni😘
“Ok sesapa yg higenik tu boleh lh gi cari kat kedai rm2 sekupang tu na, selamat mencuba abang kakak dan selamat mencuci poket di kedai rm2 sekupang😅🤣kompom💲💸💸
“On mesin mcm biasa kemudian masuk kan serbuk yg di beli di kedai eco rm2 sekupang ke dlm mesin, biar kan air penuh dan berpusing seketika, kemudian pause rendam utk satu mlm, mesin auto yy.
“Esok pagi on semula mesin dan biar mesin jln mcm biasa sampai habis,ending dia akan ada sikit2 habuk yg tertinggal, itu sahaja, done.
“Allah Lebih Sayangkan Anakku. Redha, Tak Nak Nangis Sebab Papa Kuat.” Fizz Fairuz Kongsi Berita Isteri Keguguran

Isi Kandungan
ToggleAnak anugerah yang terindah buat pasangan suami isteri. Dalam kegembiraan menantikan orang baru, namun takdir Tuhan tak siapa mampu menolaknya.
Dalam satu perkongsian, Datuk Fizz Fairuz memaklumkan isteri kesayangannya, Datin Almy Nadia keguguran.
Pasangan ini sepatutnya menimang cahaya mata yang keempat namun percaturan Yang Maha Esa, tak siapa mampu menolaknya.
AL FATIHAH.. terima kasih allah bg kami 14mggu bersama baby ke4 saya dan @almynadiaofficial .. allah lebih sayangkan kami anakku.. papa redha.. papa taknk nangis,sebab papa kuat.. amin.. semoga allah jaga kamu ye anakku.. al fatihah..
View this post on InstagramA post shared by Dfizzfairuz (@fizzfairuzofficial) on
Sebelum ini, Fizz Fairuz ada berkongsi berita gembira tersebut dengan memuat naik di laman instagramnya.
Nampaknya tiada rezeki untuk pasangan ini menimang cahaya mata keempat. Semoga Almy dan Fizz tabah dengan dugaan ini.
Berita tersebut mendapat respond yang mana rakan selebriti dan pengikut pasangan ini mengucapkan takziah atas kehilangan tersebut.
ladydidiemsia Allahuakbar @fizzfairuzofficial @almynadia86 takziah..Insyaallah die tunggu korang disyurga🌹
dayahbakar Allah 😢 Innalillahiwainnalillahirrojiun. Semoga abang , kak almy dan keluarga diberikan kekuatan . In sha Allah jumpa di syurga ❤️
eleena.sui Allahu. Ya allah, Abang & kak @almynadiaofficial please be strong. Salam takziah dan al fatihah.
aslizaali81 Al fatihah… in shaa Allah setiap ujian ada hikmahnya… slm takziah
eiramahierah Sedihnya.. Al fatihah.. 😢 Dugaan.. Sabar yea.. abglang @fizzfairuzofficial kaklang @almynadiaofficial
mizyanibellaluna Allahu…Al-Fatihah❤️Insya Allah Baby tunggu Papa/Mama di syurga. Stay strong @fizzfairuzofficial @almynadiaofficial
bunga_d_angkasa Innalillahi wainna ilaihi raji’un.. Beruntungnya kalian, anak syurga menunggu di pintu syurga.. 😍
Sumber: IG fizzfairuzofficial
“Bangun Lewat Di Rumah Mentua Salah Ke?”- Menantu Kena Bijak Sesuaikan Dengan Situasi!

Hidup berumah tangga ini memang banyak bezanya jika ingin dibandingkan dengan kehidupan anak dara. Semua tindak tanduk kita bukan sahaja terkesan pada pasangan malah akan mencuri perhatian mentua, ipar duai dan seluruh ahli keluarga hatta walau bangun lambat sekali pun!
Mungkin jika dulu ibu sendiri hanya sekadar membebel namun tidaklah samapi berkira bila anak gadisnya bangun lewat, tapi lain pula pandangan dalam keluarga mentua. Bangun lewat itu boleh membuatkan ipar duai dan mentua berbisik sesama sendiri.
Hal ini menyebabkan ada yang melontarkan pertanyaan ini di media sosial, adakah salah jika bangun lewat jam 11 pagi di rumah mentua?
Bagi menjawab persoalan itu, Puan Marlia Ramli berkongsi pandangan tentang apa sebaiknya menantu perempuan boleh lakukan agar tidak dipandang sinis di mata mentua dan ipar duai.
BANGUN LEWAT GILA DI RUMAH MENTUA?
Salah. Kat Negara Malaysia ni salah kalau anda menantu perempuan. Mentua dan ipar duai anda akan mula berbisik.
Menantu lelaki bangun tidur tengahari pastu sambung tidur semula pun tak de masalah. Siap maknya isteri hidangkan kopi cawan lapik untuk menantu lelakinya.
Ya… Imbalance ini memang berlaku.
Menantu perempuan ada expectation perlu dibuat. Menantu lelaki? Asalkan tak mencarut depan mentua dah kira soleh dah tu!
Beginilah anak-anak muda,
Akak sentiasa kempen jika rasa tak mampu nak bangun awal, tak mampu masuk dapur sebelum subuh, tak mampu nak meet expectation terhadap “typical menantu perempuan” – ajak suami tinggal di rumah sendiri.
Rumah sewa pun tak pe.
Rumah kecik pun tak pe.
Belajar berdikari.
Mudah nak jaga aurat.
Selesa ada ruang peribadi.
Fahami realiti hidup.
Bangun lewat? Tanggunglah perut lapar.
Rumah anda? Sukati andalah.
Asalkan anda suami isteri bahagia.
Sesekali balik rumah mentua?
Alah… sesekali je kan?
Kau armed je alarm snooze level bingit telinga.
Snooze seratus kali.
Ngam-ngam subuh je kau dah kat dapur bancuh teh.
Kau jenguk sinki ada pinggan dua tiga biji, kasi settle. Pastu kalau kau OCD pengemas namatey pun tak payah memandai ubah susunan dapur umah mentua kau. Mata kau sakit tengok? Pejam mata. Jangan memandai ubah apa-apa. Kau layan je style susunan mentua kau.
Pastu kau ye kan aja segala benda yang mentua kau cakap. Dia nak puji menantu lain ke, nak up anak dia ke, nak mengumpat jiran ke, nak puji diri sendiri ke… kau layan kan aja. Tak payah bantah bagai. Anggap je Mentua kau sedang buat video Tik Tok. Kau enjoy je tenung dia sambil angguk-angguk dan gelak je keja kau. Lantak pi situ.
Masa nak balik kau salam berisi (amik dari poket suami kau). Mohon doakan saya Mak… Kau gunalah dialog syahdu drama petang-petang. Pastu kau puji cakap kuih lepat yang Mak buat tu sedap. Kau minta resepi walaupun dapur rumah kau tak penah berasap. Mak yang mula masam cam siput by auto akan senyum. Silap aribulan, kau lah menantu kesayangan
Mentua kurang bunyi, ipar duai tak de modal nak melebih. Settle!
Wanita hari ni jangan lurus sangat. Pandai-pandai la be creative and be flexible mengikut keadaan. Pembawakan diri tu sesuaikan ikut keadaan. Yang penting? Suami happy, isteri happy – cukuplah.
Mentua dengan ipar duai – Alah… sesekali je kan. Kau bukan balik sebulan 4 kali pun… Ngerti?
Sumber : Marlia Ramli
Jom saksikan video menarik tentang adik-adik BK kita ni makan Ayam McD 3X pedas. Boleh tahan ke tidak? Jom saksikan.
Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Lagi video menarik!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Buat Sendiri Jer Kiub Santan Limau Purut Untuk Atasi Masalah Rambut Gugur. Bukan Sahaja Kuatkan Akar, Rambut Pun Lebih Harum Bersinar!

Ramai wanita yang mengalami masalah keguguran rambut, kelemumur dan rambut berbau hapak kerana sering berpeluh. Ini mungkin disebabkan oleh masalah hormon yang tidak seimbang terutama bagi wanita yang lepas bersalin.
Wanita ini kongsikan petua untuk merawat keguguran rambut dengan menggunakan limau purut.
Anak saya Nadia merungut kerana rambutnya mengalami keguguran selepas melahirkan anak . Kebetulan banyak limau purut di rumah kami. Jadi untuk memudahkan Nadia secara konsisten menjaga dan merawat keguguran rambutnya saya menyediakan satu resepi yang memudahkan Nadia untuk menggunakannya setiap kali diperlukan.
Ramai orang tahu limau purut sangat bagus untuk penjagaan rawatan rambut.
Penggunaan limau purut sangat terkenal sejak dari zaman dahulu lagi.
Ini resepi cara saya buatkan untuk rawatan rambut gugur . Cara ini juga membuat akar rambut jadi kuat dan pada masa yang sama ianya memberi bau yang harum pada rambut juga buat rambut menjadi sihat bersinar :
Bahan-bahan
4 ke 5 biji limau purut dipotong
1 gelas Santan kelapa yang asli di perah – lebih baik guna santan segar lebih berkhasiat untuk rambut. Memberi sinar untuk rambut menjadi sihat.
Cara membuat:
- Blenderkan dengan 1 gelas santar segar. Saya tak rekemenkan guna santan kotak. Lebih baik guna santan asli untuk resepi ini bagi kegunaan rambut
- Masukkan kedalam bekas cube air batu dan bekukan.
- Sudah keras boleh gunakan 1 ke 2 cube di gosokkan ke kulit kepala dan rambut untuk kuatkan akar rambut juga memberi rambut berkilat. Kemudian dibiarkan seketika dan bilasa dengan air . Gunakan 2 kali seminggu.
- Ianya dapat menguatkan akar rambut dan menghilangkan pening kepala juga. Boleh di lakukan seminggu 2 kali. Untuk mendapatkan kesan.
Sumber: Suzy Honey
Cantik Sihat cara natural.