Membesarkan anak-anak sendirian tanpa kehadiran insan bernama suami di sisi bukanlah sesutau yang mudah. Perit mata memandang, perit lagi bahu yang memikul.
Apatahlagi dengan pandangan serong sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda atau ibu tunggal. Namun selebriti bernama Rita Rudaini tidak punya masa untuk meratap malah dia bangkit dan berjuang demi anak-anaknya.
Nyata dia berjaya mendidik dan membesarkan anak-anaknya sendirian dengan baik malah dua hero kesayangan yang juga buah hati pengarang jantungnya dibesarkan dengan penuh kasih sayang.
Anaknya Airit Rayyan Rizqin 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7. Kedua-dua mereka cukup sayang dan rapat dengan mommynya ini.
Menerusi instagramnya baru-baru ini, Rita memuat naik satu gambar bersama anak-anak sambil mengimbau kenangan ketika membesarkan mereka.
“Tak sangka…boleh buat sendiri sorang2…Struggle gak dulu,dua2 masih kecik berebut nk dukung walaupon ada stroller…pastu bila mlm,budak2 dah tido,baru mommy lps nangis sorg2 sbb penat…
“Cakap dalam hati ‘cpt la besar,cpt la berjln,mommy xlarat sorg2’ …bila teringat smua tu mcm rasa nk ulang balik zaman dorg kecik..rindu nak dukung dorang pulak,” tulisnya dikapsyen.
Perkongsian tersebut turut mendapat respond dari pengikutnya yang mengaguminya selain turut berkongsi pengalaman mereka.