“Tak Sangka Anak Pun Rapat. Mekasih Ibu Untuk Kasih Sayang Ini.” Ozlynn Kongsi Kisah Persahabatan Dengan Fasha. Sweetnya!

Share

Jarang kita dapat lihat artis yang berkawan rapat dan sehingga anak-anak pun turut mesra bersama.

Namun itulah yang dapat dilihat menerusi persahabatan antara Ozlynn yang juga isteri kepada Johan Raja Lawak dengan Fasha Sandha.

Menerusi  statusnya di Instagram (IG), Ozlynn berkongsi kisah persahabatan yang dijalinkan dengan Fasha sejak dulu lagi.

“Dari mengandung ibu selalu dengan mama. Kadang ibu tak boleh tidur ibu text mama sama jugak dengan mama. Tak sangka anak dalam kandungan ibu dan mama sama-sama perempuan.

“Cuma ibu lahirkan Jemyma dulu dan yang paling tak disangka anak ibu dan mama pun rapat.

“Terima kasih ibu @fashasandha, Jemyma kembar Chantiq yang sudi sambut hari lahir Chantiq bersama-sama keluarga ibu.

“Seronok bila tengok Chantiq bukak hadiah tadi. Tak habis-habis cerita pasal birthday dia tadi. Mekasih ibu untuk kasih sayang ini. Biar la gambar dan video disimpanan mama ini yang berbicara,” tulisnya.

Perkongsian tersebut turut mendapat respond dari Fasha yang turut meluahkan rasa kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh seluruh keluarga Ozlynn.

“Awww, I love you Mama Hanania and your beautiful family, tak tau macam mana nak cakap. 

“Di zaman ni, susah nak jumpa keluarga humble sebaik seluruh keluarga Hanania, semoga kita semua terus bahagia, I love you,” tulisnya.

Persahabatan dan kasih sayang antara Fasha dan Ozlynn membuatkan pengikut mereka cukup gembira dan masing-masing mendoakan semoga persahabatan tersebut akan berkekalan selama-lamanya.

 

Sumber: IG jozlynnhanania