Setiap anak pasti memiliki berbagai jenis potensi diri. Ada anak yang pandai melukis, bijak mengira, aktif sukan dan pandai berlakon.
Sebagaimana anak pasangan pelakon dan usahawan popular, Wawa Zainal dan suaminya Aeril Zafrel, tidak menghalang jika anaknya meminati dunia seni.
Wawa yang merupakan ibu kepada empat orang anak, tidak menyangka anak keduanya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa mampu melakonkan babak sedih dengan baik.
Request Air Mata Terus Keluar.
Nyata, ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi. Wawa menerusi perkongsian video di Instagramnya berkongsi bebarapa sedutan babak lakonan anaknya. Lebih membuatkan dia teruja apabila anaknya berjaya melakonkan watak seorang sedang menangis dengan mudah.
“Ya Allah tak sangka @haylaadzkiya power betul belakon air mata ek. request air mata zass terus keluar.. crew2 ckp macam ada suis 😂 satu hari nanti kau akan terkenal satu bukit bintang dik🤣korang nak tengok lakonan hayla tak? nantikan drama hari raya hayla nanti.mak dia pun feeling tau nangis.”
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut teruja melihat lakonan anaknya yang baru berusia enam tahun. Ramai yang menyatakan tidak sabar untuk melihat video itu. Ada juga berpendapat, Hayla mewarisi bakat lakonan daripada ibu bapanya.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
Ads
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kenangan hidup bersama ibu bapa sejak kecil pasti akan dingati sampai bila-bila. Mereka yang menjaga kita penuh kasih sayang sehingga dewasa hingga mampu berdikari dan membina kerjaya sendiri.
Alangkah beruntungnya anak itu apabila ibu bapa masih tinggal bersama sebumbung. Dapat menikmati lagi kasih sayang mereka walaupun sudah mempunyai keluarga. Hakikatnya bukan mudah sebenarnya ibu bapa ingin duduk serumah dengan anak-anak yang sudah berumahtangga. Maklumlah mereka sudah memiliki rumah sendiri di kampung. Bagi yang diberi peluang duduk sebumbung bersama ibu bapa seharusnya menghargainya. Inilah masa untuk berbakti pula kepada orang tua.
Begitulah yang dialami oleh puan Nurlia Mohd Nor yang melahirkan rasa syukur apabila arwah ibu dan bapanya tinggal bersamanya.
Momen indah ketika bersama arwah dan bapa menjadi memori yang sangat manis untuk dikenang. Malah katanya, peluang ini juga memberi ruang kepadanya mendapat pahala berkat menjaga orang tua.
April 2016, waktu rumah ni siap. Bawa mak abah tengok. Abah siap bacakan doa tanda bersyukur rezeki yang Allah bag
” Mak kamu yang beria nak dok dengan kamu. Tu yang bila kamu ajak dia setuju. Terus ajak abah..”, kata Abah.
Saya masih teringat kata- kata ini waktu bersembang dengan Abah dulu.
Bila rumah yang kami tinggal sekarang ni siap orang pertama yang kami bawa lihat adalah mak abah.
Bilik mak dan abah di bawah.
1st time masuk rumah ni kami dah plan dan excited bercerita pada mak dan abah.
” Yang ni bilik mak, abah. Nanti Ya letak katil, almari, tv..”
” Nanti kat sini Ya letak kerusi, mak boleh berehat…”
” Kat sini pulak tempat solat, bla..bla..”
Seronok sungguh waktu itu.
Aktiviti memasak 3 beranak setiap hari. Rindunya nak buat semua ni.
Alhamdulillah sepanjang mak dan abah tinggal di sini kami tidak menghadapi masalah. Tak pernah berlaku salah aham, terasa hati, bermasam muka dan sebagainya. Kami bahagia tinggal bersama orang tua. Kami masak bersama. Pukul 10 pagi 3 beranak mula la masuk dapur. Hehehe.
Biasa mak akan masak menu gulai, saya menu bergoreng manakala abah pula akan buat menu sayur. Abah memang suka join sebab dia suka masak. Alahai. Seronoknya waktu itu. Tapi sejak mak dah tiada, abah dah taknak buat aktiviti memasak dah. Separuh jiwanya sudah pergi..
Sesekali bila abah dan mak balik jenguk rumah di kampung seminggu dua, mak dah mula resah. Bila saya call, abah akan mengadu.
” Mak kamu ni tiap- tiap hari tanya bila nak balik Bukit Beruntung?”
Hehehe.
Bila saya mendengar dan membaca beberapa cerita ada ibu bapa yang terasa hati dengan anak apabila tinggal bersama agak payah untuk saya nak komen. Balik ke rumah ibu bapa sekali sekala tak sama dengan tinggal bersama ye. Perasaan tak selesa dan sebagainya itu takkan diuji selagi kita tak tinggal bersama. Waktu tu baru tahu siapa diri kita sebenarnya.
PAHALA BILA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
Cuma satu saja. Pegang pada yang ini. Apabila ibu bapa nak tinggal bersama itu sebenarnya peluang untuk kita KUTIP PAHALA.
1) Bawa ibu bapa tinggal bersama adalah rezeki yang tak semua orang berpeluang dapat. So rebutlah peluang itu, jangan sia- siakan. Buat mereka terasa seperti tinggal di rumah sendiri.
2) Ibu bapa adalah punca rezeki kita. Bawa mereka tinggal bersama tak kurang pun rezeki malah Allah bagi rezeki lebih dari pelbagai sudut. Dan percayalah, sebenarnya kita yang menumpang rezeki mereka.
3) Apa yang kita makan, itulah juga yang mereka makan. Bukan beli makanan tertentu, sorok makan. Orang tua nampak, terasa hati. Nampak macam perkara remeh, tapi semua situasi ni ada berlaku.
4) Jangan jadikan orang tua ‘pembantu’ kita. Buat kerja rumah macam biasa. Bila orang tua tinggal bersama itu bukan tiket untuk kita mengharapkan mereka terutama kerja rumah. Jika kita bekerja hantar anak- anak ke pengasuh sama seperti sebelum ini terutama yang kecil. Ibu bapa kita perlu rehat secukupnya.
5) Jangan pernah anggap mereka bebanan terutama apabila mereka tidak sihat. Sampai satu masa kita akan diuji dengan semua ini. Mereka akan jadi seperti kanak- kanak semula. Makan tumpah, perlu kita mandikan, cuci najis dan sebagainya. Ingat semula waktu mereka membesarkan kita dulu. Inilah masa kita pula buat perkara sama dan membalas jasa mereka pula.
Tempat favourite mak bila berehat.
Saya mungkin bertuah sebab ada mak dan abah yang amat memudahkan dan menyenangkan. Ujian setiap orang takkan sama. Saya pernah terdengar Mak dan Abah bersembang,
” Kita ni setiap hari kena berdoa mudah- mudahan Allah mudahkan hari tua kita. Moga kita menyenangkan anak- anak. Biar anak- anak jaga kita deme dapat pahala, bukan jadi anak derhaka..”
Ya, itulah kekuatan doa. Kita pun dah boleh mula berdoa macam ni. Mudah- mudahan di hari tua kita memudahkan anak- anak. Jaga orang tua ni kalau betul cara akan dapat pahala, tapi kalau tak kena cara boleh jadi anak derhaka.
Alhamdulillah mak tinggal bersama kami sehinggalah menghembuskan nafas terakhir 2 tahun yang lalu dan berpindah ke rumah baru yang kekal abadi. Cuma tinggal abah saja untuk kami terus berbakti dan mengutip pahala.
Mak dan abah berehat.
Minggu lepas waktu suami dan abah ziarah kubur Mak, dia bertanya.
” Abah kalau ada tak selesa apa- apa kat rumah abah bagitau ler. Kot abah ada nak beli apa- apa..”
Abah jawab,
” Abah dah selesa dok rumah kome. Takde apa nak dah..”
Jawapan yang simple tapi cukup buat kami lega.
Rumah baru Mak..
1 Februari ini genap 2 tahun emak pergi meninggalkan kami. Terasa cepat sungguh masa berlalu. Dah 2 tahun tak panggil mak, dah 2 tahun juga tak dapat lihat wajah dan sentuh mak. Sampai sekarang ada masa air mata tertumpah jua bila rindu itu datang bertamu. Al fatihah Mak.
Sumber: Nurlia Mohd Nor
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kelonggaran SOP yang diumumkan membuatkan ramai menarik nafas lega. Apatah lagi, sekian lama anak-anak terkurung di rumah tidak boleh keluar ke taman mahupun melakukan aktiviti riadah.
Namun, ada juga yang kurang bersetuju memandangkan kes positif Covid-19 masih tinggi selain Varian Delta yang mengganas.Mengulas mengenai isu berkenaan, pengacara TV, Mya Zulfikli, dia berkongsi pandangan mengenai kesihatan dan perkembangan mental si kecil sama penting seperti kesihatan fizikal.
“Tidak dinafikan virus Covid sememangnya sangat bahaya namun jika melihat parents membawa anak-anak bermain di taman, memijak rumput dan pasir, janganlah terus menghukum dan menlontarkan kecaman. Hal ini kerana anak-anak juga sudah terlalu penat duduk di rumah dalam jangka masa yang panjang.
“Tidak semua orang bernasib baik mempunyai rumah besar yang memberi kebebasan untuk anak-anak berlari di rumah kerana jika mereka yang tinggal di rumah flat atau rumah yang tidak mempunyai halaman besar cara terbaik adalah dengan membawa anak-anak turun ke bawah dan bermain taman.
Dalam masa yang sama, Mya turut menasihati ibu bapa supaya tidak mengabaikan pengambilan vaksin, influenza dan sebagainya khusus buat anak-anak sekiranya disarankan oleh pihak berkuasa. Ini bagi memastikan antibosi anak-anak lebih kuat untuk melawan segala virus.
Perkongsian Mya mendapat reaksi ramai. Ada yang menyokong tak kurang yang kurang setuju terutama sekali apabila membabitkan soal kesihatan anak-anak. Namun rata-rata bersetuju, namun perlu mengikut SOP. sentiasa jaga jarak dan kebersihan diri.
anfaalr True. Some people akan bashed parents yang bawa keluar anak ni. Simply because, they are not in their shoes.
yanyan_world_Semuanya sbb this one post from a medical officer yg up ckp jgn bawak anak keluar lgsung. Pegi park pun tak boleh. While i saw alot of my friends who are frontliners jugak bawak je anak2 keluar 😂 bukannya kita keluar time govt tak bagi keluar. We know our responsibilities as parents, jaga sop lah and make sure u take all the necessary precautions. Jgnlaa kecam org lain. Ada parents terpaksa keluar kerja, carik rezeki or just for a breather nak tgk dunia luar. Yg kecam2 ni okay boleh stay inside as long as u want but dont judge other people for doing so 🤨
shedarozzI think the Doctor’s intentions not to fearmongering. To spread awareness to public, parents specifically, as a precaution. Kalau ada parents yg memang decide utk taknak bawa anak keluar, that’s on them. They know what’s best for their children(s). Same goes to parents who decided to bring their children out. They also know what’s best and whatnot. Nasihat yg baik dari Doctor tu, kita ambik. Mana yg tak baik kita jadikan sempadan 🤍🤍
yeenzainalKata kata ibu bapa ni satu doa , kalau kita sentiasa doakan kesihatan & keselamatan anak2 kita. InsyaAllah Allah sentiasa lindung. Yg penting kita sendiri yg kena pandai jaga SOP
noorinoraNak keluar, jaga SOP betul2 which semua parents mesti tau whats best and whats not for family. Tapi if decide nak duduk rumah pun jgn la kecam2. Raikan perbezaan pendapat. ❤️
Jangan ingat ubat cacing untuk kanak-kanak aje tap sebenarnya ia juga keperluan bagi orang dewasa.
Fakta yang semua perlu tahu adalah orang dewasa tidak terlepas daripada terkena jangkitan cacing.
Bagi orang dewasa pula, jika mereka tidak dirawat, mereka boleh menyebarkannya kepada individu yang lain melalui sentuhan atau suapan makanan.
Cara mengelakkan simptom ini daripada menjadi teruk adalah dengan melakukan pembasmian cacing menggunakan ubat yang kebiasaannya boleh dibeli di farmasi
Nak tahu info lanjut mengenai kepentingan ubat cacing ini ikuti perkongsian oleh Klinik Dr Arifah.
KEPENTINGAN UBAT CACING Pengambilan ubat cacing ni di syorkan bermula dari kanak-kanak yang berumur setahun keatas.
Pengambilan sekali dalam tempoh 6 bulan, atau setahun sekali . Tapi bukan setakat budak-budak je tau yang digalakkan ambil ubat cacing ni, kita yang dah dewasa ni pun perlu sebenarnya ambil ubat cacing ni.
Tanda-tanda kecacingan:- * Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis * Alahan kulit yang teruk – bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam * Gatal sekitar lubang najis (dubur) * Alahan terhadap makanan * Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit * Anemia – kurang darah (ada cacing yang menghisap darah) * Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam * Tiada selera makan, pucat, * Kurang berat badan walaupun selera makan ada * Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night) * Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata * Hiperaktif * Sakit kepala * Sensitif terhadap cahaya * Gusi & hidung berdarah * Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
Tidak semua jangkitan cacing itu merbahaya tetapi rawatan serta pencegahan awal harus dipertimbangkandemi kesihatan & kualiti hidup.
Apa yang anda perlu buat :- 1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing 2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah 3. Potong kuku pendek 4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging 5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah 6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka 7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan. 8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar 9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada.