Terkini media sosial melaporkan seorang pelajar tingkatan dua patah bahagian pinggang akibat terjatuh dari jejantas setinggi kira-kira 10 meter di sekolahnya di sini hari ini.
Insiden itu telah mengejutkan ramai pihak apabila pelajar sekolah menengah itu jatuh dalam jarak yang tinggi di jalan raya.
Memetik laporan utusan Malaysia, kejadian itu berlaku pada 7.30 pagi itu dipercayai setelah pelajar selesai mengikuti bacaan Yasin.
Menurut Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan, kemudahan jejantas itu merupakan laluan warga sekolah untuk ke blok akademik yang terletak di seberang jalan.
“Mangsa yang terjatuh ke jalan raya segera dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan.
“Siasatan terperinci masih dilakukan dan kita meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.”
NETIZEN TITIP DOA
Akibat kejadian itu, rata-rata wargamaya mendoakan agar pelajar itu selamat dan tidak berlaku kecederaan serius. Melihat mangsa dalam keadaan terbaring di atas jalan, ramai yang meluahkan rasa sebak melihat kejadian itu.
Sumber: Utusan Online
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club