
Terkini media sosial melaporkan seorang pelajar tingkatan dua patah bahagian pinggang akibat terjatuh dari jejantas setinggi kira-kira 10 meter di sekolahnya di sini hari ini.
Insiden itu telah mengejutkan ramai pihak apabila pelajar sekolah menengah itu jatuh dalam jarak yang tinggi di jalan raya.
Memetik laporan utusan Malaysia, kejadian itu berlaku pada 7.30 pagi itu dipercayai setelah pelajar selesai mengikuti bacaan Yasin.
Menurut Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan, kemudahan jejantas itu merupakan laluan warga sekolah untuk ke blok akademik yang terletak di seberang jalan.
“Mangsa yang terjatuh ke jalan raya segera dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan.
“Siasatan terperinci masih dilakukan dan kita meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.”
NETIZEN TITIP DOA
Akibat kejadian itu, rata-rata wargamaya mendoakan agar pelajar itu selamat dan tidak berlaku kecederaan serius. Melihat mangsa dalam keadaan terbaring di atas jalan, ramai yang meluahkan rasa sebak melihat kejadian itu.
Sumber: Utusan Online
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Rupanya Ada 9 Jenis Pemanis Yang Boleh Gantikan Gula Dalam Minuman Kopi. Mudah, Sedap & Lebih Berkhasiat!

Isi Kandungan
ToggleTanpa kopi seakan tak bermaya pula untuk buat kerja. Namun, pengambilan kopi terutama 3 in1 misalnya tidak elok untuk kesihatan di sebabkan kandungan gula yang agak tinggi.
Jika anda penggemar kopi, jangan bimbang ada cara untuk menggantikan gula di dalam kopi. Yang penting tip ini menggunakan bahan yang lebih sihat.
Berikut kami senaraikan 9 jenis pemanis yang anda boleh gantikan dalam minuman kopi anda.
1. EKSTRAK VANILLA
Anda harus cuba menambah ekstrak vanilla ke dalam kopi! Walaupun kurang memberi kesan manis dalam minuman, ianya boleh menghasilkan aroma dan rasa lebih kaya
2. MADU
Selalunya madu sering dicampurkan ke dalam teh, tapi ianya boleh juga diletakkan di dalam kopi. Walaupun ianya manis dan berkerim, tapi madu lebih baik berbanding gula putih di pasaran kerana mempunyai antioksidan.
3. DARK CHOCOLATE
Walaupun agak mahal, namun khasiatnya seiring dengan harganya. Hanya campurkan sedikit coklat gelap dalam kopi (selalunya untuk latte), ianya akan mencair dan memberi rasa serta aroma menyelerakan. Patut cuba!
4. KURMA
Kurma dalam kopi? Jarang dengar, kan? Dikenali sebagai pemanis semula jadi, jangan pula anda letak sebiji buah kurma ke dalam kopi. Pes kurma sangat mudah dibuat sebelum dicampurkan ke dalam minuman. Hanya kisar buah kurma bersama sedikit air, siap!
5. STEVIA
Stevia ini kelihatan seperti gula, namun rasanya lebih manis. Ia tidak mempunyai kalori dan pastikan anda ketahui amaun sebenar kerana stevia ini sangat manis, cukup hanya beberapa taburan dalam minuman.
6. SANTAN
Alternatif lain untuk menggantikan kreamer adalah dengan menggunakan santan. Santan dikatakan mempunyai lemak sihat dan potassium.
7. KAYU MANIS
Kayu manis sering ditabur di atas kopi latte sebagai perhiasan, tapi tahukah anda menggantikan gula dengan kayu manis dapat meningkatkan metabolisma tubuh dan mengurangkan keradangan perut? Namun, harus berhati hati dalam membeli, kerana mungkin anda tersalah beli jenis sebenar kayu manis ini!
8. SUSU BADAM
Susu badam dikatakan mempunyai lebih kalsium dan kurang lemak berbanding susu lembu. Namun, jika anda tidak menggemari rasa lemak susu badam, anda juga boleh menggantikannya dengan susu kacang atau susu pisang.
9. MENTEGA
Jika anda pernah makan pagi di gerai atau warung kopi, anda mesti pernah melihat pakcik-pakcik meletakkan mentega ke dalam kopi mereka. Mentega dalam kopi dapat meningkatkan metabolisma dan tenaga anda. Harus cuba!
Kalau ada cara lebih sihat untuk minum kopi tak rugi pun mencuba kan?
Sumber: semuanyajdt.com
ARTIKEL MENARIK: Senangnya Nak Buat Dadih Susu Full Cream Sedap & Berkhasiat. Tekstur Lembut Cair Di Mulut. Buat Sendiri Puas Hati!
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Dengan 3 Bahan Je Dah Boleh Buat Kek Keju Sedap Dan Marvelous Raya Nanti!

Kek memang jadi satu kemestian buat kita di bulan Syawal. Namun kos kek yang bukan sedikit memaksa kita untuk memilih kek yang sederhana kosnya untuk disajikan kepada tetamu.
Tapi dengan kek tiga bahan ni masalah kos boleh diselesaikan dengan mudah, malah anda dapat sajikan kek yang istimewa lagi sedap kepada tetamu dengan mudah. Nak buatnya pun cukup senang.
Kek Keju tiga bahan ni dikongsikan oleh Nurul Ain Ridzwan. Memang mengagumkan dan jimat. Nampak rupa pun awesome. Jom cuba!
KEK KEJU TIGA BAHAN
Bahan-bahan:
120g Tatura Cream Cheese
120g Susu Pekat Manis
3 biji telur gred B
*Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang first time nak try buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.
Caranya:
Dah sedia dengan bahan-bahan? Ini langkahnya.
1. Mula-mula, pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tak berketul. Kalau nak kurang manis boleh kurangkan susu pekat ya. Nak pukul gunakan mixer boleh, nak gunakan blender pun boleh.
2. Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning. Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim (meringue).
3. Telur kuningnya pula jangan dibuang. Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.
4. Sekarang kita campurkan kesemua adunan yang di atas tadi sehingga sebati. Kaupkan saja guna senduk.
5. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan baking paper. Kalau tak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.
6. Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air, macam dalam gambar di bawah).
Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tu. Masa panaskan oven, air tu akan mendidih.
Cara bakar secara ‘waterbath’.
Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah.
Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak.
Kadang-kadang ikut oven juga, suhu mungkin berbeza. Jadi kalau nak pastikan sama ada dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tak.
7. Bila dah masak, biarkan 15 minit dalam oven dan barulah keluarkan ya. Pintu oven tu bukakan sedikit.
8. Akhir sekali, bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Makan saja pun dah sedap.
Yang ini saya gunakan parutan keju cheddar. Kalau nak cairkan parutan keju pada topping tu, boleh masukkan kejap dalam oven.
Beginilah hasilnya, memang gebu dan lembut. Kalau buat topping dengan parutan keju yang dibakar macam di atas, terasa kerangupannya pada bahagian luar. Kombinasi yang lazat!
Tak susah mana pun nak buat cheese cake kan?
Selamat mencuba.
Kredit: Nurul Ain Ridzwan
“Biasalah Budak Ambil Wuduk Confirm Lencun.” Umur Baru 3 Tahun, Mila Jirin Ajar Anak Ambil Wuduk Undang Perhatian!

Mendidik anakk-anak kena bermula daripada kecil, barulah melekat di hati. Bak kata pepatah , melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Demikian juga dengan penyanyi dan usahawan kecil molek ini. Dalam satu perkongsian di laman instagramnya sebelum ini, Mila Jirin memuat naik sepotong video yang memaparkan anak lelakinya sedang mengambil wuduk.
Gelagat si kecil bernama Mohd Aris Zikri yang kini berumur tiga tahun cukup menarik perhatian.
Apa tidaknya, disebabkan baru belajar mengambil wuduk, habis lencun pakaian yang dipakai.Tetapi dia tidak kisah, sebaliknya tetap meneruskan sehingga selesai.
Habis LENCUN,”kongsi Mila di ruangan kapsyennya.
Dalam pada itu, dia turut mengajar satu persatu langkah mengambil wuduk kepada anak tunggalnya itu sehingga selesai.
“Basuh tangan dulu, lepas tu kumur. Pandai.
“Basuh hidung, basuh muka dan baca bismillah.” ujar Milla sambil mengajar anaknya dengan sabar dan lembut.
Gelagat comel anak Mila mengundang perhatian ramai.
Sumber: mila_jirin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club