Uncategorized

“Tak Sanggup Tengok Dia Sakit, Makin Lama Makin Teruk.” Luahan Sayu Ayah Pelajar Yang Dulu Aktif Sukan Kini Derita Kanser Tulang.

Share

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dahulu dia cukup aktif dalam sukan, namun kini diuji dengan penyakit yang menggerunkan.

Di dalam facebook ada memuat naik kisah perkongsian adik Shafuan.

Berat sungguh ujian untukmu adik. Ya Allah ringankanlah kesakitan yang ditanggungnya. Aamiin..


RAYUAN BANTUAN BUAT ADIK MOHD SHAFUAN NOR AZAHAR

Untuk pengetahuan semua, Shafuan adalah bekas pelajar SMK Undang Jelebu, batch SPM 2016. Beliau seorang pelajar yang baik, ringan tulang, suka membantu guru, aktif, bersahsiah tinggi dan sentiasa mendapat pujian para guru.

Antara pencapaian, jasa dan sumbangan Shafuan sepanjang berada di SMKUJ adalah seperti berikut:

1) Kadet Koreksional
– Johan Kebudayaan sempena Perkhemahan Kadet Koreksional peringkat Kebangsaan pada 2015
– Menyertai Perkhemahan Kadet Koreksional peringkat Negeri dan Kebangsaan pada 2012, 2013, 2014 dan 2015 (Sejak tingkatan 1)

2) Bola Sepak
– Mewakili Jelebu ke peringkat negeri

3) Sepak Takraw
– Mewakili sekolah ke peringkat daerah

4) Bicara berirama
– Mewakili sekolah ke peringkat daerah pada tahun 2013

5) Pengawas sekolah

Kini, dia sedang terlantar sakit dipercayai menghidap KANSER TULANG dan sedang menerima rawatan.

Dia terpaksa disuntik dengan MORFIN setiap 4 jam sekali untuk mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Kos rawatan dianggar mencecah sehingga RM 70 RIBU.

Menurut ayahnya, Shafuan terpaksa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur kerana tak sanggup melihat anaknya itu menderita kesakitan. 

Nor Azhar Hussin ,48, berkata, masanya makin singkat dan dia tak boleh tunggu cukup wang untuk membawa anaknya ke hospital.

“Duit masih tak cukup, sepatutnya dia terima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, tapi saya tak sanggup tengok dia sakit.. makin lama makin teruk,” katanya hiba.

Lebih memilukan lagi, ibu Mohd Shafuan lumpuh dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.

“Isteri saya lumpuh di sana.. saya minta anak pertama yang bekerja di Johor cuti untuk menjaga ibunya. Adik ipar juga  turut bantu tenggokkan isteri saya.

” Saya juga terpaksa mohon bantuan saudara terdekat untuk bergilir menjaga Mohd Shafuan di hospital.

Mohd Shafuan adalah anak kedua daripada tiga beradik. Adiknya masih bersekolah di tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Undang Jelebu.

Moga Allah memberikan kesembuhan kepadanya dan mengampunkan dosanya sebagai ganti atas segala kesakitan yang ditanggungnya.

Amin.

Selain berdoa, turut dialu-alukan sumbangan berbentuk KEWANGAN.

Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun milik ayahnya, iaitu:

Maybank

Nama: Nor Azhar bin Hussin
No. Akaun: 155069204567
No tel encik azhar: 0196100773

Sumber FB : Ainnorziah Zainudin& gpsbestari