“Tak Sanggup Lihat Derita Masuk & Buka Tiup Buang Lebihan Cecair Di Kepala.” 7 Kali Buat Pembedahan Kepala Makin Membesar, Ibu Tak Mahu Anak Terseksa Lagi
Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul. Tatkala melihat penderitaan adik Tuan Nur Batrisya Tuan Nasir yang menderita masalah Hydrosephalus atau kepala besar, pasti hati terpaut pilu. Kanak-kanak berusia lima tahun ini dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak kandungan ibunya, Nur Suriati Dakta berusia tujuh bulan.
“Kami tidak sanggup lagi melihat penderitaan dan kesakitan dialami setiap kali dia menjalani pembedahan memasuk dan membuang tiup bagi membuang lebihan cecair dalam kepala.
“Tambahan pula, doktor sudah mengesahkan penyakit dialami Batrisya sukar untuk sembuh dan kembali normal seperti kanak-kanak lain kerana kepalanya semakin membesar selepas lebih tujuh kali melakukan pembedahan.
“Kami reda dengan ketentuan Ilahi dan sentiasa berdoa agar Batrisya sihat serta bebas dari masalah kesihatan lain,” katanya ketika disantuni jawatankuasa Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) di kediamannya di Kampung Duyong Besar, Kuala Nerus, hari ini. Yang turut hadir adalah Presiden KAWAT, Wan Abdul Rahman Hayat.
Menurut Nur Suriati lagi, walaupun ada beberapa pihak termasuk individu bersedia untuk membiayai kos rawatan termasuk menjalani pembedahan di luar negara, tetapi dia dan suami, Tuan Nasir Tuan Dalam, 35, yang berkerja sebagai pekerja am di sebuah hotel bersepakat menolak tawaran itu kerana tidak sanggup melihat kesakitan bakal dialami Batrisya ketika menjalani pembedahan.
Ads
“Batrisya anak bongsu daripada dua beradik mula dikesan mengalami masalah Hydrosephalus atau kepala besar sejak kandungan berusia tujuh bulan lagi.
“Kami terpaksa membawa Batrisyia untuk menjalani rawatan homeopati di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) setiap bulan,” katanya sambil memberitahu Batrisya dikesan mengalami masalah Hydrosephalus atau kepala besar sejak kandungan berusia tujuh bulan dan bukannya selepas dilahirkan seperti didakwa beberapa pihak.
“Pertama kali diberitahu doktor yang kandungan saya mengalami masalah Hydrosephalus dan kepala besar, tiada perkataan mampu digambarkan melainkan sedih, tetapi saya terpaksa kuatkan semangat dan reda menerima takdir Allah SWT.
Ads
“Selepas beberapa hari dilahirkan, Batrisya terpaksa dibedah bagi memasang tiup khas dari otak ke perut untuk mengeluarkan lebihan cecair di kepalanya bagi menghalang kepalanya daripada terus membesar.
“Walaupun tidak mampu bercakap dan bergerak seperti kanak-kanak sebaya, tetapi Batrisyia anak yang baik dan tidak banyak meragam serta mudah dijaga kecuali ketika sakit.
“Tetapi sejak beberapa hari lalu, Batrisya kerap mengalami kekejangan saraf serta kerap berjaga malam selepas pulang daripada menjalani rawatan homeopati di HSNZ,” katanya.
Ads
Nur Suriati berkata, dia terpaksa membelanjakan sebanyak RM700 sebulan bagi membiayai susu khas dan kain pakai buang untuk anaknya itu.
“Dengan pendapatan suami sebanyak RM1,000 sebulan, kami terpaksa berjimat dan menggunakan wang untuk membeli keperluan harian dan barangan dapur secara ala kadar termasuk perbelanjaan persekolahan kakak Batrisyia, Tuan Nurbalqis, 7, yang belajar di tahun satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong.
“Selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) juga turut menyalurkan bantuan perubatan sebanyak RM3,000 setahun,” katanya sambil menambah memerlukan kerusi khas bagi memudahkan kerja memandikan Batrisya.
Sementara itu, Wan Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri diminta mempertimbangkan kediaman kepada Tuan Nasir, berikutan rumah didiami empat beranak itu adalah rumah pusaka selain tanah milik penduduk kampung.
Memang unik dan menarik cara yang dikongsikan oleh saudara Hafizul Hakim yang berkongsi tip untuk menabung bersama isteri. Cara ini sesuai untuk suami isteri yang bekerja. Jom baca ni! Tips simpan duit cara ekstrim! Okay ini caranya:
1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.
Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.
Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.
Setiap kali nak masak, ayam yang telah beku di dalam peti ais mengambil masa yang lama untuk defrost.
Selain rendam dalam bekas aluminium, ada cara lain yang cepat untuk lembutkan ayam. Tak perlu rendam lama-lama
Nak tahu caranya, jom ikuti Rose Afifi menerusi akaun TikToknya. Memang berbaloi ikut caranya. Mudah dan cepat nak masak hidangan berasaskan lauk ayam.
BEGINI CARANYA
1. Cuci Ayam Sehingga Bersih
Sebelum simpan ayam ke dalam bekas, korang kena cuci dulu bersih-bersih ayam tersebut dan toskan dia masukkan dalam besen atau sebarang bekas agar dia tidak terlalu berair.
2. Kertas Pembalut Makanan
Selepas dah cuci bersih dan tos, korang boleh ambil kertas pembalut makanan yang berwarna coklat ni! Kertas ni ada dua permukaan tau, pastikan korang ambil yang bahagian luar, bahagian yang licin ada plastik untuk alaskan dalam bekas.
3. Susun Dalam Bekas
Okay selepas dah ambil pembalut tu, korang lipat dua pembalut tu dan masukkan dalam satu tupperware atau sebarang bekas yang boleh isi bilangan ayam yang dah dicuci. Susun semua ayam atas pembalut makanan tu!
4. Lapikkan Kertas Atas Ayam
Lepas dah penuh satu lapisan, korang ulang balik langkah yang sama dan letakkan pembalut makanan yang baru atas ayam. Susun ayam yang lain di atas ayam tersebut untuk elakkan ayam-ayam itu melekat sesama sendiri.
5. Tutup Bekas, Simpan!
Lepas bekas yang korang gunakan tu dah penuh, tutup bekas tersebut dan simpan dalam peti ais! Korang mesti gembira sebab ayam-ayam tadi tak akan melekat dan dah tak perlu nak rendam semua sekali bila nak masak.
Bila dah beku, korang keluarkan je ayam tu dengan pembalut makanan sekali. Bila ikut langkah-langkah ni, korang boleh masak ayam dengan kauntiti yang sikit dan tak perlu nak rendam semua sekali banyak.
Cantik je kan ayam tu? Tak melekat dan akan memudahkan kerja di dapur! Jangan lupa tau korang cuba langkah-langkah ni dan bagitahu semua sanak-saudara tips yang sangat berguna untuk jimatkan masa para ibu dan wanita bekerjaya di luar sana! Selamat mencuba!
Pernah tak terjadi pada ibu-ibu bila memotong, menggunting, atau menumbuk cili yang memang kuat pedasnya sampai membuatkan kesannya melekat pada jari-jemari dan juga tangan. Terasa panas, gatal, pedas, dan pedih. Inilah yang dikatakan pijar.
Sebenarnya, ada petua yang diamalkan sejak turun-temurun untuk hilangkan pijar ini dengan hanya menggunakan bahan yang sedia ada di rumah.
Petua ini dikongsikan oleh saudari Dila Mubarak dengan menggunakan garam. Jom baca ni.
Ibu2 jika tangan rasa pijar kesan cili tak hilang2. Lepas pegang cili ke maklumlah duk masak hari2. Lepas makan sambal belacan ke…lepas makan budu ke eheee. Berjam2 tangan rasa panas cili..Tunggu hilang tak hilang jugak.
Ini petuanya ya insyaAllah hilang. Basahkan tangan & sapu dengan garam. Saya dah cuba dengan gula. Tak berkesan. Alhamdulillah dengan garam menjadi. Hebatnya Allah sediakan penawar untuk kita.
Ok itu saja.. Dalam 15 minit insyaAllah hilanglah rasa tak selesa tu. Save ok..mana la tau kot esok2 kan kena..lupa pulak😘
Selain penggunaan garam, ada tip lain bagi membantu menghilangkan pijar pada tangan ibu-ibu.
1. GULA
Salah satu cara yang paling selalu diamalkan adalah dengan melumurkan gula pada tangan. Biarkan seketika dan selepas itu bilas macam biasa.
2. GENGGAM BERAS
Satu lagi petua hilangkan pijar yang diajarkan oleh Mak Ayah kita adalah memasukkan tangan ke bekas berisi beras. Kalau nak senang, rendamkan terus ke dalam tong beras. Memang lega. Apapun, pastikan tangan dah dibersihkan dan dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalamnya.
Kalau nak genggam beras pun boleh juga. Selepas itu, bilas tangan seperti biasa.
3. SAPU SUSU PEKAT
Seterusnya, kalau ada susu pekat atau susu cair, boleh juga digunakan untuk hilangkan pijar tangan. Kalau ada yang sejuk lagi bagus.
Caranya, tuangkan sedikit susu ini ke dalam bekas, kemudian rendamkan tangan dan lumur-lumurkan dengan susu. Rasa pijar akan beransur hilang.
4. SAPU MINYAK MASAK
Ini juga salah satu petua yang selalu diamalkan oleh orang-orang lama, iaitu dengan menggunakan minyak masak.
Mudah saja. Ambil sedikit minyak masak, dan sapukan pada bahagian tangan yang terasa pedas tadi.
5. RENDAMAN AIR ASAM JAWA
Satu lagi cara yang boleh anda cuba adalah menggunakan asam jawa. Cubalah masukkan sedikit asam jawa ke dalam bekas yang berisi air. Kemudian, rendamkan tangan. Sekejap saja rasa pijar akan hilang.
6. GUNA HAMPAS KELAPA
Kalau ada hampas kelapa, ramaskan tangan di dalamnya. Selepas beberapa minit, rasa pijar akan hilang.
7. GOSOK TANGAN PADA KELULI
Petua yang akhir ini mungkin kedengaran lucu, tapi ia sebenarnya berkesan. Anda boleh gosokkan tangan pada sinki atau sudu. Selepas beberapa minit, lalukan air pada tangan dan ulang lagi hingga tangan rasa lebih lega.
Selain hilangkan pijar, teknik ini juga dipercayai boleh menghilangkan bau bawang atau bau masakan yang terlekat pada tangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...