Melalui zaman belajar di universiti atau kolej berbeza-beza bagi setiap orang. Ada yang mengatakan zaman itulah paling seronok dalam hidup dan tidak kurang juga merasakan betapa sukarnya melalui detik bergelar mahasiswa. Penuh dengan ujian apatah lagi hingga ada yang perlu mencari duit sendiri untuk menampung perbelanjaan di universiti.
Apa yang pasti hidup ini penuh dengan cabarannya, dan begitulah juga yang dilalui oleh Shah Zakaria, 26, yang berkongsi mengenai usahanya mencari wang untuk menyara diri ketika menyambung pengajian di Universiti Selangor (Unisel), Shah Alam, Selangor.
Difahamkan pemuda yang menetap di Kajang, Selangor ini, dia pernah melakukan 10 jenis kerja sambilan seperti berniaga air di bulan puasa, sales promoter, buggy driver, mengajar kelas tambahan dan banyak lagi semata-mata untuk mencari wang demi meneruskan kehidupannya sebagai mahasiswa.
Melalui perkongsian di akaun TikTok yang tular baru-baru ini, dia berjaya memperoleh anugerah dekan kelas pertama dan mendapat pengecualian bayaran balik PTPTN.
“Alhamdulillah rezeki saya tak payah bayar balik pinjaman. Walaupun perjalanan zaman belajar saya perit tapi Allah dah atur cantik dan adil untuk saya sebab Dia nampak usaha saya.
“Salah satu sebab saya tekun belajar sampai boleh dapat dekan ni saya fikir mak saya juga. Saya tetapkan dalam kepala saya, jangan putus asa dalam apa juga saya buat. Saya belajar untuk berjaya, saya kerja sambilan pun saya fikir nak buat betul betul. Bagi saya, kalau bukan diri sendiri, siapa lagi nak tolong saya.”
Berkongsi kisah lanjut mengenai pemuda ini di mStar, begitu banyak cabaran dan ujian yang dilalui olehnya semenjak kecil hinggalah akhirnya berjaya dalam hidup.
“Masa saya belajar dulu saya buat pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) sebab keluarga saya orang susah. Ayah saya dah meninggal masa saya umur enam tahun lagi. Adik beradik semua tak nak susahkan mak masa tu sebab dia pun tak kerja. Cuma ambil upah jahit baju dan mengasuh anak jiran-jiran je.
“Walaupun saya buat pinjaman PTPTN, tapi tak cukup. Setiap semester saya dapat RM4,000 jumlah pinjaman, tolak yuran setiap semester RM3,600 ada baki RM400 sahaja untuk saya survive.
Rela Cari Duit Sendiri Daripada Menyusahkan Keluarga
“Macam orang lain boleh minta dekat mak ayah kalau tak ada duit, tapi saya tak sanggup pula nak bebankan mak, jadi saya ambil keputusan untuk kerja part time,” katanya yang mesra disapa Shah.
Ads
Mengimbas tentang kehidupannya di kampus, Shah yang kini bertugas di sebuah syarikat gas dan minyak di Kuala Lumpur pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat beli belah.
Ketika itu jugalah dia berdepan kesukaran apabila telefon pintar miliknya rosak selama lebih dua bulan.
Masalah ini menyebabkan Shah sukar untuk berhubung atau berkomunikasi, sama ada untuk urusan belajar atau bekerja yang mana pada zaman serba moden ini telefon pintar ibarat nyawa bagi setiap individu.
“Kebetulan phone rosak tu cuti semester jadi saya kerja sebagai guard nak cari duit baiki phone saya. Kerja jadi guard dekat mall ni kena berkomunikasi dengan rakan setugas lain… dah tak pakai walkie talkie macam dulu. Sekarang guna aplikasi dalam phone sahaja.
“Disebabkan masalah tu, guard lain terpaksa datang dekat saya kalau nak bagitahu apa-apa info. Masa tu ada kawan saya juga kerja sekali jadi saya banyak pinjam phone dia sampai naik segan jadinya.
“Saya siap bagi nombor telefon kawan saya tu dekat mak. Nasib baik kawan saya tu OK je boleh faham masalah saya.
“Bila tak ada telefon masa tu bosan jugalah. Balik kerja saya termenung je. Laptop abang bagi pinjam untuk buat assignment pun rosak juga,” kata Shah sambil menambah dia bekerja selama dua bulan dengan gaji bulanan RM1,800.
Lebih pilu apabila dia yang dilahirkan di Perak ini mengimbas cuma membawa kentang dan nugget sahaja sebagai bekalan semasa pergi bekerja.
Menurut Shah yang merupakan anak keempat daripada lima beradik, ada kalanya dia terpaksa menolak pelawaan rakan untuk melepak di kedai makan demi berjimat.
Ads
“Pernah juga satu pek mi segera yang ada lima bungkus tu, saya jimat makan untuk seminggu. Sehari saya hanya makan satu bungkus sahaja.
“Bila kawan ajak lepak bukan saya tak nak tapi saya nak jimat. Saya segan nak cakap saya tak ada duit. Ada juga kawan cakap mix and match dekat Mc’Donalds tu baru RM6, tak kan tak boleh kot?
“Bagi mereka mungkin tak besar jumlah tu, tapi saya makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan… memang berbeza dengan mereka. Tapi saya OK je bila mereka cakap macam tu sebab tak tahu apa yang saya alami,” ujarnya.
Namun di sebalik kesusahan dan susah payah berusaha untuk berjaya serta mendapatkan sesuatu sejak kecil lagi, apa yang dilaluinya ternyata banyak mengajarnya mengenai erti kehidupan yang sebenar.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
KWSP, bekas isteri boleh ambil caruman bekas suami sebagai nafkah. Perceraian merupakan satu perkara yang tidak diingini tetapi kadangkala tidak dapat dielakkan dalam perkahwinan. Dalam situasi ini, isu nafkah sering menjadi perhatian utama, terutamanya nafkah isteri dan anak selepas perceraian.
KWSP, Bekas Isteri Boleh Ambil Caruman Bekas Suami Sebagai Nafkah
Caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bekas suami boleh diambil oleh bekas isteri sebagai nafkah. Namun, ia hanya boleh dilakukan atas arahan daripada Mahkamah Syariah.
“Ada beberapa kaedah yang mahkamah boleh gunakan untuk proses siasatan terhadap kemampuan bekas suami, antaranya melalui perintah permohonan penzahiran dokumen yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah,” kata peguam syarie Mohd Firdaus Akhtar.
Mohd Firdaus berkata demikian ketika diminta mengulas isu nafkah kepada bekas isteri serta anak yang gagal dipenuhi oleh bekas suami atau si bapa walaupun ia sudah diputuskan oleh Mahkamah Syariah.
Pada masa sama, bukan KWSP saja, wanita yang tidak dinafkahi bekas suami juga boleh mendapatkan bantuan nafkah daripada Biro Sokongan Keluarga (BSK).
“Bekas isteri atau anak boleh membuat aduan kepada BSK. Seterusnya pegawai BSK akan menjalankan tindakan lanjut seperti mengadakan sesi runding cara membabitkan kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan penyelesaian.
“Jika tiada penyelesaian dicapai, maka kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah akan difailkan di Mahkamah Syariah,” katanya.
Menurutnya, BSK memang berusaha untuk membantu golongan wanita terutamanya membabitkan kes bekas suami ‘lari’ dan enggan membayar nafkah.
Pada masa sama, menurut Mohd Firdaus, sikap suami yang culas dalam melaksanakan tanggungjawab selepas bercerai antara punca bekas isteri terpaksa menuntut nafkah idah, mut’ah.
Kata Mohd Firdaus, isu tuntutan ini bertambah rumit apabila membabitkan isu kewangan.
“Isu tuntutan nafkah ini kalau kita tengok, ia boleh dikaitkan dengan kewangan rumah tangga.
“Jika ada masalah kewangan dalam rumah tangga, apabila lepas bercerai, dia akan memberi kesan kepada bekas isteri dan anak, kalau ada anak,” katanya.
Menurut beliau, selepas perceraian, nafkah anak memang banyak yang dituntut oleh wanita.
“Boleh dikatakan ia isu utama, terbesar dalam tuntutan selepas perceraian.
“Maksudnya, tuntutan yang paling banyak adalah nafkah anak-anak. Nafkah anak dan juga nafkah isteri itu selari. Malah, ia menjadi antara tuntutan yang famous di mahkamah syariah,” katanya.
Kesimpulannya nafkah isteri dan anak selepas bercerai adalah hak yang tidak boleh diabaikan. Ia adalah tanggungjawab yang diperintahkan oleh agama dan undang-undang untuk memastikan kebajikan bekas isteri dan anak-anak terjaga.
Bekas suami perlu menjalankan kewajipannya dengan amanah, sementara pihak yang memerlukan nafkah harus mengetahui hak mereka dan menggunakan saluran undang-undang jika perlu.
Dengan memahami hak dan tanggungjawab masing-masing, kehidupan selepas perceraian dapat dilalui dengan lebih tenang dan harmoni, terutamanya demi kebajikan anak-anak yang menjadi keutamaan.
Anak adalah permata hati buat ibu bapa. Namun kesibukan kerja, kadang membuatkan ada yang alpa bahawa anak-anak dahagakan pelukan dan kasih sayang. Sesungguhnya pelukan daripada ibu bapa akan membuat anak-anak merasa bahawa mereka adalah insan yang paling berharga dan beruntung di dunia.
Ikuti perkongsian daripada Taufiq Razif mengenai kenapa anak perlukan pelukkan daripada ibu bapa.
Bila saya sibuk je Maryam Soolihah dan Solahuddin mesti buat perangai.
” Ahhh! Abi sibuk sebab nak nafkahkan korang. Bukan saja saja buat sibuk! “
Ni la dialog dalaman saya bila saya cuba nafi dan pujuk diri sendiri bila tengah kesibukan melampau padahal nak taknak saya kena terima bahawa ada fitrah anak anak yang perlu saya jaga.
Kadang kadang anak saya yang tengah asyik berlari berkejaran tiba tiba je datang ke tepi saya seperti nak minta sesuatu tapi disebabkan ‘bajet sibuk’ saya buat buat tak faham dan teruskan dengan kerja dan kesibukan saya.
Padahal tu la waktu “cuddle time” anak saya! Masa tu akaun emosi anak saya tengah kering. Mereka sebenarnya berhenti bermain sejenak tu bermaksud…
” Ayah..peluklah saya ayah “ ” Mak.. Ciumlah saya emak “ ” Mama.. Saya rasa tak sedap hati ni. Peluk la saya sekejap mama “ ” Papa.. Topup la akaun emosi saya ni Papa.. Peluklah saya Papa..”
Tapi apa respon kita selama ni?
Kita teruskan bermain dengan smartphone kita Kita buat tak tahu dengan rayuan anak kita Kita bertegas dengan kesibukan kita Kita larut dengan pencarian nafkah kita
Maka lahirlah anak anak yang kosong emosinya, kurang empatinya, pemarah dan suka melawan.
Tolong..Selamatkan anak kita. PELUKLAH MEREKA SEKERAPNYA.
p/s : Tolong bagitahu info ni pada pasangan masing masing ye. Kalau seorang je yang tahu, tak menjadi juga
p/s : Tolong sangat ajak pasangan join Telegram saya untuk belajar ilmu mendidik anak. Nak jaga anak ni suami dan isteri kena terlibat sekali. Tak boleh salah seorang je. Klik link ni untuk join telegram channel saya tu ? t.me/NotaTaufiqRazif
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kucing pun macam kita juga, tidak boleh salah makan. Jika tidak, boleh mengganggu kesihatan diri. Oleh itu, hati-hati ketika memberi kucing anda makan.
Memang benar, dalam hal ini, jangan buat main main. Menurut Public Health Malaysia makanan merangkupi segala jenis bawang termasuk bawang goreng, bawang mentah dan bawang yang telah dimasak boleh akibatkan sel darah merah pecah dan menyebabkan masalah kurang darah.
Lebih bahaya adalah bawang putih. Ia adalah 5x ganda lebih bahaya berbanding bawang biasa.
Berikut merupakan makana yang TIDAK boleh dimakan oleh kucing:
Selanjutnya ikuti panduan oleh Geli Geli Kucing – Taiping yang betul cara memberi makan kepada kucing.
CARA YANG BETUL MEMBERI MAKAN KUCING KESAYANGAN ANDA
Keperluan nutrisi kucing yang unik menjadikannya haiwan yang cerewet dalam memilih makanan sehariannya. Sifat ini membuatkannya sentiasa berhati-hati memilih makanan dan akan menolak makanan tersebut jika didapati baunya berlainan daripada makanan asal ataupun makanan itu mempunyai suhu yang berbeza. Sifat semulajadi kucing yang suka menghidu dan merasa menyebabkan ia cepat mengesan jika makanan tersebut sudah tidak segar. Kucing yang diberi makanan yang baik dan berkhasiat sentiasa aktif, mempunyai mata yang bersinar dan bulu yang berkilat.
10 Peraturan Asas Cara Memberi Makan Kucing Kesayangan Anda.
1. Memberi kucing anda makan makanan daripada pengilang yang mempunyai reputasi yang baik dalam pasaran. 2. Jangan beri kucing anda makan makanan bagi haiwan lain seperti makanan untuk anjing. 3. Sentiasa memastikan bekas makanan dan perkakas memberi makan dalam keadaan bersih. 4. Jangan memberi kucing anda makan makanan yang sudah rosak walaupun sedikit. 5. Jika kucing anda diberi makanan segar sepeti ikan dan ayam, sentiasa memastikan tulang sudah dikeluarkan terlebih dahulu sebelum diberikan kepada si manja anda. 6. Memberi kucing makan pada suhu bilik. 7. Membuang sisa makanan yang tidah dihabiskan oleh kucing. 8. Sentiasa memantau berat badan kucing anda dan pastikan kucing anda tidak diberi makan berlebihan ataupun overfeeding. 9. Jangan meletakkan semula makanan yang telah dipanaskan di dalam peti sejuk. 10. Bawa kucing anda berjumpa dengan doktor haiwan jika didapati kucing tidak makan selama 24 jam.
Nutrisi Penting Bagi Kesihatan Kucing Kesayangan Anda.
Protein- Diperlukan untuk tumbesaran kucing dan dapat membantu membaiki tisu-tisu dalam tubuh badan kucing. Asid lemak- Membantu memberi kucing anda bulu yang berkilat dan bersinar. Kalsium dan Vitamin D- Diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Karbohidrat- Menambah tenagga dan serat dalam diet kucing. Vitaman A- Diperlukan untuk mata yang sihat.
Lebih Makan ataupun Overfeeding
Dinasihatkan agar memberi kucing anda makan 2 hingga 3 hidangan kecil makanan setiap hari. Jangan beri terlau banyak ‘snacks’ di antara waktu hidangan.
Persaingan Untuk Makan
Persaingan kecil antara kucing-kucing kesayangan anda adalah baik kerana dapat meransang selera pemakanan yang sihat. Anda tidak akan menemui kucing yang cerewet makan di dalam rumah yang mempunyai lebih daripada satu ekor kucing.
Air dan Susu
Kucing mendapat sumber air kebanyakkannya daripada makanan sehariannya. Namun begitu, air segar harus disediakan sepanjang masa. Jika kucing diberi makan makanan kering ataupun separa lembap, ia perlu meningkatkan keperluan air dalam diet sehariannya. Dinasihatkan agar menghadkan pemberian makanan kering kepada kucing kesayangan anda. Susu mempunyai banyak nutrisi penting, namun ia tidak terlalu diperlukan bagi diet sihat kucing anda. Susu lembu tidak sesuai untuk kucing anda kerana mengandungi kandungan laktosa yang tidak sesuai dengan sistem penghadaman kucing. Bagi menggantikan susu lembu, dinasihatkan agar menggantikannya dengan susu yang mempunyai kandungan laktosa yang rendah atau sebaik-baiknya menggunakan susu kambing.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...