Terkenal dengan trademark ‘peningggg’ pempengaruh media sosial yang popular di Utara, dikenali sebagai nama Man Kulim Peninnggg dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di sini pada petang Selasa.
Berita mengejut pemergian Allahyarham tersebar di pelbagai platform media dengan orang ramai sempat menzahirkan rasa pilu akan perkhabaran berkenaan.
Sementara itu menerusi facebook rakan, Mohd Zaki Salleh menzahirkan arwah seorang yangg baik dan rajin membantu orang lain.
“Innalillahhiwainnailaihiraajiuunn…. Al-Fatihah… salam takziah. Saya saksi bahawa Man Kulim seorang yang sangat baik, pernah bantu saya dalam bisnes kedai makan.”
“Tak berkira dan sangat ringan tulang, semoga arwah Man Kulim Peninnggg ditempatkan bersama orang yang beriman,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Dimaklumkan, ibu kepada Allahyarham Man Kulim Peninnggg, Siti Asa Lateh baru sahaja dilaporkan meninggal dunia pada 11 Disember lalu.
Ads
“Tak sampai dua minggu arwah mak beliau meninggal, kini, petang tadi dalam anggaran jam 6 petang giliran beliau pula menyusul.
“Allah sebaik-baik percaturan yang menyusun semua perjalanan kehidupan semua insan Al-Fatihah,” tulis beliau.
Ads
Menerusi beberapa perkongsian di media sosial difahamkan arwah mengalami demam dan lemah anggota badan dalam beberapa hari ini. Selain itu menghidap penyakit kencing manis.
Man Kulim atau nama sebenarnya Burhan Che Mokhtar sememangnya dikenali di media sosial, lebih-lebih lagi dalam kalangan mereka yang berada di Kedah dan Pulau Pinang yang amat senang dengan telatahnya.
Popularitinya di media sosial menyaksikan pelbagai jenama tempatan mengambil peluang mengiklankan produk masing-masing, sekali gus menaikkan lagi nama pempengaruh tersebut.
Ads
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan disemadikan di Kuala Muda, Kedah yang merupakan kampung halamannya.
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! 👨🏻🧑🏽 Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw bernilai sehingga RM3000! Daftar sekarang
Sumber: Media Sosial
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa tak kenal dengan Bos James, seorang usahawan dan juga influencer yang terkenal dengan sentiasa meraih perhatian ramai dengan konten-konten menarik yang dipaparkan di laman sosial.
Bagi yang mengikuti Bos James, beliau sangat terkenal dengan sifatnya yang rendah diri dan tidak lokek berkongsi terutama dengan pekerjanya.
Sejak terkenal, rezeki influencer berbangsa Cina ini semakin murah dan pernah menjadi duta bagi satu jenama pakaian pada bulan Ramadan yang lalu.
Bos James terus menjadi bualan netizen apabila baru-baru ini dia mengeluarkan sejumlah perbelanjaan demi memberi ganjaran kepada para pekerjanya sebagai menghargai jasa serta pengorbanan mereka terhadap syarikat.
“Hari ini hari penting, kejutan raya untuk orang hebat dalam team saya, untuk hargai hasil penat lelah mereka. Yang berusaha lebih tanpa meminta balasan.
“Kegigihan mereka perlu saya balas, dengan hadiah yang nilainya tidak seberapa. Sakit poket tak mengapa. Janji tak sakit hati. Senyuman mereka penting buat saya,” katanya.
Bukan itu sahaja, Boss James meluahkan rasa syukur mempunyai pekerja yang sentiasa menjadi penyokong dan tulang belakangnya selama ini dalam membangunkan perniagaan.
Bahkan, dia turut mengambil peluang dengan menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka kerana tidak pernah mengalah dan sentiasa mempercayainya sebagai majikan dalam merealisasikan impian.
“Syukur masih berjuang bersama, menjadi tulang belakang saya dalam apa yang kami kerjakan. Terima kasih sebab tak pernah mengalah, sentiasa percaya saya untuk kita sama-sama realisasikan impian kita.
“Korang memang hebat, semoga hubungan kita sentiasa dipelihara, dalam lindungan tuhan. Sayang semua!” ujarnya.
Di ruangan komen, ramai netizen yang kagum dengan peribadi Bos James dan menjadikannya sebagai inspirasi.
Sekali sekala ingin mengadakan majlis keluarga, seperti majlis sambutan ulang tahun kelahiran, majlis pertunangan, majlis perkahwinan dan sebagainya memang diakui boleh buntu juga dibuatnya. Apa tidaknya, sebagai penganjur majlis kita mahukan yang terbaik dan istimewa untuk majlis tersebut dan kalau boleh biarlah diingati sepanjang masa oleh tetamu yang bertandang.
Oleh itu jangan pening kepala, sebenarnya semua ini dapat direalisasikan tanpa perlu anda pergi jauh. Hanya di Klang sahaja, impian anda sekeluarga bagi menjayakan majlis yang bermakna dapat direalisasikan bila anda memilih Glass House @Klang.
Jika anda ingin tahu, Glass House @Klang ini diasaskan oleh GFG World Property Sdn Bhd di atas usahasama Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Ken Lee. Beliau mempunyai latar belakang dalam perniagaan sewaan, khususnya sewaan bilik, pejabat, hotel dan pelbagai usaha sewaan lain. Penglibatan beliau dalam industri sewaan bermula sejak tahun 2002. Pada awalnya, kami cuma menumpukan pada Corporate Event Concept dan menawarkan servis sewaan ruang khas untuk mesyuarat, perbincangan, perjumpaan bersama klien dan juga persidangan awam.
Idea untuk penubuhan Glass House @ Klang tercetus apabila Event Space di Ground Floor mendapat sambutan yang baik sejak ia dimulakan. Justeru itu, Encik Ken Lee telah merancang untuk menjadikan kawasan rooftop sebagai Event Space baru yang berkonsepkan glass garden hall yang boleh memuatkan 200 tetamu dalam satu masa.
“Pemilihan bandar Klang sebagai landmark untuk Glass House adalah kerana dapati belum ada lagi Event Space yang menawarkan konsep yang sama di kawasan Klang.
“Justeru itu, kami mengunakan peluang ini untuk menarik ramai lagi pelanggan di sekitar Klang dan menawarkan servis Event Space yang berkonsepkan glass garden hall yang ada di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur,” ujar Ken Lee ringkas.
Bercerita lanjut mengenai di awal-awal pembinaan Glass House @ Klang, siapa sangka ianya telah dirancang pada tahun 2019, namun terpaksa ditangguhkan selepas bermulanya MCO.
“Kami masih ingat saat-saat ketika projek Glass House kami terhenti sepenuhnya dan perancangan awal untuk menyiapkan pembinaan glass house pertama di Klang dalam tempoh satu tahun telah terbatas.
“Walaubagaimanapun, Glass House @ Klang telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada bulan Oktober tahun lalu. Majlis pertama yang diadakan untuk salah satu Corporate Event telah berjaya dijalankan dengan sebaiknya. Kami juga telah mula menerima maklumbalas yang baik dari tetamu yang hadir,” jelas Ken Lee lagi.
Konsep Dan Idea
Sebagimana sedia maklum, Glass House @ Klang merupakan Event Space yang berkonsepkan glass garden hall dan menawarkan pemandangan yang menakjubkan dengan suasana eksklusif mahupun di kawasan indoor mahu pun outdoor.
“Keunikan yang ditawarkan di sini pasti membuatkan pelanggan dan tetamu berasa teruja. Antaranya di kawasan Sky Garden Walkway yang dipenuhi dengan hiasan tumbuhan asli di sepanjang laluan yang kemudiannya membawa mereka kepada Glass Hall.
“Begitu juga dengan ruangan dewan di sini, diilhamkan berkonsepkan kaca dan modern English Interior pasti membuatkan pelanggan dan tetamu terpukau dan teruja untuk mengadakan acara penting mereka di venue kami.
“Jadi tidak hairanlah ramai tetamu turut berkongsi maklumbalas mereka tentang keunikan Glass House @ Klang dimana mereka boleh menyewa Event Space dengan konsep indoor dan outdoor dalam suatu masa.
“Mereka juga boleh mengadakan Garden Wedding Style di kawasan Outdoor Garden bersebelahan dengan Glass Hall kami. Selain itu, mereka juga teruja kerana dapat melihat kawasan bandar Klang dari Sky Deck yang terletak di ruangan atas sambil menikmati pemandangan matahari terbenam di waktu senja,” cerita Ken Lee panjang lebar.
Tawaran Pakej Istimewa
Bukan sahaja Glass House @ Klang menawarkan Venue Rental Package yang istimewa malah turut lengkap bersama dengan sajian makanan dan dekorasi untuk majlis yang diadakan. Semua ini menjanjikan kesempurnaan majlis yang diimpikan oleh setiap pelanggannya.
“Pakej yang ditawarkan bukan sahaja difokuskan kepada majlis perkahwinan, malah kami juga menerima tempahan untuk majlis pertunangan/resepsi, sambutan ulangtahun kelahiran, upacara rasmi bagi setiap keagamaan dan juga Corporate Event.
“Pakej yang bermula dari harga RM3500 dengan fasiliti lengkap bersama bilik persiapan, audio system, kelengkapan dewan dan parking pasti berjaya menambat hati pelanggan kami yang masih mencari tempat yang sesuai untuk majlis mereka.
“Pihak Glass House @ Klang juga sentiasa berbesar hati untuk menerima segala maklumbalas yang diberikan oleh pihak pelanggan dan tetamu kami. Sejak dari awal operasi kami, maklumbalas yang diterima sentiasa kami jadikan sebagai benchmark untuk penambahbaikan untuk servis dan venue kami,”ujarnya lagi di akhir bicara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam pada keterujaan untuk mencuba permainan lato-lato yang kini sedang viral di negara Asia Tenggara, namun terselit juga perkara yang membimbangkan apabila bermain permainan ini.
Selain dikatakan agak membahayakan terutamanya kepada kanak-kanak, baru-baru ini permainan ini sekali lagi mencetuskan pandangan negatif apabila seorang individu dikatakan berang apabila cermin keretanya pecah dan berderai, dipercayai terkena permainan lato-lato.
Kejadian yang berlaku di Guar Chempedak, Kedah ini telah dikongsikan di laman sosial oleh Tiniey Zatiey yang melibatkan sebuah kenderaan yang ditinggalkan seketika di lot parking.
“Harap sesiapa yang buat, tolong bertanggungjawab. Bagi anak main lato-lato sampai pecah cermin kereta aku dan lepas tu lari tinggal.”
“Aku dah tengok rakaman CCTV, harap siapa yang buat sila bertanggungjawab.”
Lato-lato Warna Putih
“Main .. lepas tu kena cermin kereta aku pecah, habis lari macam itu saja. Lato-lato warna putih ada tinggal di kereta aku.”
Bagi yang bertanggungjawab berhubung perkara ini diharap tampil berjumpa dengan pemilik kenderaan ini. Jadilah insan yang bertanggungjawab dan jujur.
Sebagai makluman, permainan lato-lato telah diharamkan di Amerika Syarikat dan Britain kerana boleh membawa kecederaan kepada kanak-kanak dan digunakan sebagai senjata.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.