Alangkah bagusnya untuk anak-anak kita andai semasa kecil lagi sudah mempunyai akaun Tabung Haji dan lagi bagus jika ada rezeki lebih kita daftarkan haji terus. Ini bukan apa, tahu-tahu sahajalah jika lambat daftar haji itu bermakna bertambah lama lagi lah perlu menunggu.
Sebab itu, elok kiranya dibukakan akaun tabung haji dan sekali gus daftrakan haji seawal usia kanak-kanak.
Buat anda yang ingin tahu cara buka akaun tabung haji, bolehlah rujuk sepertimana yang dikongsikan oleh Puan Areefah Ahmad ini.
Betapa mudahnya cara yang dikongsikan. Rupanya sekarang ini kita tidak perlu pun ke kaunter untuk membuka akaun tabung haji.
Ini perkongsiannya.
“Baru lepas bukak akaun baby secara atas talian, kemudian sekejap ke pegi activate di cawangan.”
Call customer service dia pun tak perlu tunggu berjam-jam untuk jawab. Dia guide macam mana nak bukak akaun anak under pemegang akaun Official : Lembaga Tabung Haji
Ni nak share, mudah je.
1. Log masuk apps Thijari atau link https://www.thijari.com.my
2. Pilih ‘pembukaan akaun kanak-kanak’ macam dalam printskrin 1. Isi details lengkap dan submit.
3. Once dah siap hantar, akan terima emel pengesahan.
4. Pergi ke cawangan yang dipilih, bawa
– Surat beranak anak & salinan
– MyKid anak & salinan
– IC pendaftar (ibu/bapa) & salinan
– Deposit akaun pembukaan (Minima RM10, dan kalau RM1,310.00 boleh terus daftar haji)
* bagi baby yang lahir 2021 dan tak ada MyKid lagi, just bawak surat beranak je.
5. Daftar di kaunter, siap.
Tak sampai 5 minit pun untuk dia sahkan dokumen.
Semalam buat di IFIC – Islamic Financial Services Center, Putrajaya tak ramai orang pun. Laju je. Boleh walk-in.
Boleh check status dan akaun anak dalam apps thijari tu jugak macam dalam printakrin 2.
Doakan ayah, bonda dan Afya ada rezeki untuk tunaikan haji inshaAllah.
Sekarang dah tak dapat buku akaun TH. Kalau tengok dekat resit no giliran tu, ada tulis senarai bank yang boleh linked dengan TH. So untuk cash in or cash out boleh guna bank-bank yang dalam senarai (Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Rakyat, Maybank, CIMB Malaysia)
Untuk linked kan ke Maybank2u, bukak maybank2u.com.my > apply > services > Link Tabung Haji Account.
Nak tengok jumlah duit dalam akaun boleh tengok bahagian wealth.
Untuk transfer online, tekan pay & transfer > tabung haji.
* boleh buat dekat website sahaja, takleh guna apps
Sumber : Nur Areefah
ARTIKEL MENARIK : “Orang Nak RM100,000 Kita Tak Jual…” Penjual Pokok Keladi Hiasan Ni Sayang Keladi Jenis Guine 916 Gold
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club