Berita

Tak Sampai 24 Jam Baru Dinaikkan Pangkat, Anggota APM Dijemput Ilahi

Share

Seorang anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM), Allahyarham Napi Mat Jusoh, 54, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menjalani latihan bola sepak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gaal.

Kejadian yang berlaku pada sekitar jam 7.30 malam. Lebih menyedihkan Allahyarham baru sahaja menerima kenaikan pangkat tidak sampai 24 jam.

Ajal, maut dan rezeki segalanya di tangan tuhan, tiada siapa dapat menghalangnya jika Allah telah mentakdirkan sesuatu perkara itu berlaku.

📍Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.

Ada pelbagai hadiah menarik yang menanti para pemenang, jangan tunggu lagi. Jom daftar sekarang di sini 👇🏼
https://kliik.je/product-details/111?title=baby-merangkak-race

Menurut laporan Sinar Harian, Allahyarham Napi Mat Jusoh telah dinaikkan pangkat daripada Leftenan Muda (G 10) ke Leftenan (G 09) dalam satu majlis yang disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk (PA) Aminurrahim Mohamed. Majlis tersebut diadakan sempena Majlis Apresiasi Pemakaian Pangkat dan Penganugerahan Reben Perkhidmatan Serta Kecemerlangan APM Negeri Kelantan pada hari Isnin, sehari sebelum kejadian.

Isteri Allahyarham, Puan Nazleen Abdullah, dalam keterangannya menyatakan bahawa dia sangat terkejut dengan pemergian suaminya kerana Allahyarham seorang yang aktif bersukan dan tidak mempunyai sejarah penyakit serius. Malah, beliau menambah bahawa Allahyarham turut membimbing pelajar dalam pelbagai bidang sukan seperti takraw dan catur di sekolah tempatnya bertugas, selain dilantik sebagai pengadil dalam beberapa acara sukan.

Kejadian itu berlaku ketika Allahyarham sedang menjalani latihan bola sepak bersama rakan-rakannya sebagai persediaan untuk perlawanan yang bakal berlangsung. Puan Nazleen juga sempat menceritakan betapa teruja suaminya untuk menerima sijil kenaikan pangkat, dan sempat memberi arahan kepada anak keduanya, Muhammad Firdaus, pada pagi hari kejadian.

Artikel Trending:

Anak sulung Allahyarham, Muhammad Farhan, yang berada di Ipoh ketika itu, segera pulang sebaik sahaja mendapat berita duka tersebut. Menurutnya, beliau sempat berhubung dengan Allahyarham pada hari Sabtu sebelum kejadian, dan tidak melihat sebarang tanda perubahan dalam perbualan mereka. Allahyarham kekal ceria dan seperti biasa, berpesan agar anak-anak tidak meninggalkan solat.

Pemergian Allahyarham Napi Mat Jusoh bukan sahaja mengejutkan keluarga dan rakan-rakannya, tetapi juga komuniti di SMK Gaal yang amat menghargai komitmen Allahyarham terhadap tugas dan tanggungjawabnya. Ramai yang berkongsi kenangan manis tentang bagaimana beliau berperanan aktif dalam kegiatan sekolah dan sering memberi bimbingan serta dorongan kepada pelajar-pelajarnya.

Sumber: Sinar Harian

Layari portal Keluarga.my untuk info terkini dan bermanfaat seisi keluarga!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan event sepanjang tahun 2024!