Memiliki cahaya mata idaman setiap pasangan suami isteri. Tatkala si kecil menjengah ke dunia, ada saja kaletah anak yang diabadikan dalam gambar sebagai kenangan.
Tak kurang juga yang membuat perbandingan wajah sendiri Sewaktu kecil dengan wajah anak. Ini termasuklah juga dengan selebriti cantik manis, Hanis Zalikha.
Menerusi laman instagramnya, Isteri kesayangan Hairul Azreen ini memuat naik gambar sendiri ketika kecil.
Lucunya suami sendiri memberi komen yang mengatakan tidak ada persamaan langsung.
“Hahahahaha orang selalu letak gambar baby dengan gambar mak masa baby sebelah-sebelah sebab sama. Tapi ni tak sama langsung sampai suami pun tergelak time tunjuk collage ni hahahahahahaha.
“Mama pun cakap tak sama Alisa masa baby lagi cantik dari Hanis masa baby hahahaha kita perati je tau diorang ni 🤣 I love you so much @thealisaaisyah eee muah muah
Rata-rata terhibur dengan perkongsian dari Hanis itu.
Sumber: IG haniszalikha