Hari ini debaran anak-anak dan ibu bapa menantikan keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) berakhir apabila keputusan telah diumumkan hari ini.
Rata-rata memuat naik status dan berkongsi kegembiraan atas pencapaian anak-anak. Biarpun tidak semua mencapai keputusan cemerlang, namun ibu bapa tetap bersyukur dan meraikan penat lelah anak-anak yang selama ini berusaha gigih.
Demikian dengan selebriti seorang ini. Cukup terkenal dengan gayanya yang selamba dan suka bergurau. Pengacara dan juga penyampai radio popular, Sharifah Shahirah, atau lebih mesra dengan panggilan Shiera menerusi laman instagramnya turut berbuat demikian.
Tanpa segan atau malu, dia berkongsi keputusan peperiksaan anaknya Airra, yang beroleh keputusan 2A, 1B, 2C dan 1D dalam peperiksaan tersebut.
Jelas isteri kesayangan Ijoy ini, tiada apa yang perlu dirahsiakan biarpun keputusan di kertas tidak secemerlang pelajar lain.
Tak salahkan kalau takde 6A tapi letak kat Ig Sbb kang ramai tanya
…haaa senang. Tahniah yg dapat 6A…ibu penat berdoa..nangis
Kami pun penat nangis..ikut mak slow learner..tak paham2..bila cikgu cakap
Tq teacher Sktamanmelawati
#takdeapanakdirahsiakan
Yang best korang tau dulu sebelum bapak dia tau…hahahaha…bapak sibuk kat padang gop.
Demikian perkongsian Shiera yang cukup selamba dan mencuit hati.
Rata-rata memuji akan sikap Shiera tersebut dan dalam masa yang sama turut mengutuskan kata-kata semangat agar anaknya terus berusaha dan tidak berputus asa dengan keputusan yang diperoleh hari ini.
Sumber: IG shieraijoy