Gaget sering kali dianggap sebagai peranti yang mengakibatkan kesan buruk kepada kanak-kanak.
Memang benar jika peranti in digunakan tanpa kawalan. Namun ia juga ada kebaikkannya untuk membantu ibu ayah untuk mengawal anak.
Terdapat pelbagai pandangan negatif berkaitan penggunaan telefon pada kanak-kanak. Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais Salim yang sering berkongsi mengenai keibubapaan.
Ikuti padangan beliau mengenai hal ini.
Tak salah pun. Lain orang lain situasinya.
Kita tak boleh sindir ibu ayah yang guna telefon untuk kawal anak mereka.
Ada orang memang sangat perlu bantuan telefon ni, kalau tak memang boleh gila la hidupnya.
Ada orang tak perlu. Anak-anak mudah di urus, di tegur dan di lentur. Alhamdulillah, syukur rezeki Allah bagi. Tapi usah la di sindir-sindir mereka yang memerlukan bantuan.
Situasi kita tak akan pernah sama dengan orang lain. Malah jauh berbeza.
Ada orang anak seorang sahaja, tapi dia punya temperament mengalahkan jaga anak 10 orang.
Ada orang anak baik-baik, tapi 4 orang dia seorang yang kena jaga. Jangan kata anak, diri sendiri pun kadang tak terjaga.
Ada orang siang bekerja pejabat, malam buat kerja rumah, dalam masa sama ada buat bisnes sambilan pula. 24 jam sehari begini siapa tak stress.
Itu la nampak jalan untuk me-time sebentar pun dah memadai. Tak salah bagi anak main telefon asalkan jelas 2 konsep ni.
Fahami 2 konsep penggunaan gajet cara yang betul.
Pengunaan secara sihat
1. sehari jangan lebih 2 jam
2. pantau konten yang di akses
3. screen break setiap 15 minit
4. sebelum tidur langsung tak boleh
5. bukan alat hilangkan bosan
Pengunaan secara tak sihat
1. melampau screen time nya
2. bebas akses apa sahaja konten
3. langsung tak ada screen break
4. banyak pengaruh negatif
5. jadi ketagihan
Faham 2 konsep ni, tak pernah timbul isu nak kawal anak dengan telefon.
Kadang-kadang dengan ada telefon ni baru dapat ibu ayah di luar sana nak berehat dan nak lena sebentar walau untuk sesaat.
Lain orang, lain situasinya. Manfaatkan telefon tak salah asalkan niat betul untuk kebaikan.
Wallahu A’lam,
Meninjau di ruangan komen, para netizen mempunyai padangan yang sama. Gajet dijadikan peranti untuk membantu mengawal anak seketika.
Apa yang pasti, gajet tidak salah. Cuma kita sebagai ibu bapa kena tahu untuk mengawalnya.
Sumber: Mohd Fhais Salim
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club