Gaget sering kali dianggap sebagai peranti yang mengakibatkan kesan buruk kepada kanak-kanak.
Memang benar jika peranti in digunakan tanpa kawalan. Namun ia juga ada kebaikkannya untuk membantu ibu ayah untuk mengawal anak.
Terdapat pelbagai pandangan negatif berkaitan penggunaan telefon pada kanak-kanak. Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais Salim yang sering berkongsi mengenai keibubapaan.
Ikuti padangan beliau mengenai hal ini.
Tak salah pun. Lain orang lain situasinya.
Kita tak boleh sindir ibu ayah yang guna telefon untuk kawal anak mereka. Tak salah pun. Lain orang lain situasinya.
Ada orang memang sangat perlu bantuan telefon ni, kalau tak memang boleh gila la hidupnya.
Ada orang tak perlu. Anak-anak mudah di urus, di tegur dan di lentur. Alhamdulillah, syukur rezeki Allah bagi. Tapi usah la di sindir-sindir mereka yang memerlukan bantuan.
Situasi kita tak akan pernah sama dengan orang lain. Malah jauh berbeza. Ada orang anak seorang sahaja, tapi dia punya temperament mengalahkan jaga anak 10 orang.
Ada orang anak baik-baik, tapi 4 orang dia seorang yang kena jaga. Jangan kata anak, diri sendiri pun kadang tak terjaga.
Ads
Ada orang siang bekerja pejabat, malam buat kerja rumah, dalam masa sama ada buat bisnes sambilan pula. 24 jam sehari begini siapa tak stress.
Itu la nampak jalan untuk me-time sebentar pun dah memadai. Tak salah bagi anak main telefon asalkan jelas 2 konsep ni.
Fahami 2 konsep penggunaan gajet cara yang betul.
Pengunaan secara sihat
1. sehari jangan lebih 2 jam 2. pantau konten yang di akses 3. screen break setiap 15 minit 4. sebelum tidur langsung tak boleh 5. bukan alat hilangkan bosan
Ads
Pengunaan secara tak sihat
1. melampau screen time nya 2. bebas akses apa sahaja konten 3. langsung tak ada screen break 4. banyak pengaruh negatif 5. jadi ketagihan
Faham 2 konsep ni, tak pernah timbul isu nak kawal anak dengan telefon. Kadang-kadang dengan ada telefon ni baru dapat ibu ayah di luar sana nak berehat dan nak lena sebentar walau untuk sesaat.
Lain orang, lain situasinya. Manfaatkan telefon tak salah asalkan niat betul untuk kebaikan. Wallahu A’lam,
Meninjau di ruangan komen, para netizen mempunyai padangan yang sama. Gajet dijadikan peranti untuk membantu mengawal anak seketika.
Ads
Apa yang pasti, gajet tidak salah. Cuma kita sebagai ibu bapa kena tahu untuk mengawalnya.
Sebenarnya, menanam banyak kaedah. Tidak semestinya berfokus kepada satu kaedah sahaja. Anak-anak kita boleh libatkan dengan aktiviti sihat sebegini untuk memberi ilmu dan membuka minda mereka bahawa menanam ini tidak sukar tetapi menyeronokkan.
Bermula 17 februari lepas, saya mulai mengajak ketiga-tiga anak untuk menanam kangkung tapis. Saya belikan mereka baldi dan bekas tapis masing-masing supaya adil tak berebut. Kanak-kanak kan jenis excited nak cuba.
Setiap perkembangan bermula dari semaian benih sehingga matang saya rekod dan rakamkan sebagai kenangan untuk mereka apabila sudah besar nanti. Masing-masing gembira dengan hasil mereka.
Mudahnya. Jom buat sendiri di rumah. Mudah sangat!
Sumber: Mohd Amri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu ayah mana tak risau apabila anak yang berusia tujuh masih belum tahu mengeja dan membaca.
Anak pula dianggap tidak pandai. Sedangkan tanpa sedar ibu ayah mendidik anak cara yang salah.
Ikuti perkongsian coach parenting, Mohd Fhais Salim mengenai cara mengendalikan anak jenis auditory learner.
“Kakak tak pandai !”
Ini mungkin pengalaman “tak elok” saya yang kita semua boleh jadikan pengajaran.
Anak saya yang sulung ni agak lambat untuk pandai membaca, 7 tahun masih lagi mengeja membaca.
Bukan salah dia tapi salah saya yang tidak alert pada kemampuan & kemahiran belajar dia dulu.
Dulu saya tak ambil serius sangat tentang kemahiran auditory learner dia.
Duk paksa paksa dia belajar ikut cara biasa yang bukan untuk anak auditory. Aduh.
Suruh dia buat latihan itu ini.
Suruh dia hafal perkataan.
Suruh dia tulis perkataan ratus kali.
Suruh dia guna flash card.
Suruh dia hafal suku kata.
Semua tak menjadi !
Akhirnya jadi marah. “Kenapa tak pandai pandai ni padahal dah buat latihan macam-macam.”
Benda ni jadi masa umur rania 5-6 tahun. Memang menyesal sangat tak jaga mulut.
Natijahnya sampai sekarang ni masih saya masih berusaha untuk buang mental block “saya tak pandai” dari minda dia.
Asal dia rasa susah sikit je atau tak faham-faham dia akan cakap “kakak tak pandai”
INI YANG IBU AYAH KENA BUAT
Apa yang patut saya buat dari dulu untuk anak auditory ialah belajar cara orang auditory selesa.
– dengan irama
– dengan berbual
– dengan pujian
– dengan motivasi
– dengan inspirasi
– dengan bercerita
– dengan mendengar ulang-ulang.
Bukan bermakna budak auditory tak boleh belajar dengan cara visual & kinestetik, boleh je.
Cuma cara auditory akan lebih mudah, lebih selesa & lebih cepat dia belajar.
Kadang kadang.
Bila anak kita dah usaha, dah ikhtiar sehabis baik tapi masih lagi tak berhasil kemungkinan besar kaedah belajar yang digunakan tidak serasi dengan jiwa belajar dia.
Dia bukan tak pandai tapi cara belajar yang tak tepat buat dia rasa dirinya tak pandai.
Alhamdulillah. Sekarang rania dah hebat membaca, pantang nampak papan tanda tepi jalan pasti dia akan baca kuat kuat nak bagi kita dengar sebab nak minta di puji. Layankan..
Wallahu a’lam..
Sumber: Mohd Fhais Salim
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kebanyakan kita minum kopi setiap pagi. Tetapi bolehkah kopi yang kita minum meningkatkan kolestrol dalam tubuh kita?
Selanjutnya ikuti perkongsian Dr Zubaidi mengenai minuman yang menjadi kegemaran ramai ini.
Kopi O yang kita minum selalunya tidak ada mengandungi kolestrol. Namun begitu ada beberapa jenis kopi boleh meningkatkan tahap Low-Density Lipoprotein (LDL) atau kolestrol jahat. Antaranya French press coffee, Turkish coffee dan espresso.
Peningkatan tahap LDL atau kolestrol jahat dalam tubuh boleh menyebabkan penyumbatan saluran darah. Sementara peningkatan High-Density Lipoprotein (HDL) atau kolestrol baik, bagus untuk tubuh.
Tetapi jumlah kolestrol jahat dalam kopi O walaupun dari jenis yang disebutkan tadi adalah terlalu rendah.
Ramai yang bertanya saya, walaupun mereka kurus tetapi tahap kolestrol jahat masih tinggi. Adakah disebabkan minum kopi setiap?
Sebenarnya yang menjadi masalah adalah faktor keturunan (genetik) yang mempengaruhi tahap kolestrol dalam tubuh kita. Ia menjadi lebih buruk jika kita memilih makanan yang salah. Jadi tahap LDL tidak berkurangan walaupun kita tidak lagi mengamalkan kopi.
Namun tren terbaharu adalah minum kopi dengan penambahan gula yang banyak dan ‘whipped cream’ di atasnya diminum bersama kek dan donut yang manis.
Ini bukan masalah kopi. Masalah peningkatan kolestrol disebabkan oleh kream dan karamel yang tinggi dengan gula dan kalori.
Seolah-olah kita sedang mengambil makanan berat untuk tengahari atau malam. Minuman kopi sebegini mempunyai 50gm atau lebih dan kandungan kalori pula 600 kalori atau lebih.
Apatah lagi diambil bersama kek dan donut yang manis.
Jadi pengambilan kopi O secara sederhana adalah selamat sementara pengambilan kopi dengan gula dan kream, boleh menyebabkan peningkatan kolestrol dalam tubuh.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...