Tak Salah Nak Manjakan Anak, Tapi Jangan Sampai Jadi ‘Raja’ Kepada Mak Ayah. Semak 5 Tanda Ni, Ubah Sebelum Terlambat!

Share

Sebagai ibu bapa, kita berhak untuk didik dan membimbing anak-anak mengikut acuan kita selagi tidak salah dari sisi agama.

Biar dididik sebagai hamba, jangan bila dah besar jadi raja. Dan paling ditakuti, bertukar menjadi anak derhaka, yang dimurkai oleh Allah S.W.T. itu yang cukup kita bimbangkan.

Ajari dan didik mereka dengan kasih sayang tapi dalam masa yang sama kena ada ketegasan dan pastikan mereka ikut arahan.

Sebab itu sebagai ibu bapa, normal untuk kita memanjakan anak-anak, tetapi jangan keterlaluan sehingga anak boleh ‘pijak kepala’.

Perkongsian oleh saudara Taufiq Razif ini boleh dijadikan panduan untuk semua. Semoga bermanfaat. Ubah sebelum terlambat.
5 Tanda Anak Kita Dah Mula Jadi Raja Kepada Mak Ayahnya.

Banyak sangat yang saya jumpa mak ayah yang dikawal oleh anaknya tanpa dia sendiri sedari. Ni tanda-tandanya bila anak dah mula naik kepala dan jadi raja pada mak ayahnya.

1. Mak ayah mula jadi overprotective

Anaknya tak boleh disentuh dan tak nak anak susah langsung! Sifat melindungi ni bagus sebab itu memang fitrah mak ayah yang Tuhan dah bagi tapi kalau dah melampau sangat tu namanya Helicopter Parenting. Anak yang datang daripada Helicopter Parents ni biasanya akan jadi manja melampau, tak pandai berdikari dan mudah mengalami masalah cemas ( anxiety ) bila dah dewasa nanti.

2. Mak ayah tak pernah cakap TAK BOLEH kat anak

Semua benda mak ayah tu terpaksa tunaikan sebab anak meragam tak berhenti bila permintaan tak ditunaikan.Padahal sifat meragam tu muncul sebab anak dah tahu dah bila meragam je mak dan ayahnya akan kalah dan tunaikan permintaannya.

3. Mak ayah bagi je semua makanan yang anak minta

Mak ayah tu dah tak boleh bezakan antara real food dan jajan. Semua makanan yang tak sihat mula memenuhi peti ais rumah masing-masing kerana mak ayah tu tak mampu tolak kemahuan anak-anak. Padahal jajan tu penuh dengan kalori tetapi kosong nutrisi.

4. Mak ayah tak boleh dengar anak menangis

Mak ayah tu jadi gelabah dan gelisah sangat kalau anak menangis. Akhirnya mak ayah tu tunaikan segala kemahuan anak. Padahal tangisan anak tu adalah tangisan manipulatif. Tangisan manipulatif ni bukan tangisan yang real pun. Tangisan manipulatif adalah tangisan yang dibuat-buat kerana anak tahu tangisan tu berjaya membuatkan mak ayahnya tunduk dan patuh pada segala kemahuannya!

5. Smartphone mak ayah selalu berada di tangan anaknya

Kalau sekali sekala tak apa. Yang bahayanya sampaikan 24 jam smartphone tu berada di tangan si anak. Akhirnya anak menjadi ketagih dan mula tak dapat kawal emosi ( lack of self control ) bila berjauhan dengan smartphone mak ayahnya. Pssst. Benda ni tak ramai mak ayah yang tahu tau. Tolong sebarkan pada mak ayah yang belum tahu ye.


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web  https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster