Baru-baru ni, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memohon maaf kerana memuatnaik poster yang dikritik sebagai seksis.
Poster itu dikritik hebat kerana menyarankan wanita beraksi menggoda meminta pasangannya membantu melakukan kerja di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Poster berkenaan mendapat pelbagai maklum balas dikalangan warganet. Ada yang setuju dan sebaliknya.
Menerusi facebooknya Dzun Nurain. beliau berpendapat tidak salah seorang wanita itu kelihatan cantik ketika di rumah asalkan selesa.
Ikuti pandangannya.
Look Good at Home. Salahkah?
Ads
Ada ke wanita yg tidak suka pakai cantik-cantik dan kelihatan cantik?
Anda suka sentiasa kelihatan rapi atau serabut?
Mestilah suka kelihatan cantik dan rapi, betul?
Waktu inilah kita sebagai ibu dan isteri beri sedikit masa kepada diri sendiri utk berhias,berpakaian kemas dan bersolek untuk keluarga dan bersama keluarga.
Bukanlah duduk di rumah semasa PKP anda 24jam berbaju kelawar, rambut serabai macam hantu kak limah, anak-anak tengok pun takut, diri sendiri pun rimas.Pada waktu ini suami dan anak2 24jam tengok kita maka ambillah peluang ini berhias sebaiknya untuk mereka.
Ads
Kenapa kena berhias walau sekadar duduk di rumah?
Untuk terbitkan rasa gembira dan juga untuk bina aura positif dalam diri. Juga, aura dalam diri kita juga boleh di rasai oleh ahli keluarga kita. Sedap mata memandang.Tak sukakah kalau suami dan anak puji kita cantik? semua wanita suka dipuji betulkan? Kita berhias untuk diri sendiri dan untuk famili. Tiada salahnya malah disarankan oleh agama. Selain daripada dapat bina aura positif dan aura gembira kepada diri wanita itu sendiri, orang2 sekeliling juga akak terasa kesan positif dan suka pandang kita. Tidaklah asyik nak marah-marah saja.
Look Good & Feel Good. Positifkan diri.
SAHUT SERUAN
Ads
Dalam pada itu, menerusi fb, Nurul Adila Shafii yang menyahut seruan yang disarankan oleh KPWKM. Beliau tampil dengan berpakaian cantik dan bersolek ketika membuat kerja rumah. Perkongsiannya telah menarik perhatian ramai sehingga meraih lebih 7K share.
“Ibu-ibu kita di rumah… Sahut seruan Kementerian wanita dan keluarga untuk sentiasa berhias dan berpakaian kemas ketika didalam rumah sepanjang tempoh PKP ni. Saya Sudahh.. Ibu2 Semua Bila Lagi.”
Apa yang dapat dilihat, kita mempunyai pandangan yang berbeza. Ia tidak menjadi masalah asalkan wanita itu berasa selesa apa yang dilakukan.
Sumber: Nurul Adila Shafii dan Dzun Nurain
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau dikira-kira sudah setengah tahun anak-anak kita bersekolah, cuba lihat baju sekolah mereka. Masih putih bersih atau sudah berubah menjadi kelabu asab?
Jadi untuk pastikan cucian pakaian sekolah anak-anak bersih seputihnya, bolehlah mencuba teknik yang dipraktiskan oleh Mama Liesyah ini.
Mama liesyah mau kongsi sikit pada ibu-ibu yang selalu ada delima baju sekolah anak kotor dan hitam..ni ada cara mau bagi bersih dan sentiasa nampak baru dan putih..viral kan hari tu sabun dan cara ni..bahan dan caranya seperti di gambar.. semoga bermaanfaat buat semua ibu-ibu..
Bahan-bahan yang diperlukan :
Sabun Mandi
Penyagat
Bekas berpenutup
Cara penggunaan :
1. Rendam semalaman baju sekolah dengan air dan sabun yang telah disagat.
2. Masukkan ke dalam mesin basuh, campurkan dengan sedikit sabun cuci kain biasa.
3. Cuci seperti biasa dan bilas dengan pelembut fabrik.
4. Kemudian bilas sekali lagi dengan air nila Ujala. Hasilnya baju seperti baru.
Lepas masak dan makan, tibalah pula aktivioti mencuci pinggan mangkuk dan segala peralatan yang diguna pakai. Sedar tak sedar, sabun makin berkurang dan kena top up semula.
Bagi ibu-ibu yang nak menjimatkan belanja membeli sabun, boleh cuba tip mudah ini.
Hanya menggunakan campuran garam, bukan sahaja dapat menggandakan sabun tersebut, bahkan buih pun banyak. Nak cuba? Jom baca tip ini. Ni bukan pasal resepi masak tau.. Tapi nak kongsi tips jimat sabun pinggan untuk suri rumah sekalian.. 🙂 Jimatlah juga belanja dapur kan… 800ml sabun, kita boleh gandakan menjadi 5 liter sabun… Katakan 1 liter sabun tahan guna sebulan, 5 liter tahan 5 bulan… ok tak? Saya seronok sangat sebab buihnya tetap banyak walaupun kuantitinya dah digandakan. Maklumlah saya suka main buih masa basuh pinggan mangkuk periuk bagai.. Mudah je.. Hanya 5 liter air + 800ml sabun (tak kira jenama apa pun, saya guna sunlight) + Garam pakej kecil (anggaran secawan).. Gaul dalam baldi atau bekas besar yang sesuai.. Siap…! Nak gandakan 400ml je? Boleh, saya pun guna botol sabun sunlight yang 400ml tu je. Dapatlah 2400ml… Hanya kecilkan nisbah asal di atas (nak mudah faham bahagi 2 je sukatan atas tu).. Refill guna bekas yang sesuai tau, lagi bagus guna semula botol sabun pinggan yang memang dah habis tu.. Kalau selain tu, tulis caption kat bekas tu ‘ni sabun pinggan ye..’ Guna seperti biasa. Tak cuba tak tahu.. Saya dah cuba InsyaAllah kesannya tetap sama sabun asal walaupun dah agak cair dari kepekatan asal. Yang penting bagi saya banyak buih dan barang basuhan pun bersih tanpa minyak..
Selamat mencuba untuk lebih jimat..
Sangat membantu jimat belanja..
Asalnya 1 botol boleh jadikan 5 botol..
Refill sabun pinggan dalam bekas yang ada je… Jumpa lah yang ni, kena tulislah ‘sabun pinggan’ ye. Ni saya guna nisbah 2000ml air + 400ml sabun + garam ½cawan.. Memang masih berat lagi walaupun dah hampir sebulan… AlhamduliLlah.. Suka³……
Dulu waktu kecil-kecil, pernah tak terdetik dalam hati bila dah kahwin dan ada anak, tak nak jadi garang macam mak kita?
Tapi… Bila kita dah meningkat dewasa, baru kita sedar mak kita garang bukannya saja-saja. Ada maknanya! Makna yang kita akan rasa sendiri bila melalui hari-hari kita. Kan?
Dalam ramai-ramai orang yang kita kenal dalam hidup, mak satu-satunya beri didikan yang terbaik dan penuh kasih sayang. Jom ikuti perkongsian dari Asyikin Md Isa ini.
——————————————————————————————————
Ada orang kata, dengan kanak-kanak ni tidak boleh garang-garang dan perlu berlembut dalam mendidik. Adakah ia betul atau sebenarnya ibu garang macam singa adalah cara didikan yang terbaik?
Peranan ibu bapa
Anda pasti pernah melihat situasi seorang ibu memarahi anaknya dan ketika itu pasti terdetik di hati anda, “Saya takkan garang dengan anak saya”, betul tak? Penulis juga pernah mengatakan begitu. Namun, situasinya berbeza sekarang, apatah lagi apabila perlu memikul tanggungjawab sebagai ayah dan ibu dalam masa yang sama.
Adalah normal untuk anak-anak melakukan perkara yang mungkin akan mengundang kemarahan anda. Mungkin itu adalah lumrah proses tumbesaran anak. Namun setiap individu yang bergelar ibu dan bapa sudah tentu mahukan yang terbaik buat cahaya mata mereka.
Ibu garang didikan terbaik
Biasanya anak yang membesar di bawah didikan ibu yang garang dipercayai dapat membesar menjadi individu yang lebih baik. Ibu adalah individu penting yang banyak mempengaruhi cara anak membesar. Malahan, tidak boleh dinafikan, kebanyakan anak akan lebih rapat dengan ibu berbanding ayah.
Disebabkan ini, ibu perlu mempunyai sisi ‘garang’ yang tersendiri. Ini tidak bermaksud anda tidak boleh langsung memanjakan si comel anda, tetapi segalanya perlu mempunyai had agar tidak naik lemak dan memijak kepala ibu. Dalam erti kata lain, ketegasan yang masih terkawal.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda terapkan di dalam diri anak-anak untuk menjadikan mereka sebagai individu yang lebih bertanggungjawab.
1. Maaf dan terima kasih
Sejujurnya bagi penulis, mengajar anak mengucapkan maaf dan terima kasih adalah perkara yang paling penting. Ia adalah perkara paling asas dalam mendidik anak-anak.
Ajarkan anak anda untuk memohon maaf apabila mereka melakukan sesuatu kesalahan tidak kira kepada sesiapa. Ini dapat membantu mereka untuk menyedari tentang kesilapan mereka dan membantu untuk mengelakkannya daripada berulang.
Sebagai permulaan, didiklah si manja anda untuk mengucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu. Ia boleh menjadikan mereka sebagai individu yang tahu menghargai pemberian yang diterima.
2. Lakukan secara sukarela
Tidak dinafikan, ada yang menggunakan cara memberi upah untuk menggalakkan anak-anak membantu melakukan sesuatu pekerjaan. Tetapi dalam masa yang sama, tindakan ini boleh membina satu kebiasaan, iaitu mengharapkan sesuatu balasan apabila melakukan sesuatu pekerjaan atau perkara.
Sebaiknya, cuba untuk mendidik anak melakukan sesuatu secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang balasan. Ajarkan mereka untuk membantu anda mengemas dapur atau membersihkan rumah.
Ini dapat melahirkan rasa belas kasihan dalam diri anak-anak dan dalam masa yang sama mengajar mereka untuk membantu individu lain dengan seikhlasnya. Mungkin pada permulaan, anak-anak anda sukar untuk melakukannya, tetapi jangan berputus asa.
3. Mengawal penggunaan media dan gajet
Antara kesilapan paling biasa dilakukan dalam aspek pendidikan anak-anak adalah memberikan kebebasan dalam penggunaan media, gajet mahupun internet. Malahan terdapat juga ibu bapa yang memberikan gajet untuk mendiamkan anak. Hakikatnya tindakan ini adalah salah.
Sebaiknya penggunaan media haruslah dikawal dan tidak membiarkan anak-anak menjadi terlalu obses dengan gajet. Amat disarankan untuk si manja di bawah usia 6 tahun, elakkan daripada mendedahkan mereka kepada penggunaan gajet dan media tanpa kawalan.
4. Rasai kegagalan
Penulis sendiri sebagai seorang ibu, sentiasa ingin mencuba membantu anak. Apabila si manja berdepan dengan situasi seperti sukar untuk melakukan sesuatu, naluri seorang ibu pastinya ingin menolong. Tetapi hakikatnya tindakan itu adalah sangat tidak baik untuk proses keyakinan diri anak.
Jika si comel anda tidak dapat membuat sesuatu, jangan terus menolong. Sebaliknya cuba untuk memberikan sokong kepada anak untuk mencuba dan tidak berputus asa. Masih gagal, bantu mereka dengan memberikan arahan atau menunjukkan cara yang betul.
Sekiranya, si manja anda membuat kesilapan, jangan terus memarahi mereka. Sebaliknya berikan sokongan untuk mereka melakukan yang lebih baik di masa hadapan. Ini kerana jika anda memarahi mereka, ia hanya menjadikan mereka takut untuk mencuba. Ingat, menjadi tegas tidak bermakna anda perlu sentiasa memarahi anak.
Garang tidak bermaksud tidak sayang
Menjadi ibu yang garang tidak bermakna anda tidak menyayangi anak-anak anda. Tetapi kerana rasa sayanglah anda harus bertegas untuk membentuk mereka menjadi ‘orang’ di masa hadapan.
Tidak salah untuk memanjakan anak, tetapi segalanya mempunyai had dan batasan. Jika ada yang mengatakan anda seorang ibu garang macam singa, tak perlu nak marah atau naik angin. Ini kerana anda lebih mengetahui apa yang terbaik untuk permata hati anda.
Nak jadi sebahagian dari ahli Keluargagader Club? Jom sertai sekarang juga di sini !
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...