Tipulah kan kalau kata anda tak pernah marah bersungguh-sungguh kat seseorang. Betul tak? Marah sampai kadang tu terdetik tak nak memaafkan dia langsung!
Tahu tak, selama mana kita tak maafkan dia, sebenarnya selama tu juga la rezeki kita ‘tersekat’. Misalnya seperti perkongsian dari Khairul Hakimin Muhammad ini. Sangat bermanfaat! Semoga kita dapat pengajaran dari kisah ini dan memaafkan kesalahan orang lain.
“..teringat kisah itu dan masih mendoakan wanita itu yang buruk-buruk.”
Saya tinggalkan kawan nak masuk ke McD, katanya ada barang nak diambil dari kawannya yang makan di situ. Jalan di situ kecil dan saya pun terus sahaja meluru untuk masuk ke kawasan parking.
Elok sahaja di tengah-tengah perjalanan, ada sebuah kereta masuk dari arah depan dan menghon saya suruh saya berundur, sedang di belakang ada 2 kereta lagi mengikuti saya.
Dia keluarkan tangan dan lambai cara menghalau, suruh undur. Saya pun buat benda sama suruh dia undur kerana dia sebuah sahaja manakala kami ada 3 kereta bersusun.
Dia keluar dari kereta dan marah saya. Cakap “undurlaaaahhh! Bodohlah bawa kereta besar perangai macam babi!” Saya tergamam.
gambar hiasan
Saya pun masuk gear undur dan syukur sangat kereta lain ikut undur. Ikutkan jalan itu 2 hala, namun orang parking kiri kanan menyebabkan hanya 1 kenderaan sahaja boleh lalu pada satu-satu masa,
Kami semua berjaya undur dan wanita itu menunjukkan jari tengah apabila berjaya lalu di situ. Saya marah sendirian. Masuk parking dan terlepas cakap “semoga orang begini lekas-lekaslah mati azab kena langgar ke, kena panah petir ke.”
Kawan saya call dan tanya saya di mana saya pun beritahu saya diparking. Kami teruskan perjalanan dan cerita itu habis begitu sahaja namun setiap pagi lalu McD nak pergi ke office, saya pasti akan teringat kisah itu dan masih mendoakan wanita itu yang buruk-buruk.
Jualan tak cantik, tak tahu punca
Selang beberapa minggu, saya duk perhati jualan kami tak cantik. Di office tegang sesaja. Kalau di rumah, ada sahaja benda tak best.
Saya tak tahu apa punca, ramai orang kata cek solat, cek sedekah, cek emak ayah, cek keluarga, cek kebaikan, cek hati. Saya duk termenung apa bendalah yang tak ok kali ini.
Sampailah itu hari pergi makan kedai, jumpa owner sebuah restoran. Rupanya beliau follower tegar saya. Beliau minta izin nak duduk sekali memandangkan saya sedang makan seorang diri.
Saya tanya beliau sales berapa dalam sehari, katanya boleh dapat RM11-13k. Bergantung juga tengok waktu. Time gaji boleh dapat sebanyak itu. Kalau tak, dalam RM4k-RM7k.
Maafkan orang lain, kunci utama tenang hati, rezeki melimpah ruah
Ads
Saya ternganga. Bestnya ada restoran yang sentiasa orang datang. Dia cakap,
“Setiap hari, maafkan semua orang Encik Khairul. Konsep mengampunkan orang ini, walau kita betul, walau kita tak salah, walau kita kena dera, walau kita kena khianat, walau kita kena teruk dengan berbagai hal, adalah konsep ketenangan ya membawa kepada banyaknya rezeki.
Contoh mudah, saya pernah kena sihir. Hanya sebab saya berhentikan dia kerja kerana dia mencuri.
Saya tak boleh bangun 2 minggu, macam-macam benda keluar dari badan, kedai saya busuk, hancing, badan saya busuk, kerja tak boleh, bergaduh sana sini, partner saya pasang cctv, dapat tengok jelas budak ini setiap hari without miss dia akan kencing depan dan belakang kedai, kemudian akan gantung kain yang dibuat macam tali di pili depan dan belakang.
Kami pernah tertanya kain apa halus yang diikat begitu. Semua tak tahu. Apabila jadi sakit berpanjangan, berubat, baru tahu kena sihir.
Saya fokus berubat. Semua orang nasihat kasi sihat dulu baru bisnes.
Namun dalam hati dendam sangat kuat. Walau dah sihat, orang itu pun dah tak ada apabila kami buat report polis dan pasang alarm serta lampu yang ada sensor, dia dah tak buat, hati saya tak keruan selagi orang ini tak kena bala dari Allah.
Sales teruk, orang makin kurang, kerap sangat bergaduh dengan staff, sampai ke tahap chef-chef lari. Dekat rumah, ada ja benda tak kena. Salah sana salah sini.
Satu hari, partner saya cakap, “bersihkan hati kau. Kau banyak dendam sangat. Tu semua menjauhkan rezeki. Macam mana Allah nak bagi kita lebih kalau kita tak boleh nak maafkan orang.
Ads
Kau betul, kau baik, namun kau kena maafkan. Bab dia jahat, dia celaka, Allah akan sediakan bala serta hukuman untuk dia. Kau tak payah fikir benda itu, itu Allah dah ada janji-janjinya.”
Dan akhirnya saya pun bangun malam, solat tahajjud 2 rakaat, solat taubat 2 rakaat dan solat hajat supaya segala gelisah, semua benda dendam serta kesumat itu Allah hilangkan dalam hati. Serta terus memaafkan segalanya.
Rupanya saya sendiri jadi tenang. Pergi kerja, okey. Urus restoran, okey. Customer datang, okey. Keluarga pun semakin okey.
Sekarang, inilah! Alhamdulillah!”
Saya angguk sahaja. Habis makan, saya bayar, bersalam dan beredar.
Saya duk fikir apa benda dendam tak selesai sampai susahnya saya nak buat sales. Sampailah esok pagi saya lalu di tepi McD, baru saya ingat inilah dia.
Saya masih terbayang wajah wanita yang marah dan angkat jari tengah tersebut.
Pagi itu, saya tekad, masuk pejabat, duduk atas kerusi diam-diam, pejam mata dan cakap saya dah maafkan dia. Saya cakap juga dalam hati semoga dia mendapat keampunan dari Allah.
Ads
Masa solat zohor, saya buat ikut apa yang abang itu cakap, solat hajat supaya Allah bantu tenangkan hati.
Dan sungguh memang berjaya.
Hasilnya, semasa ebook Personal Branding dan Penulisan Viral keluar, kami 8 orang buat sales, dan saya bukanlah orang yang paling ramai follower yang ada. Namun Allah bantu saya untuk dapat jadi nombor 1 dalam challenge tersebut. Sales 5 hari adalah yang diluar jangka.
Syukur sangat.
***
Sungguhlah kawan-kawan,
Kadang-kadang kita rasa kita dah berusaha nak jadi baik, namun Allah uji kita dengan benda yang kita rasa tak sepatutnya. Lalu hati kita bertitik hitam hanya kerana nak sangat bencana datang kepada orang itu sedangkan kalau benar kita baik, kita akan doakan kebaikan untuk dia.
Kita takkan jadi sama macam dia kalau kita bertindak baik.
Dan itu antara punca bagaimana kita nak dapat ketenangan. Aura itu bermula dari hati. Dibawa ke wajah dan perlakuan kita semua.
Lalu Allah menyapa dengan angin, hujan, panas dan banyaknya makhluk yang membawa kebaikan kita itu naik ke langit.
Ia untuk dicurahkan rezeki atau dihantar kesusahan kepada kita. Rupanya, kita yang pilih semua itu sama ada sedar atau tidak.
Sudah tersentak, ubahlah. Untuk diri, untuk semua yang tersayang di sisi.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Mari merdekakan diri dari dendam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hati siapa yang tidak seronok kalau kunyit yang ditanam dapat menghasilkan isi yang banyak seperti ini, memang puas makan dan bolehlah diberi kepada jiran atau pun dijual untuk dijadikan pendapatan sampingan.
Jadi buat yang ingin tahu cara untuk mendapatkan hasil seperti itu, ikuti perkongsian daripada Encik Azuan Abdullah ini. Menurutnya ada cara baja yang betul dan mudah untuk anda ikuti dan di sini ditunjukkan langkah demi langkahnya. Semoga bermanfaat.
Ini cara saya membaja pokok kunyit untuk banyakkan isi @ rizom.
Ini pokok kunyit kampung. Kami panggil kunyit kampung sebab isi @ rizomnya kecil. Usianya 3 bulan lepas tanam.
Sebelum membaja, cabut dulu rumput ya. Baru la sedap mata memandang dan baja nanti tak dapat kat rumput.
Saya guna baja NPK 12.12.17. Nama glamour orang panggil baja buah.
Tabur di keliling perdu pokok kunyit. Jangan tabur terlalu rapat dengan perdu ya. Tabur secara berselerak. Kuantitinya 50 gram untuk 1 perdu.
Gemburkan tanah supaya baja yang kita tabur tadi bergaul dengan tanah dan tak terkena sinaran matahari. Tujuannya supaya power baja tak hilang.
Ini baja kompos.
Tabur baja kompos di seluruh permukaan tanah. Kuantitinya 1 kg 1 perdu.
Lepas tu siram secukupnya.
2-3 minggu lepas membaja ni, saya akan potong semua daun. Tujuannya nak banyakkan isi @ rizom.
Lepas 1-2 minggu daun dipotong, akan muncul banyak tunas beserta daun baru. Masa tunas baru ni naik la, isi @ rizom turut sama berkembang.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Membaca perkongsian daripada Puan Siti Azfa Ahmad ini berkenaan kenapa Perdana Menteri menyarankan Encik Suami yang diberi kebenaran untuk membeli barang keperluan sepanjang PKP ada logiknya.
Bayangkan jika kita kaum wanita yang keluar berbelanja. Masa 30 minit pasti belum cukup untuk buat pilihan walaupun senarai barangan yang ingin dibeli sudah tertulis.
Ayuh kita baca lagi sebab-sebab lain yang dirasakan ada logiknya. Jom semak.
Arahan sepanjang PKP hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan,
Sebab ape kebenaran tu diberi kepada ketua keluarga?
Penolong ketua keluarga x berkaliber ke nak membeli barang keperluan sedangkan selama ni urusan pembelian penolong ketua keluarga yang uruskan,
Sebenarnya PM kita dah nampak dah situasi yang akan jadi bila penolong ketua keluarga yang keluar membeli,
Contohnya dalam senarai ada 10 barang yang hendak dibeli,
Maka penolong pun bersiap sedia membuat pembelian,
Dalam kepala dia dah ada pelan susun atur rak2 barangan di pasaraya tersebut,
Dia pun masuk ke lorong rak yang menjual tepung gandum,
Dia amik tepung gandum yang memang ada dalam senarai barangan yang hendak dibeli,
Tiba2 dia terpandang serbuk koko
Dia terfikir ,
Resepi kek marble azlina ina yang dia share petang tadi belum buat lagi,
Sedap jugak makan kek marble petang2 sambil minum air kopi,
Dia pun amik serbuk koko,
Nak buat kek kena guna baking powder, Dia amik pulak baking powder, Selesai urusan kat rak tepung,
Dia pegi pulak kat rak mee kuning, Dalam senarai barangan ada tertulis mee kuning,
Dia amik mee kuning, Sebelah rak mee kuning dia nampak pulak kuetiau dok tergolek2 kat tepi tu,
Tiba2 dalam kepalanya terbayang wajah anak keduanya
Kak ngah suka makan kuetiau goreng,
Kalau masak kuetiau goreng bertambah2 dia makan,
Jadinya mee pun dia amik kuetiau pun amik,
Dia pegi pulak kat lorong sayur,
Dalam senarai ada sayur sawi je yang hendak dibeli,
Dia pun amik sayur sawi,
Eh, segar2 pulak kangkung dengan bunga kobis ni,
Geram pulak tengok sayur segar2 ni,
Akhirnya selain sawi,kangkung n bunga kobis pun dia amik,
Begitulah keadaannya bila dia masuk ke lorong jual ayam dan lorong2 yang lain2 nya,
Sedar tak sedar penuh troli barang yang hendak dibeli,
Dia pun beratur nak bayar ,
Sambil beratur tu dia dok scan lagi barang ape yang dia blom beli
Alamak!!
Milo lupa nak amik,
Dan sesungguhnya dia sanggup keluar barisan untuk amik sepeket milo tersebut,
Rupanya senarai barangan yang ditulis tu ada sambungannya,
Kat mana sambungannya,
Sambungannya dalam kepala dia,
Ada ke dia risau duit x cukup bila nak bayar,
Jarang terjadi x cukup duit masa nak bayar sebab dia dah tahu perkara ni akan terjadi n dia standby duit lebih awal2 lagi,
Jadi nampak tak kenapa PM hanya benarkan ketua keluarga yang keluar beli barang,
Sebabnya kebanyakan penolong menghadapi kesukaran untuk patuh kepada senarai barangan yang tertulis pada kertas,
Langkah penjimatan sangat susah nak dibuat bila penolong yang berbelanja,
Aplikasi Telegram merupakan antara medium wajib dimuat turun pada telefon pintar majoriti antara kita untuk berbaul dengan kenalan. Malah yang menariknya melalui aplikasi ini kita dapat mengumpulkan keluarga, rakan-rakan dan juga teman sepejabat di dalam group chat yang berbeza.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Namun demikian, kadangkala kita enggan berada dalam kumpulan chat yang kita tidak mahu menyertainya.
Sebagai contoh, kita diajak berada dalam satu kumpulan yang mengajak bermain judi atau mungkin yang berunsurkan pornografi.
Situasi seperti ini pastinya membuatkan kita rasa terganggu dan sangat rimas bila setiap hari asyik kena ‘add’.
Jadi tahukah anda sebenarnya ada cara yang boleh anda buat untuk elakkan daripada terus berlaku. Ini sepertimana perkongsian daripada Puan Rosfadzillah Mohamed Yusof di akaun facebooknya.
Perkongsian ini mendapat perhatian umum, memandangkan tidak dinafikan ramai yang mengalami masalah di ‘add’ ke group yang bukan-bukan.
“Siapa yang Telegram dia selalu kena add masuk group judi,forex ke trader ke,boleh ubah setting mcm ni.Dah aman telegram saya takda orang add group tak tentu hala,” tulisnya pada kapsyen hantaran di facebooknya.
Langkah Demi Langkahnya
1.Tekan setting
Pilih privacy and security
3.Kemudian pilih Groups & Channels
Tick dekat my contact, kalau everybody itu yang boleh orang main add je kita tu.
Meninjau di ruangan komen, nyata ramai berterima kasih dengan perkongsian langkah demi langkah tersebut. Jadi buat anda bolehlah setkan seperti yang ditunjukkan ini. Selamat mencuba.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.