Setiap harta yang kita miliki, pastinya ada bahagian untuk orang lain yang lebih memerlukan.
Ini yang dikatakan ni dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain yang boleh dikongsi sama.
Sebagaimana perkongsian ini, menekankan bahawa berbelanja atau makan di luar dapat membantu menambah pendapatan peniaga yang menjual.
Selanjutnya ikuti perkongsian ini.
Saya tak berkenan orang cakap :
“Dari beli makanan kat luar, baik masak sendiri. Jimat pun jimat. Takdelah membazir duit.”
Kenapa cakap membazir?
Ingat orang yang berniaga makanan tu saja-saja nak bazirkan duit orang ke?
Saya memang tak berkenan dengan orang yang kedekut dan berkira. Bila kita berkira-kira dengan orang, rezeki kita pun berkira-kira nak datang dekat kita.
Ingat ya…
orang yang berniaga itu mencari rezeki untuk keluarga dia. Setiap orang ada komitmen masing-masing yang tak semua orang mampu cerita.
Sama juga macam saya ada kereta tapi ada kalanya saya suka keluar rumah naik teksi atau Grab.
Adakah saya membazirkan duit?
Cuba fikir dari sudut hikmah kebaikan.
Sebab apa?
Sebab Allah dah tetapkan rezeki kita dan rezeki pemandu Grab atau Teksi tersebut iaitu DALAM REZEKI KITA ADA REZEKI ORANG LAIN.
Kebaikannya;
Allah bagi saya pengalaman jumpa pemandu dan jika pemandu suka bercerita, kita dapat belajar mengenali sudut pandangan dan pengalaman orang lain. Beginilah cara saya belajar meningkatkan EMPATI dalam diri saya.
La hawla wala quwwata illa billah.
Antara benda yang saya suka buat dengan izinNya :
1. Setiap kali beli barang, bagi duit lebih kepada peniaga. Ingatkan diri kita bahawa duit yang kita bagi kepada orang itu BUKAN DUIT KITA tapi ALLAH TA’ALA yang bagi. Jadi, tak perlu jadi perasan sangat kita bersedekah. Malu dekat Allah. Rezeki kita bagi duit lebih tu pun datangnya dari Allah.
2. Bila naik teksi atau Grab pun bagi duit lebih dan ingatlah duit yang kita bagi itu Allah yang bagi. Bukan duit kita. Jadi, tak payah bangga cakap aku sedekah. Malu kat Allah sebab kalau Allah tak jentik hati kita untuk sedekah, kitalah orang yang paling BAKHIL.
3. Setiap kali bersedekah atau bagi duit lebih dekat orang, JANGAN MENGHARAPKAN BALASAN. Setiap kali kita buat kebaikan, bila kita harapkan balasan, itu maknanya KITA TAK IKHLAS.
4. Buat apa saja kerana ALLAH TA’ALA tanpa mengharapkan balasan. Orang yang ikhlas, dia takkan berharap orang akan balas balik kebaikan yang dia buat.
Sumber: Sha Ramson Ab dullah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sumber : Ustaz Muhamad Rizal