Setiap harta yang kita miliki, pastinya ada bahagian untuk orang lain yang lebih memerlukan.
Ini yang dikatakan ni dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain yang boleh dikongsi sama.
Sebagaimana perkongsian ini, menekankan bahawa berbelanja atau makan di luar dapat membantu menambah pendapatan peniaga yang menjual.
Selanjutnya ikuti perkongsian ini.
Saya tak berkenan orang cakap : “Dari beli makanan kat luar, baik masak sendiri. Jimat pun jimat. Takdelah membazir duit.”
Kenapa cakap membazir? Ingat orang yang berniaga makanan tu saja-saja nak bazirkan duit orang ke?
Saya memang tak berkenan dengan orang yang kedekut dan berkira. Bila kita berkira-kira dengan orang, rezeki kita pun berkira-kira nak datang dekat kita.
Ingat ya… orang yang berniaga itu mencari rezeki untuk keluarga dia. Setiap orang ada komitmen masing-masing yang tak semua orang mampu cerita.
Ads
Sama juga macam saya ada kereta tapi ada kalanya saya suka keluar rumah naik teksi atau Grab.
Adakah saya membazirkan duit? Cuba fikir dari sudut hikmah kebaikan.
Sebab apa?
Sebab Allah dah tetapkan rezeki kita dan rezeki pemandu Grab atau Teksi tersebut iaitu DALAM REZEKI KITA ADA REZEKI ORANG LAIN.
Kebaikannya; Allah bagi saya pengalaman jumpa pemandu dan jika pemandu suka bercerita, kita dapat belajar mengenali sudut pandangan dan pengalaman orang lain. Beginilah cara saya belajar meningkatkan EMPATI dalam diri saya.
La hawla wala quwwata illa billah.
Ads
Antara benda yang saya suka buat dengan izinNya :
Gambar hiasan
1. Setiap kali beli barang, bagi duit lebih kepada peniaga. Ingatkan diri kita bahawa duit yang kita bagi kepada orang itu BUKAN DUIT KITA tapi ALLAH TA’ALA yang bagi. Jadi, tak perlu jadi perasan sangat kita bersedekah. Malu dekat Allah. Rezeki kita bagi duit lebih tu pun datangnya dari Allah.
2. Bila naik teksi atau Grab pun bagi duit lebih dan ingatlah duit yang kita bagi itu Allah yang bagi. Bukan duit kita. Jadi, tak payah bangga cakap aku sedekah. Malu kat Allah sebab kalau Allah tak jentik hati kita untuk sedekah, kitalah orang yang paling BAKHIL.
3. Setiap kali bersedekah atau bagi duit lebih dekat orang, JANGAN MENGHARAPKAN BALASAN. Setiap kali kita buat kebaikan, bila kita harapkan balasan, itu maknanya KITA TAK IKHLAS.
4. Buat apa saja kerana ALLAH TA’ALA tanpa mengharapkan balasan. Orang yang ikhlas, dia takkan berharap orang akan balas balik kebaikan yang dia buat.
Kalau dulu bila mak kita hendak menanak pulut, pasti akan direndam semalaman pulut tersebut. Tapi sekarang ini ada trik untuk memasak pulut yang bukan sahaja tanpa perlu direndam, malah tidak perlu pun dikukus.
Nak tahu lanjut, jom ikuti perkongsian daripada No Or ini untuk manfaat bersama.
CARA MASAK PULUT DENGAN CEPAT DAN MUDAH
🎶Oh! kome deroyan udah luruh, 🎶
🎵moh kita cepat pegi suluh 🎵
Haaa lagu yang udah sinonim di musim durian ni. Ada orang suka makan gitu aje, ade lak yang suka makan dengan pulut dan santan.
Dedulu macam leceh je kan, nak masak pulut ni. Nak kena rendam bagai, tapi bila dah jumpa cara mudah ni. Alahai, pejam sebelah mata je kome oi.
Bagi yang belum jumpa cara mudah nak masak pulut, ni Cik No nak share cara yang amat mudah. Cepat pun iye jugak tau. Sebab dah tak perlu nak rendam merendam lagi. Dah tak perlu nak kukus kukus. Versi ni, Cik No guna rice cooker aje.
Okay, jom baca.
Untuk sukatan pulut tu, ikut koranglah berapa cawan pulut yang korang nak buat makan tu.
1- Cuci pulut bersih dan masukkan ke dalam periuk @ kuali. Cik No, guna periuk rice cooker tu aje.
2- Masukkan air ke dalam periuk tu, isi la banyak manapun takpe. Ikut suka korang la, pastu letak atas dapur, bukakan api.
Boleh letakkan pewarna @ serbuk kunyit atau biarkan aje warna putih, terpulang pada korang.
Cik No buat pulut putih je, sebab Cik boipren nak makan dengan durian.
Kalau korang nak letak pewarna, nanti kacau lah pulut tu, sebab nak bagi warna tu cantik sekata.
3- Tunggu sampai air rebusan pulut tu betul-betul mendidih. Pastu terus tutupkan api.
Bila air tu dah mendidih, jangan biar lama sangat, takut pulut kembang pulak bila kita nak masak dalam rice cooker.
4- Kemudian buang semua air rebusan tadi.
Pulut dah tak perlukan air.
5- Pindah periuk masuk ke Rice Cooker, pastu tekan button ‘Cook’ . Biar ia masak dalam rice cooker macam biasa, (sampai button tu bertukar pada ‘Warm’).
Ini bergantung pada berapa banyak pulut yang kita masak tu jugak.
6- Bila pulut dah masak / button keep warm, korang tabur lah gula dalam setengah sudu besar tu, pastu gaul-gaulkan rata. Kemudian tutup kejap periuk rice cooker tu.
Tujuan letak gula tu, nanti nak bagi pulut tu cantik, elok berkilat.
Lepastu bolehlah di masukkan pati santan dan di gaul rata. Boleh di hidangkan. Ikut suka lah nak makan dengan apapun.
InsyaAllah, walaupun pulut tak di rendam, elok je masaknya. Tekstur pulutnya pun cantik dan sangat-sangat menjimatkan masa.
Memiliki rumah sendiri adalah idaman setiap orang baik yang bujang mahupun yang sudah berumah tangga. Namun seiiring dengan perkembangan semasa dan taraf hidup yang tinggi, ramai yang tidak mampu untuk membeli dan memiliki kediaman sendiri. Rata-rata memilih untuk menyewa.
Bagi yang bekerja di bawah jabatan kerajaan, tidak menghadapi masalah untuk membuat pinjaman perumahan, tetapi bagi pekerja swasta terpaksa mengambil masa untuk berbuat demikian. Namun, dalam pembentangan bajet pada 2011 oleh Kerajaan Malaysia, di bawah Skim Rumah Pertamaku (SRP), dapat membantu golongan muda yang baru bekerja serta berpendapatan tidak lebih daripada RM5,000 / sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.
Skim ini berfungsi untuk membolehkan golongan muda mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi- institusi kewangan yang turut mengambil bahagian untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu untuk membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat pihak Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.
Cagamas SRP Berhad akan memberi jaminan kepada bank-bank atas pembiayaan yang lebih dari 90%. Jika sekiranya seorang peminjam/pelanggan mendapat pembiayaan 100%, Cagamas SRP akan menjamin sebanyak 10% (dari 90% hingga 100%) daripada pembiayaan berkenaan.
SIAPA YANG LAYAK DAFTAR SKIM RUMAH PERTAMAKU?
Skim SRP ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 35 tahun dan ke bawah (berumur tidak lebih daripada 36 tahun pada tarikh lahir berikutnya) dengan pendapatan kasar bulanan yang tidak lebih daripada RM5,000.00 bagi peminjam perseorangan dan pendapatan kasar bulanan yang tidak lebih daripada RM10,000.00 bagi peminjam bersama (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000.00 bagi setiap peminjam).
Perlu diambil berat bahawa skim ini hanya terhad kepada pekerja untuk sektor swasta, termasuk badan berkanun yang tidak menawarkan pinjaman/pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan.
CIRI-CIRI & FAEDAH UTAMA SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)
Pembiayaan sehingga 100%
Harta kediaman sahaja
KRITERIA KELAYAKAN DAFTAR SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
Di bawah merupakan maklumat ringkas (perlu diketahui) mengenai pemohon yang layak memohon Skim Rumah Pertamaku (SRP).
Pemohon Yang Layak
Warganegara Malaysia
Pembeli rumah (pertama kali)
Bekerja di sektor swasta, termasuk badan-badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pinjaman atau pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan
Individu yang berumur tidak lebih daripada 40 tahun
Pendapatan kasar peminjam perseorangan yang tidak lebih daripada RM5,000 sebulan dan pendapatan kasar peminjam bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap peminjam)
Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat, yang mana lebih rendah
Keperluan Pembiayaan
Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan.
Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
Insurans/takaful kebakaran diwajibkan
Harta Yang Layak
Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
Nilai minimum hartanah RM100,000
Nilai maksimum hartanah RM500,000
Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)
BANK YANG MENAWARKAN PINJAMAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
SOALAN LAZIM
Q: Jika bekerja sendiri dengan pendapatan RM2,000 boleh mohon Skim Rumah Pertamaku?
A: Tidak boleh. Skim SPR hanya terhad kepada pekerja di dalam sektor swasta sahaja, termasuk badan-badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pinjaman/pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan.
Q: Sekiranya saya bekerja sendiri dan pasangan bekerja di sektor swasta bolehkah kami memohon skim ini?
A: Tidak. Hanya pasangan anda yang layak mohon skim tersebut.
Q: Saya dan pasangan berpendapatan RM5,000 sebulan dan ingin membeli rumah berharga RM300,000. Bolehkah kami mohon skim ini?
A: Boleh. Dibawah skim ini, pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan bagi peminjam perseorangan atau peminjam bersama tidak boleh melebihi 60% daripada gabungan pendapatan bersih bulanan kedua-dua peminjam.
Andaikan jumlah komitmen sedia ada (ansuran kereta + pinjaman peribadi) adalah RM1,200.
Dalam kes ini, pembayaran balik maksimum bagi pinjaman perumahan dibawah SRP tidak boleh melebihi RM1,410 sebulan seperti tertera di bawah ini:
Contoh kiraan :
Gabungan pendapatan kasar : RM2,000 + RM3,000 = RM5,000
Gabungan pendapatan bersih : RM4,350 (pendapatan selepas potongan berkanun; cukai, KWSP & SOCSO)
60% daripada RM4,350 = RM2,610 (jumlah komitmen)
Pembayaran balik pinjaman perumahan tidak boleh melebihi: RM2,610 – RM1,200 = RM1,410
Berdasarkan kadar faedah/keuntungan semasa dan tempoh maksimum pembiayaan yang dibenarkan selama 35 tahun (tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan), jumlah pembiayaan maksimum yang layak anda ambil adalah lebih kurang RM294,000.
Q: Adakah skim ini termasuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri?
A: Tidak. Skim ini tidak meliputi pembinaan rumah di bawah tanah sendiri.
Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank yang terlibat seperti berikut:
PENDAFTARAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
Pemohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat seperti di atas. Atau, anda boleh layari Portal Skim Rumah Pertamaku (SRP) melalui pautan di bawah untuk maklumat lanjut.
Mungkin ada antara kita yang biasa buat begini, lepas beli baju atau seluar terus pakai. Dengan alasan baru dan tiada sebarang kotoran. Tapi sebenarnya cara ini salah. Mungkin nampak bersih tetapi sebaiknya cuci terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah dikemudian hari. Lagipun kita tak tahu bagaimana proses pembuatan pakaian itu. Mohd Fhais berkongsi tentang isu ini di facebooknya baru-baru ini. Jangan Terus Pakai Baju Yang Baru Di Beli Saya selalu nasihat kat orang benda ni, bah kan pelanggan #byrara sendiri pun saya akan nasihat benda yang sama. Cuci dulu sebelum pakai. Ini pengalaman saya sendiri semasa melawat kilang buat baju di bangladesh tahun lepas. Nampak tak longgokan kain yang saya buat anak panah tu? Itu la kain kain yang kuantitinya lebih dari 1000kg dan sudah berbulan bulan duduk kat situ. Tersadai kat situ tanpa ada perlindungan atau di tutup rapi. Saya jadi tertanya tanya bila lihat kain kain ni terdedah begitu je. Kat sini bebas seranga ke? (tanya dalam hati) Tak puas hati jadi saya tanya pada owner kilang. “Di sini tak ada tikus atau lipas ke?” Terkejut saya bila owner kilang ni jawab tikus dan lipas ada banyak. Saya pun tanya lagi, “Habis ni kain semua kalau kena berak atau kencing dengan tikus macam mana?” Owner tu jawab senang je, diorang akan gunting dan buang. Selebihnya guna buat baju. Aduh, sejak dari itu setiap kali beli baju baru saya akan basuh dulu sebelum pakai. Tak kira la baju jenama besar ke, jenama kecil ke saya pasti basuh dulu. Kita bukan tahu sepanjang proses nak hasilkan baju tu ntah apa apa benda atau seranga dah lalu melintas pada kain tu. Banyak benda dah melekat kat kain tu. Kita bukan nampak pun. Basuh je la dulu senang. Tak rugi apa pun, hilang bau kedai je! Sampaikan pada orang lain juga ye, masih ramai yang sambil lewa pasal benda ni. Mohd Fhais
Mata nampak bersih tak semestinya bersih
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...