“Tak Salah Kahwin Dengan Mualaf Kerana Cinta Tapi…” Isteri Throwback Kisah Awal Perkahwinan Dengan Adam Corrie!

Share

Kontroversi yang melanda perkahwinan kapten hoki pasukan India, Manpreet Singh Pawar  dengan kekasihnya dari Malaysia, Illi Najwa Saddique mencetuskan pelbagai persoalan sehingga ada yang mendakwa dia murtad.

Pasangan yang menjalinkan hubungan cinta sejak lapan tahun lalu dikatakan telah mengadakan majlis resepsi  di kampung halaman Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.

Di dalam majlis tersebut Manpreet, 28, mengenakan sut perkahwinan punjabi yang lengkap dengan serban, sementara Illi Najwa pakaian pengantin Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.

Bagaimanapun, wanita yang berasal dari Johor itu mengesahkan suaminya sudah memeluk Islam sejak akhir tahun lalu dan mereka melangsungkan pernikahan pada 16 Disember lalu dalam majlis tertutup.

Ramai pihak berkongsi pandangan mengenai isu ini. Antaranya termasuklah isteri kesayangan Adam Corrie. begitu pun, Fazi tidak mengulas mengenai isu kontroversi, sebaliknya dia mengimbas kembali saat disatukan bersama pemilik nama sebenar Fazema Mohd Fuad  tidak menyangka dia bakal bertemu jodoh dengan saudara baru. Sementelah tanggung jawab yang bakal dipikulnya cukup besar.

Terbaca kisah viral terkini wanita Islam berkahwin dengan lelaki India. buat saya teringat kisah saya dan suami di awal perkahwinan.
Dulu sebelum saya bersetuju bernikah dengan suami saya iaitu lelaki berlainan bangsa dan juga muallaf, saya tanya diri saya.

Adakah saya layak berkahwin dengan beliau. Beliau bukan sebangsa dengan saya. Budaya tak sama, bahasa juga tak sama. Malah makanan seharian juga tak sama dan pernah menjadi penganut agama lain.

Ia akan timbul konflik kemudian hari , kerana kami berdua sangat berbeza. Tambah-tambah dia artis. Lagilah payah..

Semuanya berbalik kepada diri saya. Saya yang kena tentukan hala tuju hidup saya.

Saya tanya pada diri, aku hendak berkahwin kerana apa? Kerana cinta? Tak mungkin .. kerana saya tak bercinta dengan dia. Tak kan baru 3 hari dah jatuh cinta. Betullah.. kita kena mengadu dan pinta pertunjuk padaNya.


Allah akan bantu kita.

Apabila kita tahu kita banyak kekurangan dalam agama. Kita memang kena upgrade diri kita. Tak salah pon kita kahwin dengan muallaf kerana cinta tapi … kita kena kuatkan juga niat berkahwin kerana Allah. Allah suka hambaNya yang ada niat baik. Apabila kita kuatkan perkahwinan kita niat kerana Allah. Allah akan bantu kita dalam semua aspek.

Berjanji dengan diri sendiri, “aku berkahwin dengan si folan kerana aku inginkan syurga dan keberkatan dariMu Ya Allah. Jadikan aku isteri yang baik, dan dapat membantu suami ku menjadi muslim yang baik dan ketua keluarga yang membawa kami sekeluarga ke syurgaMu.. Aamin” (contoh)
Berkahwin dengan muallaf adalah amanah yang berat dan hadiah dari Allah, Kerana Allah tahu kita mampu membuka hadiah ini dengan baik, teliti dan sabar.



Kalau kita solat pon ke laut.. macamana dia nak jadi muslim yang baik. Saya memang jadi bodyguard suami saya. awal perkahwinan , saya nampak budaya laga pipi dengan artis perempuan adalah kebiasaan. saya tegur ia haram dalam Islam. lelaki perempuan bukan mahram tak boleh bersentuhan. sejak dari dari itu, dia cuba mengelak dari bersalaman dan laga pipi dengan artis / penari / kru wanita.

Sehingga hari ini saya masih cuba upgrade diri. Supaya kami sama-sama tak terpesong, terlupa akan tipu daya dunia. Kata nak masuk syurga sama-sama kan.
Aamin