
Kandungan sudah mencecah lapan bulan, penyanyi Nabila Razali mendedahkan bakal menimang anak lelaki yang dijangka dilahirkan Januari tahun depan.
Sabtu lalu, Nabila dan suaminya, Nik Nik Iruwan Nik Izani mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat bagi mendoakan kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Nabila dan suami turut mengumumkan jantina bayi mereka yang merupakan seorang bayi lelaki kepada sanak saudara dan rakan-rakan yang hadir.
Menerusi Instagramnya, Nabila turut memuat naik video ketika pengumuman itu dikongsikan kepada tetamu yang hadir.
“Its a boy.
“Alhamdulillah, terima kasih buat semua yang hadir meraikan kenduri kesyukuran dan gender reveal ‘Nik & Bella Jr.’ malam semalam. 🤍
“Sekarang dah tahu gender, bolehlah korang get ready hadiah utk baby pula! Eeeh 😜
“Sebenarnya, Bella pun dah tak sabar nak shopping barang baby,” tulisnya menerusi kapsyen.
Dalam majlis bertemakan serba putih itu, Nabila dan suami turut tampil dengan busana juga berwarna putih bersih.
Tambah bakal ibu ini lagi, dia dan suami juga turut teruja untuk membeli kelengkapan buat bayi sulung mereka yang bakal lahir tidak lama lagi.
Terdahulu, Nabila dan suaminya, Nik Nik Iruwan Nik Izani mendirikan rumah tangga pada November 2023. Pasangan ini mengumumkan kehamilan sulung ini pada awal Oktober lalu.
“Hanya Sebab Kau Autism Dan ADHD, Kau Tak Dilayan Dengan Baik.” Sebak Baca Perkongsian Ini

Gara-gara tidak dapat menerima hakikat anaknya adalah anak istimewa, keluarga ini memberikan layanan yang tidak setimpal dari segi rawatan kepada anaknya. Lebih menyedihkan bapa kepada anak ini tidak menujukkan kasih sayang kepada anaknya.
Perkongsian daripada pegawai perubatan ini Nurhanis Ahmran meruntun jiwa dengan sikap ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat kekurangan anak. Namun, semua ini boleh diatasi dengan muhasabah diri untuk memberikan yang terbaik buat anak. Setiap anak yang lahir itu, ada rezeki buat nya. Jangan kita menghukum tanpa melakukan apa-apa. Jadilah ibu bapa yang terbaik buat anak.
Sedih rasanya tengok anak seorang pesakit saya hari ni. Sudah umur 9 tahun, lelaki. A very good looking boy.
Cuma sepanjang berada dalam bilik doktor saya perasan dia tak duk diam lansung. Main pili air, main cop saya, dok atas kerusi doktor pastu berpusing-pusing seorang diri. Sekejap-kejap dia pusing kerusi saya pun ada. Buat kerusi saya bergoyang2. Dia macam sangat bahagia dalam ‘dunia’nya.
Ibunya pun nampak geram dengan anaknya yang satu tu. Bila marah sangat, dipulasnya telinga anak tu. Sesekali saya dengar si kakak panggil adiknya kambing.
Bukan normal
Aduh, budak ni bukan budak normal ni. Budak normal yang umur 9 tahun takkan berkelakuan macam ni. Saya tengok adiknya yang lagi muda darinya lagi ‘behave’, tak seaktif dan ligat macam abangnya.
Rasa tak sedap hati pula tengok budak tu.
“Anak puan ni ADHD ke?”, saya langsung bertanya pada ibunya.
“Aah, ye doktor. Memang follow up Mentari ni.” Jawab ibunya.
“Autism?”. Saya bertanya lagi.
Kata ibunya, ada juga autism. Anaknya memang suka susun-susun barang, susun pula cantik molek barang-barangnya.
“Tapi rumah tak pula dia kemas. Sepahkan ada la!”, si kakak menyampuk.
Saya beristighfar dalam hati sebab geram. Ya Allah, tu memang ciri-ciri budak autism. Si kakak ni masih tak faham ‘penyakit’ adiknya.
Tidak mengikuti pembelajaran di sekolah pendidikan khas
Di sekolah pula, dia berada di kelas arus perdana. Bukan di sekolah pendidikan khas seperti yang sepatutnya.
Kata ibunya lagi, anaknya suka tulis terbalik. semua huruf terbalik. nombor pun terbalik.
“Anak puan ada dyslexia juga ni”, kata saya tegas.
Kata ibunya, dia nak teruskan rawatan di Klinik Psikiatri Kanak-kanak tapi dihalang oleh ayahnya.
Malu punya anak istimewa
Ayahnya marah bila tahu si ibu bawa anak jumpa doktor psikiatri. Katanya anaknya normal walaupun doktor pakar psikiatri kanak-kanak sudah sahkan anaknya ADHD + austism!
Bila tiba waktu hari laporan pelajar yang sepatutnya dihadiri oleh ibu bapa, ayahnya hanya hadir untuk anak-anak yang lain. Tapi tidak untuk anak yang seorang ni. Malu katanya. Tak nak orang tau anaknya “sakit”.
Mahu duk diam-diam di sekolah biasa saja. Tak nak tukarkan anak ke sekolah pendidikan khas sebab takut masyarakat tahu! Nanti malu!
Bila si ibu tanya tentang masa depan anak yang sorang ni, selamba saja jawabnya.
Tak payah belajar pandai-pandailah!
besar nanti kerja ngan lori sampah je cukup!
Allah! Rasa terpukul hati saya. Ayah jenis apa tu?!
Saya pandang wajah polosnya. Comelnya dia.
Kenapalah kau didiskriminasi macam ni sekali dik? Hanya sebab kau autism dan ADHD, kau tak dilayan dengan baik. Kau disekat untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya kau dapat.
“Tolong fikir masa depan dia puan. Tolong sangat. Bawak dia jumpa doktor psikiatri balik. jangan hiraukan ayah dia”.
Saya cepatkan konsultasi sebab rasa sebak sangat tengok muka innocent anaknya yang satu tu.Tak patut dia diperlakukan macam tu.
Mak ayah kat luar sana yang ada anak-anak macam ni, tolonglah jangan malu. takde apa yang nak dimalukan. Fikirlah masa depan anak anda.
Bantulah anak anda.
They really need your love & support.
Please.?
#sedih
#childspychiatry
#pleasehelpthem
**MENTARI : pusat mental dan psikiatri
**ADHD : attention deficit hyperactive disorder
Berdikari Ni Baik Untuk Isteri & Suami Tapi Kurang Baik Untuk Rumah Tangga. Ini Silapnya Suami Pada Hari Ini!

Kebanyakan wanita kini dilihat lebih suka berdikari dan membuat keputusan sendiri dengan alasan lebih selesa dan tidak mahu menyusahkan.
Atas faktor itu juga menjadikan semakin mudah dilihat sang isteri lebih memilih untuk berdikari. Tak kurang ada juga isteri memilih untuk berdikari atas faktor terpaksa namun ada juga yang tidak mahu membebankan suami.
Namun apa juga pilihan, biarlah ia berpada dan jangan sampai membuatkan ada hati yang terluka. Walaupun mungkin isteri kini lebih bijak bertindak dan tidak lagi hanya mengharapkan bantuan suami dengan alasan tidak mahu menyusahkan, tak ada salahnya jika masih meminta pertolongan suami hatta sekelumit saja bantuannya.
Apabila si isteri terlalu berdikari, ia secara tidak langsung menyebabkan rasa hormat dan kebergantungan kepada suami menjadi longgar.
Banyak perkara dan keputusan dilakukan sendiri dan lebih memburukkan keadaan apabila si isteri langsung tidak berbincang dengan suami termasuk dalam hal yang memerlukan dia membuat keputusan.
Hadamkan perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin ini.
“Baik utk suami, tapi kurang baik utk rumahtangga…”
Ada isteri yg berdikari ni memg bgus sbb byk perkara yg sepatutnya dibuat suami, dia dapat buat sendiri…dlm ertikata yg lain, dia mengurangkan beban suami…
Suami dah tak perlu buat apa yg isteri dia dah buat…dia mgkin cuma perlu bertanya, follow up ttg perkara2 itu sahaja…
Cumanya bila kita sebagai suami terlalu membiarkan byk perkara diselesaikan isteri, diuruskan isteri dan dia buat on behalf of suami, maka itu sebenarnya sgt2 tak baik utk hubungan rumahtangga kita…
Kita akan jadi selesa dan bila kita selesa, apa yg kebiasaannya kita jadi? Kita lupa diri, kita alpa dan kita dh xnk buat dh apa yg isteri selalunya buat walaupun itu sebenarnya tugas kita sbgai seorang suami…
Isteri memg byk perkara yg dia boleh buat sendiri…walaupun pd permulaannya dia kurang mahir, tp bila dh selalu buat, dia akan mahir…tp dia tetap seorang isteri, seorang perempuan yg mempunyai naluri bahawa, apa yg dibuatnya itu hanyalah sebagai satu bentuk pertolongan kpd si suami…
Pertolongan yg sementara…
Dan dia masih perlukan suami utk buat keje2 tu bila suami ada masa, ada kelapangan dan tak sibuk…dia tetap nk suami jadi suami, isteri jadi isteri…bukan smpai tahap tugas2 isteri dah mcm seorang suami…sehingga terpaksa menggalas, memikul dan menguruskan segala2nya sendiri…
Berdikari ni baik utk isteri, baik utk suami tapi kurang baik utk rumahtangga kita sendiri…ini kesilapan kebanyakan suami pada hari ini…
Terlalu membiarkan isteri berdikari sehingga isteri selalu berfikir, “Utk apa aku ada suami…
“Dah Buat Macam-Macam Tetap Nangis Tak Henti”, Aida Jebat Nekad 2 Pagi Check Out Hotel, Kongsi Kisah Sebagai Panduan Orang Ramai

‘Ana Nayla menangis sehingga mata bengkak dan tidak mahu minum susu, ibu pula nampak kelibat hitam merangkak’.
Itu pengalaman selebriti popular Ayda Jebat ‘bermalam’ di sebuah hotel di ibu negara atas urusan kerja baru-baru ini.
Situasi mendebarkan itu menyebabkan dia dan suami, Nabil Mahir serta kedua-dua ibu bapanya terpaksa mendaftar keluar hotel pukul 2.40 pagi kelmarin.
“Saya dan Nabil mendaftar masuk di sebuah hotel di Kuala Lumpur atas tujuan kerja. Saya ambil dua bilik besar yang menghubungkan antara dua bilik.
“Satu bilik untuk saya dan satu untuk mama dan baba. Masuk sahaja bilik hotel Ana Nayla terus menangis dan jika awak dengar sendiri pun boleh tahu dia dalam ketakutan.
“Macam-macam dilakukan termasuk melaungkan Azan tetapi dia masih menangis tanpa henti sampai tersedu-sedu. Saya dan Nabil pun rasa ingin menangis,” luah Ayda di Insta Storynya.
Menurut penyanyi lagu Pencuri Hati itu, keadaan anaknya yang tidak mahu minum susu dan hanya menangis membuatkan dirinya tidak tenang saat menjalani latihan tarian di satu lokasi berdekatan hotel berkenaan.
“Setelah selesai sesi latihan kira-kira pukul 12.30 tengah malam, ibu memaklumkan dia terlihat kelibat satu lembaga merangkak daripada bilik saya ke biliknya.
“Ketika itu, anak saya sudah tidur sebab kepenatan menangis. Mama tarik saya dan Nabil pergi ke tepi dan beritahu kami bilik hotel ini tidak ‘elok’.
“Mama terlihat sesuatu merangkak laju dari bilik saya menerusi pintu sambungan itu dan terus pergi ke bilir air,” katanya.
Enggan mengambil risiko soal keselamatan puteri kesayangan mereka, Ayda membuat keputusan untuk pulang ke rumah kira-kira pukul 2.40 pagi.
“Di kaunter hotel, seorang kakitangan beritahu tingkat yang menempatkan bilik kami baru sahaja dibuka setelah sekian lama ditutup,” ujarnya.
Ayda berkata, dia tidak sempat mengambil sebarang gambar atau video dan tujuannya berkongsi mengenai perkara itu sebagai panduan pada ibu bapa lain.
Sumber : Ayda Jebat , Kosmo