
Pelakon popular Fizo Omar yang sedang menghitung hari menunggu kelahiran anak kedua daripada perkahwinannya dengan isteri Fazeera Nazri masih belum berkongsi jantina anak yang bakal lahir.

Pengacara rancangan Roda Panas di Astro ini telah berkongsi foto isterinya sedang menjalani ujian imbasan pemeriksaan antenatal bulanan di hospital dengan kapsyen menyatakan tidak sabar hendak berjumpa anak keduanya itu.
Counting days. Cant wait to see u

Peminat Main Teka-Teki Jantina Bayi
Nampaknya bukan sahaja Fizo dan isteri yang teruja menanti kelahiran anak mereka tetapi peminat-peminat turut sama teruja menantikan kelahiran bayi tersebut. Bahkan mereka turut berteka-teki jantina anak dalam kandungan Fazeera.
Fizo yang sebelum ini sudah pun mempunyai seorang anak perempuan, Wan Maryam, 5, hasil perkahwinan pertama dengan usahawan Mawar Karim pada tahun 2013. Pasangan ini bercerai pada tahun 2019.

Fizo dan Fazeera bernikah pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Februari lalu, Fazeera mengumumkan dirinya sedang berbadan dua.
Sumber: @fizoomar
Nak banyak info tentang kehamilan dan persediaan bersalin, jangan lupa join webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Fizo Omar Dedah Rahsia Jadi Suami Romantik

Isi Kandungan
ToggleSikap saling tolak ansur dan sentiasa memahami keperluan isteri adalah kunci kebahagian sesebuah rumahtangga. Memberi hadiah kepada isteri, sediakan sarapan serta makan malam dan bercerita hari tua adalah antara yang dilakukan oleh selebriti ini, sejak berkahwin dengan Mawar Abdul Karim. Perkongsian selebriti Fizo Omar menerusi fizoomar.com sungguh sweet untuk dijadikan panduan bersama untuk keharmonian rumahtangga.
_____________________________________________________________________
5 Tips Suami Romantik. Suami Selalu Lupa Yang ke #2
Bait-baik lagu Tan Sri P.Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Hal rumah tangga seharusnya diambil serius kerana apabila rumah tangga kita penuh keceriaan, maka hal-hal lain akan menjadi sangat mudah untuk kita uruskan. Kepada para suami di luar sana, walaupun anda penat bekerja, cubalah untuk menjadi romantik kepada isteri anda. Kalau boleh, jadi lebih romantik daripada zaman sebelum alam perkahwinan. Kali ini saya nak kongsi tips untuk membantu golongan adam di luar sana untuk menjadi suami yang romantic. Jom scroll!
1. Hadiah Kepada Isteri
Hadiah tidak semestinya yang mahal. Kadang-kadang tu, benda simple sahaja mampu membuatkan isteri kita tersenyum. Contohnya, bila anda pergi ke mana-mana tempat atas urusan kerja, anda boleh belikan pinggan yang ada lukisan tu. Tak mahal pun dan anggap sahaja ianya sebagai satu pelaburan kepada rumah tangga yang bahagia. Tulis la ayat yang romantik sikit atas pinggan tu. Mungkin ada boleh tulis kenapa anda sayangkan isteri si dia. Sweet kan?
2. Sediakan Breakfast & Dinner
Mesti isteri anda cair punyalah. Kalau isteri anda ada kerjaya tersendiri, memang dia akan lebih terharu la. Anda bangun awal sikit, sediakan breakfast dan bawa ke bilik. Kata orang, mulakan hari dengan senyuman. Tak cukup dengan breakfast, dinner pula. Bayangkan dia penat balik dari office dan anda dah sediakan dinner. Confirm dia akan sebak punyalah. By the way, jangan bagi alasan tak tahu masak sebab buku resipi banyak, di internet pun penuh. Nak masakkan untuk Madame Rose lah malam ni.
3. Bertanya Tentang Hari Si Dia
Sambil menikmati makan malam tu, tak salah untuk anda tanya tentang rutin harian si isteri. Mana tahu isteri anda stress dengan kerjanya pada hari tersebut. Tetapi bila anda masak untuk dia, ambil berat tentang rutin harian dia, terus dia akan rasa lebih dihargai. The sense of belonging is there and that will make her appreciate you even more. Jika anda boleh tolong dengan masalah yang si dia hadapi, cuba sehabis baik. Beritahu si dia yang anda akan sentiasa menyokongnya walau dalam apa sahaja keadaan pun.
4. Percutian Pendek
Tidak kisah sama ada anda sudah mempunyai anak mahupun belum ada rezeki lagi, percutian pendek adalah perlu. Sebab apa? Waktu bercuti lah anda boleh hilangkan segala tekanan di tempat kerja. Bukan selalu kan? Plan dengan rapi berkenaan tarikh dan hari yang sesuai dan saya pasti, ikatan kasih sayang antara anda, isteri dan anak-anak akan semakin rapat. Lagipun sekarang pakej percutian ada banyak dan murah-murah belaka.
5. Bercakap Tentang Hari Tua
Secara psikologi, pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga akan cepat tersentuh apabila isu hari kemudian dibincangkan. Mana tidaknya, kita akan dapat gambaran dan perasaan yang perkahwinan kita akan kekal sehingga ke anak cucu, InsyaAllah. Antara topik yang relevan untuk dibincangkan adalah seperti aktiviti harian yang akan dilakukan bila anak-anak kita duah mempunyai keluarga sendiri. Contohnya nak pergi sky diving bila dah bersara hehe. Romantik habis lah! Boleh menitis air mata.
Macam mana bro? Semangat sikit tak nak ajdi romantik selepas baca artikel ni? Mudah kan nak jadi suami yang romantik? Untuk langkah pertama, anda boleh ke dapur dan tengok barang basah yang ada dalam peti ais tu. Mana tahu boleh masak ikan tiga rasa untuk dinner hari ni.
Gambar: Instagram Fizo Omar
Sumber: fizoomar.com
Masih Belum Lambat Betulkan Kesilapan. Ibu Ini Luah Penyesalan Bagi Anak Gajet Sejak Bayi Lagi

Masih belum terlambat untuk betulkan kesilapan! Begitulah yang luahan penyesalan seorang ibu ini yang telah mendedahkan anaknya sejak bayi lagi dengan gajet. Beliau mengakui akan kesilapannya dalam mendidik anak.
Katanya, sebagai ibu, perlu ada ilmu keibubapaan untuk mendidik anak. Ikuti perkongsiannya di laman facebooknya Shera Moktar
Silap mommy 7 tahun dulu. Nak jadi seorang ibu..perlu ada ilmu. Fb throwback gambar 7 tahun lepas. Gambar rayyan pegang iPod tengok youtube masa 5 bulan kot. I was so WRONG!!!!
Setinggi mana pun kita belajar, degree , master, PhD, tetap perlu ilmu parenting..kenapa perlu, orang dulu2 takyah pun pergi kelas parenting bagai….oh come on, orang dulu2 takde chanel cartoon 24/7. Takde iPod..mainan yang ada pun apa yang ada disekeliling…so you can’t compare bilamana zaman yang kita lalui sekarang adalah zaman yang semua orang nak shortcut!
.
Gambar throwback tu mengingatkan saya mencipta alasan , rayyan membesar di hospital, that is the only thing yang dia boleh buat? No it’s still wrong…
Pelbagai Alasan Dicipta
Kita sentiasa boleh cipta alasan ..Sibuk, tak sempat layan karenah anak. Letih, tak larat nak main dengan anak. Tak bagi, anak mengamuk (eh bila bagi pun mengamuk jugak kan?) etc etc etc..
.
Saya pun, buat SILAP, tapi saya sedar dan terus betulkan apa yang silap…janganlah pulak buat SILAP tapi taknak betulkan…zaman sekarang ni macam-macam article bercerita pasal bahaya gadget, pakar kanak2 dok bagi talk sana sini, nak free? Kat tv, kat sosial media semua dok becerita pasal bahaya gadget…kenapa tak boleh terima? Nampak anak normal je bila bagi gadget, sure ke normal takde masalah? Anak pandai abc, 123, animals, colors, tapi pandai tak bercakap,ikut arahan, manage feeling?
.
Sebab tu bila pergi mana-mana, tengok parents bagi phone kat anak2 (especially kat kedai makan) hati ni meronta2 je rasa..tau tak berapa ramai anak delayed sebabkan gadget ni, real tau?
Sebab saya pernah buat SILAP, saya tahu kesilapan ni boleh diperbetulkan. Jangan mula esok, mulakan sekarang.
Limit screen time, 3 years and below , tak perlukan langsung, apa yang mereka perlukan is you..believe me,mula2 tu memang akan rasa susah, anak taktau nak buat apa so anak ni tend to tantrum…gantikan dengan aktiviti2 lain, jangan gantikan dengan mainan, tapi gantikan dengan bermain mainan dengan anak, berbual lah sepuasnya..after 1-2 weeks, akan nampak perubahan, hati mommy daddy pun senang.
.
Saya stop gadget masa rayyan umur setahun kot..syukur tersedar..saya boleh buat, kenapa anda tidak?
.
*gambar throwback masa rayyan on chemo due to hepatoblastoma (bukan sebab gadjet ye ?)
Sumber: Shera Moktar
Terkini : Diberi Bantuan Pernafasan, Ainul Sekali Lagi Ditidurkan. Warganet Titip Doa

Setiap hari pasti ada yang menantikan perkembangan terkini adik kesayangan ramai iaitu adik Ainul Mardhiah yang kebelakangan ini kesihatannya tidak memuaskan.
Untuk perkembangan terkini, ayahnya Ahmad Safiuddin untuk hari ini berkongsi perkhabaran kurang baik apabila Ainul diberi bantuan pernafasan dan ditidurkan semula bertujuan untuk merehatkan badan serta otaknya dari demam sawan berulang.
“Hari ini Ainul di ventilate lagi dan ditidurkan bertujuan untuk kawal sawan dan rehatkan otaknya. Ainul nampak penat sangat lepas diserang sawan panas banyak kali. Hari ini, biar lah dia berehat.
“Saya doa semoga Allah swt bukakan jalan dan bimbing para doktor cari punca masalahnya. Doktor semua sedang berusaha keras mencari jalan rawatan yang terbaik, saya saksikannya. Kakak kakak misi pun semua jaga Ainul dengan baik.” tulisnya.
“Saya Redha & Halalkan Anak Saya”
“Kita usaha, kita doa dan akhir sekali, kita kena sedar bahawa Allah swt jua lah pemilik segala kesembuhan dan kesihatan. DIA kalau nak bagi, tidak ada satu tangan pun boleh halang. Begitu juga jika DIA nak tarik nikmat nikmat yang ada dalam hidup kita hari ini.
“Saya redha dan saya dah halalkan anak saya, namun saya tidak akan berputus asa dan tak akan berhenti berdoa. Apa yang bakal berlaku, saya percaya itu lah yang terbaik dariNya.” tambahnya.
Sumber : Ahmad Safiuddin