Buah labu yang sering dijadikan bahan dalam kuah lemak dan juga kuih muih ini mempunyai khasiat yang cukup baik terutama bagi ibu hamil.
Jika anda kini sedang hamil, jadikan buah labu antara buah kesukaan anda sepanjang hamil. Ia mengandungi asid folik yang baik dimakan semasa hamil bagi mencegah kecacatan bayi sejak lahir.
Maka, tidak hairan juga labu kuning sering digunakan sebagai makanan pelengkap bagi ibu yang menyusukan anak. Mari lihat khasiat labu kuning yang lain supaya boleh dimanfaatkan.
1. Banyak kandungan nutrisi
Memetik dari Food Data Central U.S. Department of Agriculture (USDA), dalam 100 gram kandungan nutrisi labu kuning terdiri daripada:
Selain khasiat di atas, terdapat beberapa vitamin dan mineral lain yang terkandung dalam labu. Berkat kandungan labu kuning, sayur ini dapat memenuhi keperluan nutrisi harian.
2. Mencegah kecacatan tiub neural
Spina Bifida (dalam bahasa Latin bermaksud tulang belakang terbelah), adalah salah satu kecacatan sejak lahir dikenali sebagai kecacatan di tiub neural.
Labu kuning mengandungi asid folik yang baik untuk dimakan semasa hamil. Folat adalah nutrien yang terlibat dalam pembahagian sel dan sintesis DNA. Ini boleh membantu mencegah kecacatan tiub saraf pada bayi yang baru lahir. Oleh itu, adalah disyorkan untuk mengambil labu untuk wanita hamil.
3. Menurunkan risiko kanser
Ads
Apabila anda makan labu kuning, beta-karoten atau fitokimia dalam buah tersebut akan diubah menjadi vitamin A. Kandungan ini boleh membantu mencegah perkembangan beberapa jenis kanser. Dipetik daripada Maturitas, makanan yang kaya dengan fitokimia telah dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser, termasuk kanser payudara dan prostat.
4. Menyihatkan mata
Tubuh memerlukan vitamin A untuk menyokong kesihatan mata. Mengambil labu kuning yang kaya dengan vitamin A, adalah pilihan terbaik bagi seseorang yang berisiko mengalami degenerasi makula yang berkaitan dengan usia.
Malah, labu kuning juga kaya dengan vitamin C. Apabila seseorang mendapat vitamin C daripada makanan, ini boleh mengurangkan risiko terkena katarak.
5. Mencegah GERD
Khasiat labu kuning untuk perut juga boleh membantu mencegah refluks asid atau GERD kerana mengandungi serat. Serat yang tidak larut dalam labu boleh mempercepatkan kadar makanan dari perut ke usus dan sekali gus, mengurangkan kejadian GERD.
6. Indeks glisemik rendah
Khasiat labu sangat bagus untuk penghidap diabetes. Hal ini kerana, labu kuning mempunyai kalori dan indeks glikemik yang rendah, jadi membantu mengekalkan paras gula dalam darah daripada melonjak.
Ads
7. Meningkatkan kesihatan kulit
Kandungan antioksidan seperti beta-karoten dan lutein dalam labu kuning juga terbukti bermanfaat untuk kesihatan kulit. Ini kerana antioksidan berperanan dalam mencegah pengoksidaan dan keradangan sel kulit.
Ia sudah tentu boleh melindungi kulit daripada kerosakan, tanda-tanda penuaan dan pertumbuhan kanser kulit.
8. Menurunkan berat badan
Biarpun kalori labu cenderung rendah, makanan ini kaya dengan nutrien. Oleh itu, ramai orang manfaatkan labu kuning untuk menurunkan berat badan. Kandungan serat dalam buah-buahan ini boleh membuatkan berasa kenyang lebih lama, seterusnya menghalang peningkatan selera makan.
9. Sumber vitamin C
Ads
Pengambilan vitamin C yang mencukupi terbukti dapat meningkatkan pengeluaran sel darah putih. Ia boleh membantu sel-sel imun berfungsi dengan lebih berkesan. Di mana, labu kuning mengandungi banyak vitamin C, yang membantu mengekalkan imuniti dan kesihatan badan.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Isteri mana yang tak terasa hati apabila ada yang gelarkan suami ‘tong sampah’ yang membawa maksud berat suami berlebihan. Namun, gara-gara kata-kata sindiran itu, menjadi pembakar semangat untuk dirinya menyediakan menu diet buat suami tercinta. Begitulah yang dialami oleh Puan Darina Sekeri.
Terdahulu, beliau menjelaskan, bukan paksaaan kepada suaminya namun suaminya dengan rela hati untuk mengamalkan diet cara sihat. Bermula penghujung tahun lepas sehingga sekarang, suaminya masih megamalkan menu yang disediakan.
Malah lebih menakjubkan, dalam lebih kurang tiga bulan lebih dengan tiada pengambilan nasi dan minuman manis, berat suaminya telah menunjukan perubahan sehingga ukuran pakaian daripada XL kepada M. Kagumkan. Selain senaman untuk kekal sihat, ikuti cara penyediaan menu yang disediakan oleh puan ini. Beliau berkongsi lebih 25 menu cara beliau dan suami diet.
Sebahagian menu yang saya masak untuk bekal suami setiap hari. Start diet awal Oktober 2018 hingga sekarang, lebih kurang 3bln ++ Suami saya on diet. Tak makan nasi, tak minum manis.. Dari size XL ke size M. Dari seluar size 36 ke size 28.
Terima kasih kepada yang kutuk dia, panggil dia tong sampah. Saya isteri, apa orang kata kat suami saya mesti la saya pun terasa.
Saya tak suruh dia kuruskan badan. Dia sendiri yang nak buat. So saya masak makanan sihat, rendah kalori. Kukus, panggang, rebus dan goreng (guna airfryer sahaja) Garam, guna garam bukit. Tiada bahan perisa. Seasoning mcm² ada, blackpepper, whitepepper, paprika, chili flakes.. campak je apa ada..
Paling mudah dan murah, tempe goreng. Skg tempe dah jd menu wajib sebab dah boring mkn telur .Siapa lagi nak diet? Bole la buat semangat.
Berikut menu yang disediakan oleh puan ini kepada suaminya. Memang win lah menunya! Moga menjadi inspirasi kepada isteri-isteri demi memastikan suami kembali ‘ramping’ cara sihat.
Biasanya kalau badan berangin tentu kita akan rasa tidak selesa dan sering juga menyebabkam perut terasa sebu.
Berkongsi petua yang diamalkan oleh pasangan suami isteri, menarik untul dicuba. Menurutnya bukan sahaja badan terasa lebih ringan malah boleh juga kempiskan perut.
Nak tahu bagaimana caranya, ini perkongsiannya.
PETUA KEMPIS KAN PERUT
Buang angin dalam badan juga melancarkan peredaran darah. Bagus untuk Ibu – Ibu lepas pantang jugak, hanya mengunakan bahan yang ada di dapur kita. FB_IMG_1575473975774.
Taraaaa. Yang dah siap dalam bekas tu kami suami Isteri dah ngap sorang 2 biji. Yang lebih ni boleh simpan buat stock.
Habis buat lagi tau. Nak cantik kena rajin heeee heee
Oleh kerana cik Ana buat malam jadi untuk kering kan cik Ana sangai kejap.Kalau siang boleh jemur sekejap ye FB_IMG_1575473973597.
Pesanan ikhlas dari cik Ana
Masa basuh bahan-bahan ni Selawat 3x ya. FB_IMG_1575473962649.
Masa makan pun jangan lupa mintak pada Allah yang baik-baik untuk kesihatan kita. Rasa sedap dan wangi.
Suami cik Ana kunyah gitu je macam makan kacang lepas tu siap kan kubu perang, takut kena srangan boom nukler.
Sebut sahaja nama Fatimah The Family UK pasti sudah terbayangkan akan kepetahannya bertutur dialek Kelantan. Cukup lancar dan menghiburkan.
Malah Fatimah yang membesar di Birmingham, United Kingdom ini bersama ibu ayah dan adik beradiknya, Omar Mukhtar dan Ali sentiasa melekat dalam hati rakyat Malaysia.
Namun kini bila melewati Instagram keluarga ini, Fatimah dilihat terlantar di hospital sehingga menimbulkan tanda tanya dikalangan peminat pempengaruh cilik ini.
Menurut perkongsian ibunya, Nor Ashila Mahamed Ismail, Fatimah yang kini berusia 10 tahun ditempatkan di sebuah hospital di Birmingham malah Fatimah juga dimasukkan ke hospital itu sejak Mac yang lalu.
“Tanda-tanda Fatimah sakit bermula daripada Januari lalu sebelum dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
” Beberapa kali keluar masuk hospital dan kali ini paling lama Fatimah di wad sejak dua bulan lalu selepas sambut Hari Raya Aidil Fitri di rumah.
“Keadaan Fatimah stabil. Dia okay tapi dia kurang selera makan dan lemah malah tidak seperti kebiasaannya kerana faktor kesihatannya,” katanya berkongsi.
Tak berahsia sakit anak, mohon doakan
Tidak berniat untuk menyembunyikan sakit Fatimah namun kata ibu kepada tiga orang cahaya mata ini, keadaan dan sakit Fatimah akan dikongsikan bila tiba masanya nanti.
“Sebenarnya bukan rahsia mengenai penyakit yang dihidapi Fatimah. Tiada apapun yang hendak dirahsiakan tetapi masih belum masanya lagi untuk dikongsikan kepada umum.
“Ini kerana ada prosedur daripada pakar yang perlu diikuti selain menunggu nasihat mereka sebelum kami berkongsi mengenai perkara itu kepada Fatimah dan Ali.
“Apabila tiba masanya, insyallah kami akan kongsikan nanti kepada umum,” kongsinya lagi.
Jelas Nor Ashila lagi, dia amat bersyukur kerana masih ramai yang sentiasa prihatin malah mendoakan yang terbaik buat anaknya itu.
“Saya tahu ramai yang sayangkan Fatimah, ramai yang menyokong keluarga kami. Walaupun berjauhan namun mereka mendoakan kami,” tambahnya lagi.
Guru wanita trauma disamun tiga lelaki bersenjata parang di sebuah taska. Seorang guru wanita berdepan detik mencemaskan apabila menjadi mangsa rompakan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Tali Air 11, Pasir Panjang pada pagi Isnin.