“Jangan Bunuh Jiwa Dengan Cara Melihat Kehidupan Orang Lain Di Media Sosial.”
Hari ini ramai orang yang stres,label kehidupan sendiri gagal.Tidak habis-habis menyalahkan diri sendiri.
Begitulah realitii segelintir kehidupan manusia sejak media sosial menjadi ‘buku harian’ untuk dibuka setiap hari.
Sikap suka membandingkan menjadi umpama sebati dalam diri. Tanpa sedar ia memakan diri sendiri.
Deep perkongsian saudara Aidil Nor Adha mengenai pengaruh media sosial dalam kehidupan kita terutama kepada keluarga. Malah jika salah pendekatannya, ia memberi impak kepada emosi diri menjejaskan jati diri sendiri.
Selanjutnya ikuti coretan motivasi ini agar kita semua cakna dalam memilih yang terbaik dalam hidup kita dan keluarga. Bukan membandingkan apa yang ada disekeliling. Apa yang pasti, kita hidup cara kita.
Malah yang lagi sedih,usia baru awal 20-an pun sudah mudah melabelkan kehidupan sendiri sebagai “loser”.
Kita sibuk lihat kehidupan orang lain setiap hari,terutamanya di media sosial.Setiap hari tidak behenti scroll cerita kejayaan orang lain,
Ada yang belajar sehingga ke luar negara pada usia muda,
Ada anak orang kaya yang kongsi kisah bapanya hadiahkan kereta kepada dia supaya mudah untuk urusan belajar di universiti,
Ada orang kongsi kisah strategi simpan sehingga 50k sebelum umur 25 tahun.Muda-muda sudah boleh pasang impian untuk jadi jutawan.
Ya betul,tidak salah untuk kita baca kisah kejayaan orang lain di media sosial.Itu kisah hidup mereka,mereka ada hak untuk berkongsi.
Yang salahnya adalah apabila kita lihat kebahagiaan hidup orang lain di media sosial sehingga kita wujudkan tekanan terhadap diri sendiri secara luar biasa.
Orang tayang beli kereta di media sosial,kita rasa loser sebab masih naik motor.
Orang tayang kehidupan dah kahwin di media sosial,kita rasa loser sebab masih bujang.
Orang tayang kejayaan beli rumah di media sosial,kita rasa loser sebab masih hidup menyewa.
Orang tayang kejayaan hidup mewah hasil bisnes di media sosial,kita rasa loser sebab masih bekerja dengan orang.
Tanpa kita sedar,perbandingan yang telah kita wujudkan telah membunuh secebis rasa syukur di dalam diri.
Semua yang orang lain ada,kita nak juga,tetapi tidak usaha.Kalau kita dah usaha,tetapi tidak dapat seperti orang lain,anggap sahaja lah ianya bukan bahagian rezeki kita.
Setiap orang ada bahagian rezekinya tersendiri.Duduk sebentar,lihat sekeliling,
“Nikmat tuhan apa lagi kah yang kau ingin dustakan?”
Kita ni,jika hidup kerja bulan-bulan gaji RM3000,hidup pun perlu lah sama dengan gaji.Jangan berlumba dan anggap diri lemah kerana tidak mampu capai kehidupan seperti orang gaji RM15,000 sebulan.
Ada masa,kita perlu berpijak di dunia realiti,setiap perkara yang dikongsikan di media sosial belum pasti 100% menjamin kebahagiaan.
Yang berkongsi hidup bahagia,belum tentu dia hidup bahagia sepenuhnya di dunia realiti.
Yang tidak rajin berkongsi di media sosial,tidak semestinya hidupnya suram di dunia realiti.
Perbandingan hidup adalah proses membunuh jiwa yang kita tidak akan pernah sedar.
Berpada-padalah menilai kehidupan orang lain.
Hidup ini adalah pilihan,bukannya paksaan untuk meletakkan syarat terhadap kehidupan diri sendiri.
Begitulah.
Hidup Kita,Cara Kita.
Sumber: Aidil Nor Adha
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.