Bila kita lihat kembali gambar kenang-kenangan semasa bercuti dengan keluarga di tempat yang menarik, mesti ada sahaja orang lain di dalam gambar keluarga kita. Maklumlah tempat tumpuan ramai, agak sukar untuk kita bergambar tanpa ada yang lalu lalang di kawasan tersebut.
Kadang-kadang kecewa juga, bila kita anak beranak sudah posing cantik dengan lokasi pun sangat menarik, tapi tiba-tiba ada pula insan lain muncul dalam frame gambar kita. Sekali gus menjadikan gambar tersebut seakan tidak menarik bagi kita. Gambar sebegitu dipanggil photobomb.
Jadi usah risau atau kecewa, ada cara yang sebenarnya yang boleh anda lakukan untuk ‘menghilangkan’ gambar orang-orang yang tidak diingini berada di dalam gambar keluarga anda dengan begitu mudah sekali.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Masyitah Sedek di facebook miliknya dan diharapkan perkongsian ini dapat menggembirakan hati anda dan dalam masa yang sama menyelesaikan masalah gambar yang selama ini ada rasa tidak puas hati gara-gara ada sahaja orang yang tidak dikenali berada di dalam gambar tersebut.
Cara Untuk ‘CleanUp’ Gambar
Langakah 1 : Taip CLEANUP PICTURE’ di google
Langkah 2 : Pilih gambar
Ads
Langkah 3 : Padam orang yang tidak berkenaan dalam gambar
Wow! Sangat mudah bukan? Hanya dengan beberapa saat anda telah berjaya memadam atau menghilangkan gambar orang lain yang berada di dalam gambar anda dengan sempurna.
Apa yang lagi mengujakan, tanpa perlu install apps dan tanpa perlu sebarang caj bayaran, cleanup picture boleh lakukan apa yang anda inginkan selama ini untuk mendapatkan gambar yang lebih menarik dan sempurna.
Seperti yang kita sedia maklum, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sememangnya disayangi rakyat jelata kerana sifat baginda yang berjiwa rakyat.
Sikap baginda yang selalu turun padang dan mengambil berat mengenai hal rakyat sangat menyenangkan.
Namun semalam tular di laman sosial sebuah video, baginda kelihatan sedang beramah mesra sambil memberikan sumbangan kepada orang ramai.
‘Ini untuk awak,color rambut balik,’ titah baginda sambil menghulurkan sampul kepada seorang pemuda dengan fesyen rambut seperti animasi Naruto.
Pemuda itu kemudiannya tampil ke depan untuk merakam swafoto bersama baginda sebelum membuka topi rambut palsu berkenaan yang biasanya dipakai oleh peminat cosplay.
“Topi! Saya kena tipu la. Bagi duit untuk potong rambut… Allahuakhbar. Cuba cabut tu,” baginda bertitah sambil meletakkan tangan di dahinya.
Seri Paduka Baginda kemudiannya menitahkan agar mereka mengambil gambar bersama buat kali kedua.
Gelagat Agong yang ketawa berdekah bila mengetahui rambut tersebut adalah topi, mengundang tawa pengunjung yang berada di situ melihat aksi baginda yang terkena ‘prank’ secara tidak sengaja oleh lelaki berambut ala watak anime Naruto.
Di ruangan komen, ramai netizen turut memuji sikap merendah diri baginda yang disifatkan sangat dekat dengan hati rakyat.
“Terbaik Agong pun. Allahuakhbar. Bagi duit suruh potong rambut, kena ‘prank’ dengan rakyat.
Kita sudah terbiasa mengambil buah apabila selesai sepinggan nasi atau makanan yang kita jamah. Sebenarnya cara ini kurang tepat. Dato’ Dr Fadzilah Kamsah sendiri sering berpesan pada kita supaya ambil buah terlebih dahulu sebelum makan. Mengapa?
Apakah cara yang betul untuk makan buah-buahan? Menurut Dr Herbert Shelton yang melakukan penyelidikan mengenai perkara ini, buah sebenarnya harus dimakan ketika perut kosong!
Buah-buahan yang diambil selepas makan akan hilang khasiatnya apabila bertindak balas dengan makanan yang masuk sebelumnya. Ini faktanya yang anda kena tahu.
1. Apabila buah-buahan bersentuhan dengan makanan di dalam perut dan jus pencernaan, keseluruhan jisim makanan akan mula menjadi rosak.
2. Buah-buahan bercampur dengan makanan lain yang sedang dicerna akan menghasilkan gas.
3. Gas ini membuatkan tindakbalas seperti sendawa, angin dalam perut dan sebagainya selepas makan buah.
4. Dikatakan, rambut beruban, botak, cetusan saraf, dan lingkaran hitam di bawah mata tidak akan berlaku jika anda makan buah-buahan semasa perut kosong.
5. Makan buah ketika perut kosong dapat menerima khasiat sepenuhnya.
6. Apabila minum jus buah-buahan, pilih hanya jus buah-buahan segar dan bukannya dari tin!
7. Jangan minum jus yang telah dipanaskan.
8. Jangan makan buah-buahan yang dimasak, anda tidak akan mendapat nutriennya. Kesemua vitaminnya akan musnah.
9. Makan buah-buahan keseluruhan adalah lebih baik daripada minum jus.
10. Jika anda perlu minum jus, minum lah secara perlahan-lahan, kerana anda perlu membenarkan ia bercampur dengan air liur anda sebelum menelannya.
Kelebihan 4 Buah
1. Kiwi
Sumber yang baik untuk kalium, magnesium, vitamin E dan serat. Kandungan vitamin C adalah dua kali ganda daripada oren!
2. Strawberry
Strawberi mempunyai antioksidan tertinggi di kalangan buah-buahan utama dan melindungi tubuh daripada saluran darah tersumbat.
3. Oren
Ambil 2 hingga 4 biji oren sehari dikatakan dapat membantu mencegah selsema dan mengurangkan kolesterol.
4. Tembikai
Mengandung 92 peratus air dan tinggi vitamin C. Tembikai juga merupakan sumber Vitamin C yang diperlukan sekali oleh tubuh kita. Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun tubuh sehingga kita tidak akan mudah diserang penyakit.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Paraben dalam kosmetik dan skincare, setakat mana bahaya pada kesihatan. Paraben adalah bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet dalam produk penjagan kecantikan dan kosmetik.
Fungsi paraben ialah untuk menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat dalam produk. Bagaimanapun, penggunaan paraben masih kontroversi hingga ke hari ini. Malah, penggunaan paraben tidak memberikan apa-apa manfaat untuk tubuh. Paraben sebenarnya berpotensi menyebabkan penyakit jika digunakan secara berkala dalam jangka masa yang panjang.
Paraben sering digunapakai di kilang-kilang dalam menghasilkan barangan kosmetik dan alat penjagaan diri. Ianya jauh lebih murah dan mudah di dapati. Rupanya kebanyakan barang penggunaan seharian seperti pencuci muka, sabun, toner, feminin wash, syampu, minyak rambut, losyen, deodorant dan sebagainya mengandungi Paraben. Tidak kisahlah namanya methylparaben, ethylparabel atau propylparaben, itu semua adalah sejenis paraben.
Paraben ini dapat meningkatkan kadar estrogen dalam darah. Disebabkan penghasilan estrogen yang tidak normal, maka ianya boleh mengakibatkan kanser payudara.
Walaupun kandungan paraben dalam penghasilan produk telah mengikut garis piawaian selamat yang dikeluarkan oleh KKM. Tetapi dengan penggunaan berterusan bagi jangka masa panjang mampu menjadikan wanita menghidapi kanser payudara.
Paraben bukan sahaja merangsang kanser payudara tauuu. Malah dapat menggangu kesuburan lelaki, risiko penyakit tiroid, anak kecil akil baligh lebih cepat dari waktunya dan menyebabkan reaksi alergi dan ruam.
Maka berhati-hatilah dalam memilih barangan yang dipakai. Cari kandungan yang bebas daripada Paraben. Memang faham ajal maut cara kematian itu semua di tangan Allah. Bagaimanapub, kita perlulah berusaha mencari produk yang tidak berbahaya. Jangan menzalimi diri hanya semata hendak cantik dengan cepat.
Apakah paraben bahaya untuk wanita hamil? Apa sahaja yang anda gunakan semasa mengandung akan memberi kesan kepada janin anda. Malah doktor sentiasa memberi amaran kepada Mama supaya berhati-hati apabila menggunakan apa-apa. Salah satunya ialah kosmetik yang mengandungi banyak paraben.
Banyak kajian ke atas manusia dan haiwan telah membuktikan bahawa paraben sangat berbahaya untuk kehamilan. Bukan sahaja semasa mengandung, paraben juga boleh mengganggu keupayaan wanita untuk hamil. Selain itu, paraben juga akan menjejaskan perkembangan janin yang dikandung sehingga bayi dilahirkan dan membesar.
Berikut dikongsikan bahaya paraben kepada wanita hamil.
1. Meningkatkan risiko kelahiran pramatang
Kajian mendapati wanita hamil dengan kandungan paraben yang tinggi mempunyai peluang yang lebih besar untuk melahirkan bayi pramatang. Biasanya tanda-tandanya adalah penurunan umur kehamilan, berat lahir rendah, dan penurunan panjang badan.
2. Mengurangkan kesuburan ibu
Wanita yang mempunyai paras air kencing yang mengandungi paraben yang tinggi cenderung mempunyai anak lebih sedikit anak berbanding wanita yang mempunyai paraben yang lebih rendah. Jadi kalau nak cepat cepat zuriat, elakkan kandungan paraben dalam kosmetik.
3. Meningkatkan risiko kematian bayi
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paraben meningkatkan risiko bayi mati dalam kandungan. Ini kerana paraben mempunyai struktur yang sama seperti estrogen sehingga aktiviti hormon dalam badan boleh menjadi huru-hara.
4. Merosakkan fungsi buah zakar lelaki
Sekiranya anda mengandungkan bayi lelaki, kandungan paraben akan mempengaruhinya sehingga dia dilahirkan dan membesar. Bayi mama akan mengandungi tahap estrogen yang lebih tinggi yang akan merosakkan struktur dan fungsi testis, dan menyebabkan keabnormalan pada sperma apabila mereka dewasa.
5. Menyebabkan masalah otak bayi
Paraben akan menyebabkan kehamilan pramatang. Disebabkan ini, ia akan menimbulkan masalah pada otak bayi kerana tumbesaran janin dalam perut masih belum sempurna.
6. Meningkatkan risiko bayi autisme
Paraben mempunyai struktur yang hampir sama dengan hormon estrogen. Menurut penyelidikan Universiti Cambridge peningkatan aktiviti estrogen semasa kehamilan boleh mengembangkan potensi autisme.
7. Tingkah laku sosial kanak-kanak terganggu
Bayi yang dilahirkan dan terdedah kepada paraben akan menyebabkan gangguan hormon pada kanak-kanak berkaitan interaksi sosial, pembelajaran dan ingatan pada bayi. Apabila anak-anak besar, mereka tidak tahu bagaimana untuk berurusan dengan orang lain dan bergaul dengan rakan sebaya mereka.
Jadi wanita terutamanya ibu mengandung, semak dulu kandungan produk penjagaan sebelum membeli. Biasanya paraben mudah didapati dalam produk pelembap, pewarna kuku, sabun, deodoran, ubat jerawat, pelindung matahari, krim anti penuaan dan sebagainya. Berhati-hati sebelum membeli supaya tidak memudaratkan si kecil dalam kandungan.
Pasangan suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.