Tak Puas Hati Agihan Duit Jualan Tanah, Sampai Hati Tembak Isteri

Share

Tak Puas Hati Agihan Duit Jualan Tanah, Sampai Hati Tembak Isteri

Tiada lagi kasih sayang dan bahagia till jannah apabila apabila nafsu kepada harta dunia menguasai diri.

Semalam khabar duka apabila sepasang suami isteri ditemui mati akibat tembakan. Difahamkan berlaku perselisihan faham dan tidak puas hati dengan agihan wang hasil penjualan tanah.

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Siapa sangka apabila, apabila jiwa memberontak pada usia yang sudah lanjut, seorang warga emas sanggup menembak isterinya. Lebih mengejutkan warga emas itu  kemudian menembak dirinya sendiri sehingga maut di Kampung Labu, Jerantut.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa seorang pesara renjer hutan berusia 73 tahun cedera di leher dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara, isterinya berusia 67 tahun cedera di bahagian belakang rusuk kiri meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Jerantut.

 

SUAMI BUNUH DIRI SELEPAS TEMBAK ISTERI

Merujuk kepada laporan berita Harian Metro, Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Mazlan Hassan berkata, polis menerima maklumat dari ketua kampung pada 8.30 pagi memaklumkan kejadian berkenaan.

Hasil siasatan di lokasi kejadian iaitu belakang bahagian dapur rumah berkenaan menemui seorang lelaki dalam keadaan terduduk bersama selaras senpang patah.

“Seorang saksi yang tinggal di sebuah inap desa berhampiran rumah mangsa dikatakan mendengar dua das bunyi tembkan, sebelum mendengar suara meminta tolong.

“Saksi memaklumkan melihat seorang wanita terbaring di bahagian belakang dapur dalam keadaan sedar dan berlumuran darah sambil meminta tolong,” katanya.

Mazlana berkata, wanita itu kemudian dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan.
Katanya, wanita terbabit cedera di bahagian belakang rusuk sebelah kiri dan disahkan meninggal dunia di Hospital Jerantut.

“Difahamkan pergaduhan suami isteri itu berpunca daripada isterinya yang tidak memberi wang hasil jualan tanah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan masih dijalankan,” katanya menambah lelaki berkenaan mempunyai lesen senjta api.

Sementara itu seorang saksi, Ahmad Yassin Abdul Rahman, 52 yang menyewa inap desa berhampiran berkata, dia terdengar bunyi dua letupan dalam tempoh selang tiga minit pada 7.30 pagi.

“Saya bersama seorang lelaki pergi ke rumah berkenaan untuk melihat apa yang berlaku.
“Kami melihat seorang perempuan terbaring sambil minta tolong, sebelum membawanya ke hospital,

Sumber: Harian Metro

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club