Rumah tangga dibina atas dasar kasih sayang dan cinta dari dua insan yang berbeza. Segala suka duka serta onak dan duri ditempuhi bersama.
Untuk mengecaoi bahagia, kena ada ‘give and take’. Kesempurnaan bukanlah hal-hal yang kecil namun hal-hal yang kecil inilah yang membentuk kesempurnaan.
Sebenarnya dalam kehidupan ini, kita tak perlukan seseorang yang sempurna, cukup dengan Allah temukan kita dengan seseorang yang selalu ada di saat kita memerlukannya. Bertuah apabila pasangan kita sedemikian rupa kan!
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. ketidaksamaan pandangan dan pilihan itu normal dalam rumah tangga. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing kan. Jadi, usah gunakan kelemahan pasangan anda untuk mencari kesalahan mereka.
Saudara Mizan Dzai berkongsi pandangan mengenai isu ini.
BENDA BOLEH BAIKI JANGAN DIGANTI.
Ada isteri lembut bicara menyambut suami di depan pintu sambil menunggu kucupan di dahi tapi masak air pun boleh kering, sudahnya bungkus tomyam dan kailan ikan masin di kedai Kak Yah Utara.
Ada isteri yang garang bak singa tapi setiap kali memasak mulut terkumat-kamit membaca selawat dan doa agar rumahtangga bahagia melalui kesedapan masakannya.
Ads
Ada isteri pandai melawa, segak bergaya sendat berbalut nangka tapi bila bab melayan suami, bukan main payah sampai nak kena suami mengamuk baru nak dengar kata.
Ada isteri sekadar cukup muka berpelembab dan pencuci tapi hidup di dunia dan akhiratnya demi redha suami, setiap nafas, bangun dan tidurnya hanya buat syurga yang kekal abadi.
Sebab itu kita yang lelaki dan suami ni jangan la tak sudah-sudah pandang orang lain yang kononnya lebih baik dari isteri di sisi. Takkan pernah habis kalau nak dicarinya kekurangan isteri.
Kereta rosak pandai baiki. Kereta dah lama pandai pula dimodifikasi tapi isteri gemuk lonyot sana sini terus dicari ganti. Tuan puan, ini kita panggil bangang abadi.
Suami, sesekali rajinkan diri jenguk cermin kat rumah tu. Entah-entah kita punya kekurangan lagi banyak dari isteri. Silap-silap isteri yang banyak berkorban sepanjang hidup bagai hamba abdi.
Ini tidak, nampak bini orang lain lawa, dijelingnya si isteri.
Nampak bini orang lain manja, dibanding-bandingkannya dengan si isteri.
Ads
Nampak bini orang lain ada bisnes atau kerjaya masyuk bergaji, dikutuk-kutuknya isteri sendiri.
Nampak bini orang lain sempurna serba serbi, gatal juga kepala nak berpoligami kononnya melengkapi kekurangan si isteri.
Dalam sedar atau tidak, ramai sebenarnya cemburukan kehidupan yang kita miliki. Sebab tu kena banyakkan bersyukur, hargai apa yang sudah tentunya jelas depan mata sendiri.
Kita yang lelaki ni kalau nak berpoligami tapi keluarga sedia ada pun masih porak peranda, isteri pun kita tak pernah ajak solat bersama, isteri bahagia atau pun tidak sepanjang bernikah pun tak pernah kita bertanya, tak usah la.
Poligami itu tak salah, yang selalunya salah adalah cara yang kita guna pakai untuk ke arah berpoligami. Perhalusilah poligami itu sebaiknya, bukan semata-mata mampu kewangan, mampu kebatinan.
Nak mengurat pengganti atau madu buat isteri, tunjuklah kita hebat bukannya sebat semua kebodohan dunia dengan menceritakan aib dan keburukan isteri. Bukan dengan meletakkan semua kesalahan pada isteri sebagai lesen untuk kita berpoligami.
Ads
Kalaupun dah tak sayang dah tak cinta, sampaikanlah niat pada walinya. In shaa Allah bapa, abang atau saudara lelakinya akan bawa dia pulang ke rumah keluarga.
Bukannya diseksa dengan menyakiti hati atau batang tubuhnya. Be a gentleman. Lelaki yang kuat adalah lelaki yang mampu menahan talak atau perasaan marah pada isterinya.
Lelaki yang sabar pula ialah lelaki yang mampu mendidik dan membentuk isterinya manakala lelaki yang rugi adalah lelaki yang menjandakan isteri mereka untuk janda pilihannya.
Sabar, baik isteri mahupun suami.
Jadilah pasangan yang kuat menghadapi dugaan hidup dalam menjalani bahtera cinta sejati. Jadilah lelaki contoh untuk anak-anak lelaki kita kagumi. Jadilah lelaki contoh untuk anak-anak perempuan kita kahwini nanti.
Tidak pernah wujud isteri yang sempurna, apatah lagi suami yang cukup segalanya. Jangan dibuka ruang buat haiwan yakni pihak ketiga yang menunggu saat dan detik untuk menyondol rumahtangga kita.
Perkahwinan adalah institusi yang menemukan pasangan dan rakan kongsi hidup yang sehati dan sejiwa untuk sama-sama mengharungi segala suka dan duka erti kehidupan.
Selami serta hayati makna sebuah perkahwinan, iaitu saling bertoleransi dan melengkapi bukannya sesukahati mencari pengganti.
Untuk tidak terlepas atau inginkan lebih Tips Premier tentang Seni Kehidupan, Perkahwinan dan Perniagaan boleh sertai Telegram Channel PERCUMA : https://t.me/TipsPremierMizanDzai
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berangan hendak bercucuk tanam di laman rumah, tentu ada yang teragak-agak untuk lakukannya. Apatakah lagi bila menyedari tidak punya banyak masa untuk memberi perhatian pada tanaman tersebut.
Maklumlah sering kita bayangkan, tanaman perlu disiram selalu dan dijaga rapi. Tiba waktu dan ketikanya perlu pula dibaja dan diracun. Lalu kita mengandaikan hanya orang yang minat dan ada banyak masa sahaja boleh lakukannya.
Namun, perkongsian daripada seorang peguam ini cukup mengujakan. Walaupun jadual tugasan hariannya begitu padat dan sibuk, namun dia punya trik untuk tetap boleh bercucuk tanam.
Menurutnya, teknik 3T yang telah dipelajari ini cukup mudah untuk dipraktikkan. Hanya Tanam, Tinggal dan Tuai!
Nak tahu bagaimana teknik tanaman tersebut, jom kita semak perkongsian bermanfaat daripadanya.
Ni cara paling murah dan jimat dan senang tanam sayur teknik 3T. (Saya pun baru2 belajar. Yang salah boleh tlg betulkan)
3T (Tanam, Tinggal dan Tuai)
1. Semai dulu anak benih. Boleh guna tapak semaian atau boleh guna sarang telur atau kulit telur. Gunala apa2 pun janji tumbuh benih tu.
Ekstra tip : Tayah padat sangat masa letak sabut tu biar loose2 je. Akar salad ni halus n lembut. Lepas tu kan jgn basah sgt. Sy perati bila basah sgt medium jd padat susah nk naik. Tu sy guna sabut
2. Semai tu guna coco peat@sabut. Boleh beli je di nursery 1 guni RM15 (sabut ni murah) ada yang dpt 1guni RM10
3. Bila dah tumbuh dah naik 4 daunnya kira2 2-3minggu alihkan ke pasu atau apa. Ni Aida try guna botol mineral sebab nak buat ala2 hidroponik. Nak lagi cantik google beli je bekas hidroponik.
4. Cara buat botol tu potong 2 botol mineral mcm dlm gambar. Lepas tu buat lubang pada tutup mineral water tu. Masukkan benang(aida guna tali file). Aida bagi naik sampai atas sikit supaya air nnt sampai
5. Isi sabut sikit dlm botol mineral bahagian atas. Alihkan anak pokok tu masuk dlm tu.
6. Tips alihkan anak pokok tanak bagi akar putus guna 2 kayu buat ala2 chopstik lps tu tarik keluar.
7. Bahagian bawah letak air + bajaAB. Sukatan baja AB 1 penutup air mineral baja A dan baja B. Campur air pada baja AB dan tinggal. Tgk kalau air baja dah habis tambahkan. Ok bila air baja kering 2kali. Kali ke 3 air biasa je tak perlu ltk baja. Lps tu baru air baja balik.
8. Awal2 ltk tempat teduh. Dah besar sikit bagi kena cahaya matahari.
9. Dh 1bulan lebih 2bulan dah boleh tuai hasil. Sekejap jekan.
Selamat mencuba teknik 3T dan teknik paling murah ni.
Sesuatu yang cukup membanggakan dapat kita rasakan bila perabot lama nampak berseri dan wow setelah diberi sentuhan DIY.
Ini sebagaimana apa yang dihasilkan oleh suami kepada Puan Norsaleza ini. Side table di bilik tidur yang asalnya nampak biasa sahaja namun terserlah setelah lakukan tranformasi dengan bajet yang rendah.
Nak tahu bagaimana hasilkan side table mewah seperti itu, jom semak langkahnya.
D.i.y side table
Banyak masa terluang semasa PKPB husband make over side table ala Ss#
Tempah cermin 3mm Rm80
Gam tiup Rm10
Masking tape Rm5
Spary tin color gold Rm7.50
Total Rm100 ngam2
step 1
Spray dengan warna gold bahagian tulang permukaan sahaja.
Step 2
Dah siap spray biarkan kering dalam 2 -3 jam dah kering. Kalau nak tunggu 2-3 hari pun boleh.
Step 3
Sementara tunggu badan dia kering, bolehlah tampal cermin pada laci.
Step 4
Selepas gam tampal tape agar cermin tidak bergerak dan biarkan ia kering selama 5-10 minit.
Step 5
Badan side table pun dah kering, kita mula tampal bahagian badan.
Step 6
Dah siap.
Bahkan bukan itu sahaja, bagi menyempurnakan lagi ruangan bilik, pasangan suami isteri ini turut memberi sentuhan pada kemasan dinding dengan memilih rona gelap cat Jotun Majestic Carbon Black Code 9920 sekali gus nampak begitu mewah.
Boleh juga tonton video ni untuk kita buat DIY alas kaki. Mudah dan cantik!
Muat naik terkini pelakon kesayangan ramai, Emma Maembong menarik perhatian ramai peminat aktres ini di media sosialnya. Emma Maembong memuatnaik foto bersama ibunya berserta kapsyen ringkas penuh makna sempena Hari Ibu.
Titip Ucapan Hari Ibu Yang ‘Sweet’
Pelakon terkenal ini memberi ucapan ringkas dan penuh kasih sayang untuk ibunya di media sosial, sempena Hari Ibu.
“Happy mother’s day mama , you are the best mom anyone could ever have
Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk, "Suami baru turun kereta bantu mangsa kemalangan. " Hasrat seorang penghantar makanan untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW, awal pagi Ahad.