Dah menjadi kebiasaan buat pasangan pelakon dan selebriti, Rozita Che Wan dan pasangannya Zain Saidin untuk menjalankan ‘photoshoot’ ala-ala pengantin baru setiap kali menyambut ulang tahun perkahwinan mereka iaitu pada 11 Disember.
Untuk tahun yang ke-9 ini, Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta memilih menggayakan baju pengantin berwarna putih yang nilainya mencecah RM80,000.
“9 tahun kahwin, 9 kali dah sarung baju kahwin. Alhamdulillah, tahun ini rezeki dapat sarung baju kahwin harga RM80,000.” tulisnya dalam sebuah perkongsian di laman Instagram miliknya.
Menurut Che Ta, selama 12 tahun bergelar ibu tunggal tidak pernah sekali pun dia putus asa dengan perkahwinan.
Aktres berumur 49 tahun ini bersyukur kerana dikurniakan Zain sebagai suami dan ayah kepada anak-anak. Katanya, Zain tidak pernah menyuruh dirinya kemas rumah, paksa memasak serta memberi kebebasan untuk dia melakukan perkara yang diingini.
“12 tahun jadi ibu tunggal, tak pernah give up dengan perkahwinan. Kadang Allah hantar ‘peneman’ untuk uji kesabaran kita. Kalau sabar kekal lah bahtera yang kita bina, kalau tak sabar, itu yang porak peranda.
“Alhamdulillah 9 tahun ini Allah hantar yang baik-baik saja. Tak pernah suruh kami kemas rumah ka, tak pernah paksa masak, jauh sekali nak kawal pergerakan kami.” tambahnya.
Meskipun mendapat ‘tiket’, Zain, 38, sangat menitikberatkan soal agama terutama solat lima waktu dengan pemilik nama Rozita Abu Bakar.
“Tapi satu benda dia ulang-ulang tanya setiap waktu, sayang dah solat? Tak sangka mat saleh celup yang kami kahwin ini sangat particular tentang agama.
“Ingat lepas kahwin, nak pakai skirt atas paha ja. Kita pula feeling macam kahwin dengan mat saleh, tapi terus perlahan-lahan tutup aurat.
“Alhamdulillah! Ada sebab Allah hantar ‘peneman’ hidup kita. Tak kaya, tapi kami bahagia.” tambahnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Kak Marr turut mengingatkan wanita yang pernah bercerai untuk tidak berputus asa mencari pengganti.
“Kalau ada wanita di luar sana yang give up bila rumah tangga ‘berderai’ jangan.. Mungkin jodoh korang akan muncul, tengah otw. Insya-Allah, Allah tengah pilih yang baik-baik untuk korang.
“Doa yang baik-baik akan dapat yang baik. Insya-Allah.” tutup kata dari Che Ta.
Terdahulu, Che Ta dan Zain Saidin mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan tahun.
Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra, 24.
Sumber: Instagram @rozitachewan1