Tak Pernah Singgah Bazar Ramadan, Order KFC Abah Tak Makan. Kenangan Mengusik Jiwa, Undang Sebak Netizen.

Share

Kasih sayang ibu ayah tiada tolok bandingnya untuk membesarkan anak-anak. Mereka sanggup berkorban penat lelah untuk memastikan anak-anak cukup keperluan.

Diri sanggup menahan keinginan, asalkan anak-anak dapat hidup dengan selesa. Begitu meruntun jiwa kisah perkongsian oleh saudara Johari Abdul Wahab di facebook miliknya, mengenai ayahnya yang banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga.

Dengan gaji yang kecil, tetap berusaha memberikan anak-anak yang terbaik. Ikuti kisah meruntun jiwa ini. Moga ia menjadi manfaat untuk kita sentiasa menghargai jasa ibu ayah yang membesarkan kita.

Puluh tahun Abah aku kerja Guard kat kilang Prai.. Masuk bulan Ramadan kami memang tak pernah pi bazar.

“Pasaipa Abah aku lalu depan bazar Ramadan tapi tak singgah?” Tapi la ni aku faham sebab apa..

Kalau Abah aku ada duit dia mesti kami dah pi bazar ramadhan.. Kalau nak makan sedap tunggu malam 27 likur.. Masjid nanti buat kenduri.

So lepas Asar kami nanti pi pau kat Masjid.. Teringat juga dulu kalau Abah aku bawa pi pasar malam.. Dia akan beli kat aku tengok ayam 5 ketul seringgit.

Masa tu aku dah cukup bahagia.. Bahagia itu sangat subjektif.. Aku faham kalau tak dak mak pak nak bagi anak² makan tengkok tapi itu sahaja yang dia mampu..

Dulu Sebulan Sekali Merasa KFC, Order Sepinggan 3 Ketul

Dulu sebulan sekali ja merasa KFC kat Prai.. Lepas Abah aku ambil gaji kat Bank Ban Hin Lee Prai, terus bawa pi KFC. Abah aku order sepinggan je hat ayam 3 ketul tu..

Panggil plate apa tak tau. Abah tak makan dia tengok ja aku makan.. Sebab duit gaji baki nak guna utk sebulan lagi..

Pernah sekali aku teringat betul kenangan abah aku bawa aku makan KFC.. Aku drive sambil teriyak dari Bangi ke Penaga semata² nak bawa pula abah makan KFC.

Sampai kt Penaga.. Terus aku naik motor dgn Abah pi KFC Bertam.. Aku pula order ayam 3 ketul dan tengok abah makan macam Abah aku pernah buat kat aku dulu..

Abah aku tanya awat hang tak makan? Sama soalan aku pernah tanya kat abah aku dulu..

Hangpa nak tau dak?.. Itulah last aku naik motor dengan Abah.. Lepas tu Abah aku dah tak dak

Kalau hampa nak rezeki hangpa mencurah² mcm curahan ayaq hujan.. Hangpa nak keberkatan dalam hidup. Buat baiklah dekat Mak Pak hangpa sampai akhir hayat depa..

Sumber: Johari Abdul Wahab

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH

Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
E-KELUARGAGADER : TEROKA & REALISASI IMPIAN ANAK @ KIDZANIA
CIta-cita apa yang sesuai untuk anak-anak ye? Kalau nak tahu, jom sama-sama kita jejalah apa yang ada di Kidzania

 

Bintang Kecil:  

KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz