Pemergian insan yang disayangi cukup perit untuk diterima, sementelah tidak sempat berada di sisi di saat akhir hayatnya. Demikian perkongsian seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Umiaisy berkenaan kepulangan ayahnya kerahmatullah di saat ibunya sedang menunaikan umrah.
Usai kepulangan si ibu dari Tanah Suci, perkhabaran duka tersebut diketahui, luluh da remuknya hati sang isteri apabila mengetahui suami tercinta telah pergi buat selama-lamanya.
Tamat tempoh idah, mak ziarah kubur arwah ayah. Sayu hati tengok mak. Al-fatihah ayah.
@umiaisy Tamat tempoh idah, mak ziarah kubur arwah ayah. Sayu hati tengok mak. Al-fatihah ayah. #fyp #fypシ ♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar
Menerusi paparan video yang dimuatnaik, kelihatan si ibu tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika membacakan yassin di pusara bapa. yang lebih memilukan si ibu adalah, sepatutnya arwah suaminya pergi ke Tanah Suci bersama-sama tetapi tiba-tiba jatuh sakit. Begitupun arwah sempat memberi keizinan kepada isterinya untuk menunaikan umrah.
Tak pernah satu hari pun mak tinggalkan ayah, sentiasa di sisi. Asalnya diorang dah janji nak pergi ke Mekah sama-sama tapi ayah sakit dan dia izinkan mak pergi dengan adik-adik mak.
Perkongsian tersebut membuatkan ramai yang meluahkan rasa simpati dan sebak atas apa yang berlaku kepada keluarga Umiaisy. rata-rata mengucapkan salam takziah dan menitipkan doa semoga keluarga ini kuat dan tabah dengan ujian tersebut.
@umiaisy Reply to @humaieah saat dia sampai, dia dah makin lemah. Lepas tu terus kena tahan wad. #fypシ ♬ Di Luar Kemampuanku – Ukays
Meskipun begitu, ada sesetengah pihak mempertikaikan bahawa wanita itu berhak tahu tentang pemergian suami tercinta. Menjelaskan isu berkenaan, mereka tidak mahu mengganggu fokus si ibu beribadat selain mementingkan kesihatan wanita itu yang dikatakan agak lemah semasa dalam umrah.
@umiaisy Reply to @dimitri_xanthos Doakan mak kami sihat-sihat sentiasa. Memang elok bagitaw masa kat sana. Tp,kami fikirkan kesihatan mak kami. #fypシ #xyzbca ♬ sholawat nariyah V2 – stay حلال 💜🥀
Sumber: Tiktok UmiAisy
ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah