Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak termasuklah bab pendidikan. DEk kerana itu, ramai ibu bapa yang agak tegas dan menekankan hal ini dalam memastikan anak-anak tidak leka.
Setiap apa yang anak-anak gemari akan diikuti asalkan ia terbaik buat mereka. Demikian juga yang dikongsikan oleh pelakon Yana Samsudin mengenai anak sulungnya, Aisy Mateen.
Menurut yana, anak sulungnya menggemari subjek matematik di dalam bahasa inggeris berbanding bahasa melayu.
Bahkan, anaknya lebih cepat ‘tangkap’ dan cepat belajar jika menggunakan bahasa inggeris.
Paling suka subjek matematik..
Tapi mateen lebih suka kira dalam inggeris, dia cepat tangkap. Kalau bahasa melayu dia agak lambat sikit.
Bukan itu sahaja, Aisy juga telah didedahkan untuk menguasai tiga bahasa iaitu bahasa melayu, inggeris dan juga mandarin sejak masih bayi lagi.
Sebab masa baby lagi dah dedahkan 3 language.. bahasa melayu, bahasa inggeris dan bahasa mandarin.
Sekarang dia akan guna mana yang dia paling ingat. Alhamdulillah sekarang juga dah minat bahasa arab dan jawi..
Tak pernah paksa, tak pernah rotan semasa proses pembelajaran. Alhamdulillh mudah segala proses nya.
Ingat mateen , mommy bukan nak berlumba dengan kepandaian mateen dengan anak anak yang lain . Mommy nak mateen pandai ikut potensi mateen sahaja.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi dari warganet yang memuji cara Yana mendidik anaknya.
Sumber: aisymateen
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Belian barangan murah di SINI