Menarik ni buat minum petang hari ni. Nak buat pun senang. Kek gula hangus ni masak guna rice cooker je. Tak payah bukak over dan cari bekas kek. Tuang ke adunan dalam rice cooker, pastu siap!
Jom ikut perkongsian resipi ni. Senang nak buat!
KEK GULA HANGUS GUNA RICE COOKER
Kek Gula Hangus versi Rice Cooker
Request from husband.
Senang sangat. Kenyal, lembut dan rasa tunggu pas berbuka nanti.
Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan air panas
125 gram butter
4 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar soda bikarbonat
Cara pertama
# Masak gula dengan api perlahan sehingga larut
# Kemudian, masukkan air panas sedikit demi sedikit sampai habis
(Hati2 masa tuangkan air panas ke dalam gula sebab akan meletup sikit)
# Masukkan butter.
# Kacau sebati semua bahan di atas. Tutup api.
Cara kedua
# Masukkan telur dan susu pekat dalam bekas. Kacau sebati
# Ayakkan tepung dan soda bikarbonat dan masukkan kedalam bekas telur dan susu tadi
# Kacau sebati
Cara ketiga
# Masukkan gula hangus tadi (suam2) ke dalam cara kedua tadi
# Gaul sebati semua bahan dengan manja
Akhir sekali
# Oleskan periuk nasi dengan mentega/butter
# Masukkan bahan ketiga tadi ke dalam periuk nasi
# Tekan Cook. Tunggu hingga masak.
# Potong bila sejuk
Dah siap!
Selamat mencuba!
Kredit: Nur Farahani Abu Hassan
Ketam Batu Halal Ke Haram? Ni Jawapan Padu Dari Datuk Dr Zulkifli Bagi Yang Belum Tahu!
Buat penggemar makanan laut, tentunya bila masakan berasaskan ketam terhidang di atas meja pasti sukar untuk dilepaskan. Tentu akan makan berselera.
Umumnya kita ketahui, terdapat pelbagai jenis ketam yang boleh dibeli dipasaran untuk dijadikan menu yang istimewa untuk keluarga. Antaranya adalah ketam bunga, ketam biru, ketam minyak, ketam nipah, ketam bakau, ketam lumpur dan banyak lagi.
Namun timbul juga keraguan sesetengah antara kita, berkenaan ketam batu atas asbab dua alam. Adakah ia halal atau haram dimakan dan persoalan ini telah menarik perhatian Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri untuk memberi penjelasan kepada umum.
Ini perkongsiannya.
Waalaikumussalam w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:
وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ
Maksudnya: “Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.”[1]
Ayat ini menunjukkan bahawa dihalalkan segala benda-benda yang berasa elok pada jiwa dan enak pada tabiat manusia, melainkan terdapat dalil lain yang menyatakan bahawa ia adalah haram. Begitu juga diharamkan segala apa yang jijik pada jiwa seperti bangkai dan darah, serta orang yang memakannya dianggap fasik. Dalam kata lain, semua benda yang dianggap kotor pada tabiat manusia dan dirasakan jijik pada jiwa adalah diharamkan kerana ia menjadi sebab kepada sakit. Lalu apa sahaja yang memudaratkan hukum asalnya adalah haram. Justeru setiap yang jijik pada tabiat manusia pada asalnya adalah haram, melainkan terdapat dalil yang menyatakan hukum sebaliknya.[2]
Definisi Ketam Batu (Stone Crab)
Ketam ialah haiwan yang diliputi oleh cengkerang keras dan mempunyai kaki bersendi. Ia hidup di perairan cetek di sepanjang pantai dan juga di perairan dalam. Terdapat lebih kurang 4500 jenis ketam yang berlainan.[3] Kebiasaannya ketam batu (stone crab) merujuk kepada sejenis ketam yang terdapat di Florida. Ia juga boleh ditemui di tengah laut dan perairan pantai dari Belize hingga Carolina Utara. Ketam batu ini terdiri daripada dua spesies iaitu Menippe mercenaria dan M. adina. Walau bagaimanapun, M. adina sering dilihat sebagai subspesies kepada M. mercenaria. Cengkerang keras atau carapace ketam batu adalah kira-kira 4 inci lebar, manakala panjangnya pula adalah kira-kira antara 3 hingga 3.5 inci. Selain itu, carapace ini juga adalah licin, berbentuk bujur dan cembung. Ketam betina mempunyai carapace yang lebih besar berbanding ketam jantan, manakala ketam jantan pula mempunyai penyepit yang lebih besar berbanding ketam betina. Ketam ini hidup di dasar teluk, jeti batu dan terumbu tiram. Ia juga boleh dijumpai di batu kapur dan padang rumpai laut (seagrass beds). Ketam ini suka menggali dan mencari perlindungan daripada pemangsa mereka. Namun anak ketam tidak menghabiskan banyak masa untuk menggali, sebaliknya ia bersembunyi di rumpai laut atau di tengah-tengah batu. Anak ketam pada peringkat larva memakan zooplankton kecil. Kemudian, ia membesar dengan tingkah laku karnivor oportunistik (opportunistic carnivore) tetapi dengan beralih kepada sumber makanan yang lebih besar. Manakala ketam batu dewasa biasanya memakan kima bercengkerang keras, moluska kecil, teritip acorn, conch dan pelbagai jenis krustasia.[4]
Sebelum membahaskan lebih lanjut mengenai perkara ini, kita hendaklah mengetahui bahawa sebahagian ulama silam menamakan ketam di dalam kitab-kitab mereka sebagai kala jengking air (عَقْرَبَ الْمَاءِ) dan ketam itu juga diberi gelaran sebagai Bapa Laut (أَبُو بَحْرٍ).[5]
Haiwan air
Pada asasnya, haiwan air ialah haiwan yang tidak dapat hidup melainkan berada di dalamnya. Apabila ia keluar dari air, hidupnya seperti haiwan yang disembelih atau ia dapat hidup tetapi hayatnya tidak kekal lama — untuk berada di atas darat.[6] Haiwan air kesemuanya adalah halal untuk dimakan tanpa perlu kepada sembelihan melainkan terdapat nas yang menyatakan sebaliknya atau memudaratkan. Firman Allah SWT:
أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ مَتَاعًا لَّكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِ
Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran.”[7]
Begitu juga, terdapat riwayat daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ، الحِلُّ مَيْتَتُهُ
Maksudnya: “Air laut itu suci lagi menyucikan dan halal bangkainya.”[8]
Selain itu, Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari juga ada menukilkan pendapat Imam al-Mawardi yang menjadi dhawabit (garis panduan) dalam menentukan kategori suatu haiwan itu apabila berhimpun pada dirinya darat dan laut, iaitu:
مَا يَجْمَعُ مِنْ الْحَيَوَانِ بَيْنَ الْبَحْرِ وَالْبَرِّ إنْ كَانَ اسْتِقْرَارُهُ بِأَحَدِهِمَا أَغْلَبَ وَمَرْعَاهُ بِهِ أَكْثَرَ غَلَبَ عَلَيْهِ حُكْمُهُ
Maksudnya: “Haiwan yang berhimpun padanya antara laut dan darat (dapat hidup di kedua-duanya), sekiranya ia dapat tetap (berterusan) hidup pada salah satunya menurut kebiasaan dan hidupnya lebih banyak di situ. Maka, hukumnya mengikut kebiasaannya.”
Oleh itu, apa-apa haiwan yang tidak dapat hidup melainkan di dalam air sahaja atau apabila ia keluar dari air, hidupnya seperti haiwan yang disembelih, maka hukumnya adalah halal dimakan, walau bagaimana keadaannya pun serta ia dinisbahkan sebagai hidupan air. Kemudian, jika suatu haiwan itu tidak cenderung kepada mana-mana antara keduanya (air atau darat), maka hukumnya adalah seperti haiwan darat mengikut pendapat yang sahih serta tidak halal untuk memakannya melainkan setelah disembelih, jika ia termasuk dalam jenis haiwan yang boleh disembelih. Sekiranya tidak, hukumnya adalah haram — untuk memakannya.[9]
Tambahan pula Imam al-Syafi‘i juga ada menyebutkan bahawa untuk menentukan haiwan tersebut dalam kategori haiwan buruan yang mana, maka lihatlah haiwan itu hidupnya lebih banyak di darat atau di laut. Termasuk juga dalam kategori haiwan yang mengambil hukum haiwan laut ialah haiwan yang tinggal di dalam air perigi, paya, air tawar, air masin, air sedikit, air banyak dan lain-lain.[10]
Hukum Memakan Ketam Batu (Stone Crab)
Ibn Hajar al-Haitami menyatakan bahawa sebahagian ulama berpendapat ketam halal dimakan kerana ia tidak dapat hidup lama di atas darat, akan tetapi yang sahihnya — menurut mazhab Syafi‘i — ia adalah haram.[11] Hal ini kerana ia dianggap kotor dan jijik serta padanya ada mudarat (racun).[12]
Selain itu, Imam al-Nawawi ada menyatakan bahawa terdapat satu pendapat yang lemah yang menghalalkan katak dan ketam. Begitu juga, al-Baghawi telah menukilkan daripada al-Halimi mengenai kehalalan ketam. Kemudian, Imam al-Nawawi telah menyimpulkan dengan menyatakan bahawa pendapat yang sahih lagi muktamad ialah semua haiwan di laut, bangkainya adalah halal — yakni untuk dimakan — kecuali katak. Lalu dapat difahami apa yang disebutkan oleh ulama-ulama mazhab Syafi‘i atau sebahagian daripada mereka mengenai keharaman penyu, ular dan nasnas adalah yang berada di dalam air selain air laut.[13] Dalam erti kata lain, adanya kebarangkalian bahawa terdapat faktor lain yang mendorong kepada pengharaman tersebut seperti nas yang melarang, memberi mudarat kepada pemakannya atau lain-lain.
Hal ini dapat difahami dengan lebih jelas melalui kenyataan daripada Dr. Muhammad al-Zuhaili yang menyebutkan bahawa katak haram dimakan kerana ada nas yang melarang untuk membunuhnya. Manakala ular dan ketam kerana racunnya serta kedua-duanya dianggap haiwan yang jijik. Selain itu juga diharamkan untuk memakan buaya kerana ia memburu dengan taringnya.[14]
Sebahagian ulama yang menghalalkan ketam seperti mazhab Maliki[15] menyebutkan bahawa diharuskan untuk memakan katak, serangga, ketam dan penyu kerana tidak ada nas yang mengharamkannya daripada dimakan. Adapun mengharamkannya kerana ia dianggap haiwan yang jijik dan kotor mestilah dengan apa yang telah dinaskan oleh syarak. Oleh itu, tidak boleh mengharamkan haiwan itu semata-mata ia dianggap jijik dan kotor oleh jiwa, yang mana tidak ada nas mengenai hal tersebut. Mazhab Hanbali pula berpendapat setiap haiwan yang hidup di darat yang mana berasal daripada hidupan laut, tidak halal dimakan melainkan setelah disembelih seperti burung air, penyu, anjing laut, melainkan hidupan yang tidak mempunyai darah merah seperti ketam sebagaimana pendapat Imam Ahmad.[16]
Oleh itu, kami cenderung kepada pendapat yang menyatakan bahawa ketam termasuk haiwan yang halal dimakan selagimana tiada nas yang jelas mengharamkannya dan tidak memudaratkan kepada pemakannya. Tambahan lagi, apabila kita meneliti pendapat sebahagian ulama yang mengharamkannya, ia diharamkan kerana dua sebab, iaitu kerana memudaratkan (beracun) dan dianggap jijik. Justeru, jika dua sebab ini tiada, maka hukumnya kembali kepada hukum asal iaitu harus. Hal ini adalah sebagaimana kaedah menyebutkan:
إِذَا زَالَتِ العِلَّة زَالَ الحُكُم
Maksudnya: “Apabila hilang ‘illahnya (sebabnya), maka tiadalah hukum tersebut”
Lebih-lebih lagi, perkara ini dikuatkan lagi dengan satu pendapat Ibn Qasim yang menyatakan telah berlaku Umum al-Balwa[17] bahawa danilas (sejenis siput) dimakan di Mesir dan ketam dimakan di Syam.[18] Begitulah juga keadaannya di Malaysia, negara kita di mana ketam merupakan haiwan laut yang dimakan oleh masyarakat tempatan dan tidak dianggap sebagai jijik.
Kesimpulannya
Berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyimpulkan bahawa ketam batu (Stone Crab) termasuk dalam haiwan laut yang halal dimakan berdasarkan kepada kemumuman nas yang menghalalkan semua hidupan laut selagimana tiada dalil lain yang menunjukkan kepada pengharamannya dan tidak memudaratkan. Selain itu ‘uruf dan adat setempat di negara kita menunjukkan bahawa ketam dimakan dan ia tidak dianggap sebagai haiwan jijik.
Namun, sekiranya ketam batu yang dimaksudkan ialah ketam-ketam kecil yang biasa ditemui di celah-celah batu di kawasan pantai dan seumpamanya, maka kami juga cenderung kepada pendapat yang menghalalkannya sebagaimana ketam-ketam yang lain dengan syarat tiada dalil yang menunjukkan sebaliknya seperti beracun dan lain-lain.
Alhamdulillah, mutakhir ini, isu makan ketam bukanlah menjadi pelik, ganjil atau asing, tetapi ia sudah menjadi perkara yang umum oleh kebanyakan manusia. Menariknya, walaupun kita berada di bumi Malaysia tetapi zaman kini, kita juga dapat merasa ketam yang berhampiran dengan lautan Artik dan Antartika. Sebagai contoh, ketam Alaska. Justeru, isu seperti ini sudah dterima pakai oleh kebanyakkan masyarakat.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
Wallahua‘lam.
Sumber : maktabahalbakri.com
Jom saksikan video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Lagi video menarik!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Kek Lapis Oreo, Tengok Je Dah Teruja Nak Rasa & Ini Resipinya. Bolehlah Dicuba!
Kombinasi biskut oreo bila dijadikan sebagai hidangan pemanis mulut memang tidak dinafikan cukup menyelerakan dan tidak hairanlah bukan sahaja anak-anak menyukai rasanya malah orang dewasa juga tidak terkecuali.
Jika sebelum ini banyak dikongsikan resipi puding oreo mahu pun aiskrim oreo, dan telah ramai mencuba rasa menu ini. Jadi apa kata kali ini anda sajikan pula kek lapis oreo chocolate yang tidak kurang hebat rasanya.
Bersempena cuti sekolah yang tidak lama lagi, elok kiranya kita raikan anak-anak dengan menghidangkan menu special ini untuk dinikmati bersama keluarga.
Untuk lebih detail cara dan resipinya mari kita lihat perkongsian penuh daripada Noor Afizah ini. Jom semak.
Kek lapis oreo chocolate
Bahan-bahannya
Butter 2 ketul – 500gm
Gula 1 1/2 gelas
Telur 12 biji
Tepung biskut marie – 2 gelas
Tepung Hong Kong – 2 gelas
Overlet – 1 sudu makan
Susu manis – 1/2 tin
Creame cheese – 250gm
Susu tepung – 1 gelas
Vico 3 in 1 – 3 paket
Pewarna putih dan coklat
Oreo 2 paket…ambil biskutnya sahaja dan di patah-patahkan
Cara membuatnya
1. Butter + gula + cheese – adun sehingga kembang dan gebu
2. Masukkan overlet dan gaul sebati
3. Masukkan telur satu persatu – adun sebati
4. Masukkan susu manis
5. Masukkan tepung biskut marie dan tepung hong kong – adun sebati
6. Adunan bahagi 3- adunan putih 2/3 dan tambahkan susu tepung, pewarna putih dan oreo
7. Adunan 1/3 – masukkan vico dan pewarna coklat
8. Panaskan kukusan. Siapkan pan 9 x 9, lengserkan butter dan tepung.
9. Letakkan adunan coklat 2 sudu meja dan kukus selama 10 minit, lapis 5x proses yang sama.
10. Selepas tu baru lapiskan adunan oreo sehingga habis.
# biarpun lapisannya tebal….perlu lapis perlahan-lahan juga yaaa….maksudnya setiap lapisan 2 senduk meja atau 3 senduk sahaja…pastikan lapisan masak seebelum melapis yang seterusnya. Selamat mencuba resepi kek lapis laris fifi
Kek Batik Indulgence Cadbury Kurang Manis Mudah Buat Tanpa Oven.Hanya Sejukkan Dan Garenti Jadi!
Kadang kala, bila datang mood teringin nak makan kek, tentu kita mencari resipi yang mudah nak buat. Bukan tak nak beli kek, tapi ada antara kita suka buat sendiri. Lebih mudah untuk adjust untuk kurangkan rasa manis kek.
Bukan itu aje, cara penyediaan kek yang mudah tentu jadi pilihan. Nak buat kek macam tu, apa kata ikut resipi ini. Rasa pun mewah macam kat kedai. Ikut resipi oleh Muhammad Ali hanya menggunakan peti ais untuk sejukkan kek tanpa perlu guna oven. Lebih menarik, kek batik juga tidak menggunakan milo sebagai antara bahannya. Tentu kurang manis. Menarik resipi ni!
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Atas permintaan ramai sgt yg nk resepi jadi sy kongsikan resepi dari ibu saya. Dia izinkan sy share kepada semua yg nk try buat kek batik ni. Ini CARA IBU SAYA yang tak nak manis manis sgt. Milo pum kita tak letak tau..pasainya dan pakai cadbury dah as topping. Zaman skrg ni tak helok manis2 sangat. Janji rasa dia balance kita makan pun rasa semua bahan2 nya. Serious tak menyesal . Lepas makan pun takde rasa sakit gigi sebab manis..just nice. Tapi perlukan
kesabaran yg tinggi sikit ja..tak banyak sikit je .
So sy share resepinya ya
Resepi Kek Batik Indulgence Cadbury inspirasi dari ibu Mr.Ali
Ada 3 lapisan
1- Kek batik
2- Cream Cheese
3- Toping Cadbury
.
1- Bahan-Bahan Kek Batik :
4 telur
200g buttercup/
kalau pakai marjerin jadikan 140 gram. Dia x sama dgn buttercup
300 g biskut merry
3 sudu serbuk coklat bancuh dengan air panas
2 sudu gula
4 sudu susu pekat
Secubit garam ( kalau pakai merjerin JANGAN TAMBAH GARAM)
Caranya:
Panaskan buttercup sampai cair, then masukkan semua bahan kecuali biskut…
Telur tu masukkan sambil gaul, dan gaul sampai pekat
Dah agak2 pekat, tutup api, baru masukkan biskut supaya rasa crunchy n x lemau
Gaulkan dan isi dalam bekas
Mampatkan. Dan isi dalam peti sejuk dalam 40 minit
.
2- Cheese cream
120g whipping cream
40 gram gula kastor
Setengah sudu essen vanilla
250g cream cheese
Masukkan bahan2 diatas kecuali whiping cream.
Pukul sampai rata dan baru masukkan whiping cream.
Tuang atas kek batik tadi.
Masukkan dalam peti sejuk. Biarkan sejuk dalam sejam
.
3- Toping Cadbury
120 g whiping cream
3 bar cadbury coklat ( hat ni kalau nk masukkan yg coklat masakan pun boleh. Tapi letak dalam 4 or 5 cube je coklat cadbury tu sbb tak nak bagi manis sgt.)
Beza tau cube dengan bar. Bar coklat tu satu baris coklat cadbury. Cube ni satu petak coklat cadbury tu ya..jangan tertuko
ataupun
200 gram dark chocolae
200 gram whipping cream
Double boil kan semua bahan2 di atas
Tuang atas cream cheese tadi
. Tinggalkan semalaman or 12 jam then boleh makan.
Selamat mencuba!
Sumber: Muhammad Ali to Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)