Lain orang lain bentuk rezekinya, termasuklah dalam memiliki zuriat. Ada orang, dilimpahkan rezeki dengan anak yang ramai, malah ada juga diberi ujian tidak peroleh zuriat hingga ke hari ini.

Yang ada ramai anak, akan ada satu tahap mereka akan merancang kembali untuk ‘berehat’ sementara atau hadkan jumlah anak, malah bagi yang belum ada rezeki pasti akan mengambil pelbagai cara untuk mendapatkan cahaya mata. Jom dengar jawapan dari Ustaz Azhar Idrus tentang hal ini!

RANCANG KELUARGA & KEHENDAK ALLAH

SOALAN :

Jika pasangan suami isteri mengamalkan perancang keluarga adakah berkemungkinan mereka mendapat zuriat?

JAWAPAN :

Sungguhnya diantara hikmah berkahwin itu adalah mendapatkan zuriat. Oleh kerana itu makruh hukumnya merancang keluarga.

Tempat makruh merancang keluarga itu apabila adalah ia menggunakan qaedah yang diharuskan syarak.

Ada pun jika menggunakan qaedah yang dilarang syarak seperti memudaratkan nyawa dan kesihatan maka hukumnya adalah haram.

IKLAN

Pasangan yang mengamalkan perancang keluarga hendaklah bertawakkal kepada Allah dan meyakini bahawa tidak akan berlaku suatu perkara dan tidak boleh dihalang suatu perkara melainkan dengan izin dan kehendak Allah.

Mendapat zuriat bagi pasangan yang merancang keluarga adalah harus jika Allah berkehendak.

Tak Pernah Ada Zuriat, Tapi Guna Perancang Nak Dapat Anak. Ustaz Azhar Jelaskan Hukumnya!

Telah diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah r.a. :

أَنَّ رَجُلًا أَتَى رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: إِنَّ لِي جَارِيَةً، هِيَ خَادِمُنَا وَسَانِيَتُنَا، وَأَنَا أَطُوفُ عَلَيْهَا، وَأَنَا أَكْرَهُ أَنْ تَحْمِلَ، فَقَالَ: اعْزِلْ عَنْهَا إِنْ شِئْتَ، فَإِنَّهُ سَيَأْتِيهَا مَا قُدِّرَ لَهَا ، فَلَبِثَ الرَّجُلُ، ثُمَّ أَتَاهُ، فَقَالَ: إِنّنَّ الْجَارِيَةَ قَدْ حَبِلَتْ، فَقَالَ: قَدْ أَخْبَرْتُكَ أَنَّهُ سَيَأْتِيهَا مَا قُدِّرَ لَهَا

IKLAN

Artinya : Sungguhnya seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw dan berkata : Sungguhnya aku mempunyai seorang hamba perempuan yang berkhidmat bagi kami dan dan menjaga tanaman kami. Dan adalah aku menidurinya dan aku tidak suka kalau dia hamil. Maka bersabda Rasulullah : Hendaklah engkau ‘azal daripadanya jika kamu menghendaki. Maka sesungguhnya Allah akan menjadikan bagi hamba perempuan itu apa yang telah ditakdirkan baginya. Kemudian daripada itu datang semula lelaki itu akan Rasulullah dan berkata : Sungguhnya hamba perempuanku itu telah hamil. Maka Rasulullah bersabda : Sungguhnya aku telah beritahu akan kamu bahawasanya Allah akan menjadikan apa yang telah ditakdirkan baginya.” (Hadith Muslim)

Berkata Imam Nawawi :

قوله صلى الله عليه وسلم للذي أخبره بأن له جارية يعزل عنها (إن شئت ثم أخبره أنها حبلت) إلى آخره فيه دلالة على إلحاق النسب مع العزل لأن الماء قد سبق وفيه أنه إذا اعترف بوطء أمته صارت فراشا له وتلحقه أولادها

Artinya : “Sabdanya pada hadith lelaki yang melakukan azal dengan hamba perempuan dimana akhirnya hamba itu hamil hingga akhir hadith menjadi dalil atas dihubungkan zuriat yang terjadi ketika melakukan azal kerana sungguhnya mani terkadang terlepas ke dalam rahim. Dan pada hadith ini bahawasanya apabila mengaku dengan jimak hambanya maka jadilah hamba itu sebagai firash baginya dan dihubungkan segala anak kepadanya.” (Kitab Syarah Muslim)

Dan telah menyebut oleh Syeikh Ramli :

IKLAN

ولو وطئ وعزل حرم) النفي (على الصحيح) ؛ لأن الماء قد يسبقه ولا يشعر به
Artinya : “Dan jikalau jimak oleh suami dan melakukan azal nescaya haram menafikan zuriat atas yang sahih kerana sungguhnya terkadang terlepas mani ke dalam rahim dan tidak sedar ia.” (Kitab Tuhfatul Muhtaj)

Tak Pernah Ada Zuriat, Tapi Guna Perancang Nak Dapat Anak. Ustaz Azhar Jelaskan Hukumnya!

KESIMPULAN

Hukum merancang keluarga adalah diharuskan oleh syarak dengan qaidah yang tidak memudaratkan nyawa dan kesihatan diri.

Yang menentukan segala kejadian yang berlaku ialah Allah bukannya makhluk dari kerana sungguhnya makhluk hanyalah merancang.

Jika perempuan yang mengamalkan perancang keluarga itu hamil maka anak tersebut adalah anak yang sah bagi suaminya jika ada berlaku persetubuhan.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI