
Sebenarnya tak perlu berbelanja besar untuk mencantikkan kediaman. Apa yang penting tahu mencari kelengkapan yang murah bersesuai mengikut bajet. Tak perlu mahal, asalkan simple dan serbaguna.
Begitulah yang dipraktikkan oleh wanita ini. Beliau menggunakan rak pada harga bajet untuk membuat ruang meja kopi.
Barang-barang dibeli mengikut suai padan. Tidak mengambil tukang untuk membuat perabot. Sebaliknya membeli perabot serba guna. Apabila dihias memang nampak superb.
Ikuti perkongsian wanita ini.
My Coffee Corner
Alhamdulilah siap 1 lagi ruang…My dream come true..Nak siapkan satu2 ruang bukan senang..tara nak dapat idea byk seacrh & jenguk2 web ikea..Balang2 pun kena cari yg kena dengan tema..Dah dapat idea kadang bajet pulak xmengizinkan..So pelan2 kayuh…himpun duit beli sikit2..
Kabinet – Ikea (Knoxhult)
Para – Ikea (Burhult)
Balang – Ikea & Eco & Ssf
Saya ‘Lembut hati’, Isteri Pula Lebih Tegas Dengan Anak-Anak- Asfan

Menyebut namanya mungkin agak asing bagi sesetengah peminat bidang seni, namun lagu-lagunya cukup diminati dan menjadi siulan. Asfan Shah, 34 pemilik lagu popular Sumpah Cintaku dan terbaru Cinta Fatamorgana tidak kecewa biar diri kurang dikenali. Sebaliknya, dia yang sudah hampir 10 tahun dalam industri seni menganggap rezeki seseorang adalah ketentuan Sang pencipta.
Berpeluang mengabadikan kisah penyanyi dan komposer ini bersama keluarga tersayang untuk Majalah Keluarga memberi peluang penulis melihat sisi berbeza ayah kepada tiga cahaya mata ini.
“Saya sebenarnya seorang yang work smart, kalau dalam sebulan kerja 1-2 minggu dan selebihnya adalah bersama keluarga. Tetapi kalau kerja memang akan fokus dan suka bekerja di bawah tekanan kerana hasilnya pasti berbaloi. Isteri dan anak-anak sudah faham dengan cara kerja saya. Kalau saya sibuk dengan kerja, isteri akan bawa anak-anak untuk pulang ke rumah keluarganya supaya tidak ganggu kerja saya.
“Tetapi kalau anak-anak ada di rumah dan tidak dapat elak kalau mereka datang kepada saya. Jadi saya tinggalkan seketika kerja. Jujurnya anak-anak kurang takut dengan saya. Kalau tegur mereka tidak takut dan jenis yang sangat lasak. Walaupun ada masanya saya marah juga tetapi kalau saya tutup pintu, mereka akan terus ketuk pintu sampai saya buka.
“Berbeza dengan isteri saya, dia tidak garang tetapi tegas. Mungkin yang membuatkan anak-anak takut dengannya. Sekali isteri bersuara, anak-anak akan dengar. Kalau saya yang marah mereka boleh gelak-gelak seolah-olah saya sedang bergurau. Mungkin kerana saya jenis simple dan dengan anak-anak saya bukan jenis pemarah.
“Anak-anak juga sangat ‘behave’ di rumah ketika ketiadaan saya. Tapi kalau saya di rumah anak-anak akan bermain sehingga 1-2 pagi tak tidur. Bukan mereka bermain dengan saya tetapi mungkin kerana saya ada, jadi mereka jadi mengada-ngada sedikit,”Cerita Asfan atau nama sebenarnya Norasfan Shah Shah Rudin, mengenai gelagat dan keletah anak-anaknya.
Tiada istilah kena tinggal
Mendirikan rumah tangga ketika berumur 28 tahun bersama bekas pramugari bernama Ain Sakinah pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata Ali Haytham Shah, 5, dan Ali Wakeel Shah, 3 dan terbaru, Ali Binyameen Shah, 7 bulan.
Usai berkahwin, Ain mengambil cuti panjang sehingga disahkan mengandung, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
“Saya berkahwin ketika masih dalam bulan Syawal. Selepas itu, saya mengikut isteri ke Dubai kerana dia bertugas di sana. Awalnya saya mengambil keputusan untuk menetap di sana, tetapi lagu saya waktu itu tengah meletup di radio dan kebetulan isteri disahkan mengandung. Jadi kami ambil keputusan untuk pulang ke Malaysia dan isteri berhenti kerja. Jadi tiada istilah ‘kena tinggal’ waktu raya seperti mana pasangan lain. Malah dalam bab nak pulang beraya tiada masalah kerana kami berdua jenis ‘fleksibel’. Kami bergilir-gilir. Untuk tahun ini, kami akan pulang ke rumah keluarga saya terlebih dahulu.
“Malah, kalau raya pertama di rumah saya dan ada majlis di rumah mentua jadi kami akan pulang ke sana pada raya kedua. Jadi, tidak timbul soal bermasam muka nak balik beraya,” ujar Asfan sambil memberitahu tiada istilah bercuti dalam dirinya kerana semuanya adalah fleksibel dan mengikut jadual sendiri.
Tidak suka bekerja pada hujung minggu kerana lebih kepada masa bersama keluarga, anak kelahiran Melaka ini ada cara tersendiri dalam mendidik anak-anak.
“Jujurnya anak-anak saya memang lasak dan kadang-kadang tak terlayan. Jadi, saya dan isteri guna pendekatan tersendiri. Kami akan memberi ‘bintang’ kepada mereka jika mereka buat baik. Jadi, mereka kena kumpul bintang-bintang tersebut. cukup 10 bintang saya akan beri hadiah ikut apa yang mereka mahukan. Tetapi jika mereka buat salah, maka ‘bintang’ tersebut akan ditolak secara automatik.
“Saya ni cepat ‘lemah’ dengan anak-anak. Kalau sudah tiga kali beli tetapi mereka masih nak lagi nak tak nak terpaksa beli untuk pastikan mereka tak buat perangai. Tetapi isteri saya tegas dan tidak akan ikut apa yang anak mahukan. Isteri tegas tetapi anak-anak hormat,” seloroh Asfan lagi yang gemar membawa anak-anak dan isteri setiap kali ada kerja di luar.
Asfan suami yang manja
Ditanya persiapan raya tahun ini, Asfan menyerahkan semuanya pada isteri yang lebih ‘expert’ dalam bab tersebut.
“Tahun ini isteri cakap nak buat biskut raya sendiri, jadi saya nak tahun berhasil atau tidak dengan keadaaan anak-anak ini. Tetapi sebagai suami saya tetap menyokong dan membantu mana yang patut. Lagipun kami ada baby jadi agak penat isteri di rumah. Tetapi setakat ini baby tak banyak ragam dan kalau saya ada di rumah saya akan bantu isteri di dapur.
“Ada masanya saya akan tunjukkan kepakaran memasak terutama waktu pagi. Saya rajin sediakan sarapan yang ringkas sahaja untuk keluarga seperti cekodok pisang, cucur jagung, pizza segera. Tapi jangan harapkan nasi lemak, lauk rendang dan sebagainya memang saya tidak pandai.
“Jadi isteri dan ibu bukan semudah yang disangka. Ada juga pembantu di rumah tetapi hanya menguruskan anak-anak tetapi sekarang semuanya isteri yang lakukan sendiri. Jadi suri rumah memang penat dan sebagai suami saya sangat faham part tu. Kerana itu, saya membantu jika ada masa terluang.
‘Jujurnya saya seorang suami yang manja terutama sekali apabila sakit. Saya tidak boleh jika ada berlaku perselisihan faham kerana mudah serabut dan stres. Kalau ada pergeseran, saya jenis suka meluahkan dan bercakap dan isteri pula berbeza. Dia lebih suka diam, saya jadi stres sebab tak boleh kalau tak bercakap dengannya,”kata Asfan sambil mengakui tidak romantik namun itu cara mengambil hati dan memudahkan kerja isteri termasuklah mencuci pakaian dan pinggan di dapur.
Sumber: Majalah Keluarga Jun 2018
Telefon Pintar Percuma Untuk Keluarga B40, Mudahkan Anak Belajar Di Rumah!

Semenjak anak-anak kita tidak boleh ke sekolah akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan 18 Mac lalu oleh kerajaan, nyata itu bukanlah alasan untuk anak-anak kita tidak mengulangkaji buku pelajaran.
Apatah lagi usaha dan iniasiatif guru-guru telah menggunakan aplikasi whatapps untuk berkongsi nota dan memberikan latihan kepada anak murid, usaha ini harus dipuji.
Apa yang pasti tujuan murni ini bagi memastikan anak-anak kita terus dapat belajar walau tidak dapat pergi ke sekolah seperi biasa akibat Covid-19 ini.
Pun begitu, kita juga sedia maklum tidak semua pelajar tersebut terdiri daripada keluarga berkemampuan, ada sebahagiannya tidak mempunyai telefon pintar.
Pun begitu, memetik berita yang dikongsikan di Harian Metro, pastinya ramai berlapang dada bila mana YAYASAN YTL dengan kerjasama YTL Communications telah menawarkan telefon pintar percuma kepada pelajar sekolah kerajaan dari keluarga B40 yang tidak memiliki telefon pintar atau peranti mudah alih bagi sesi pembelajaran di rumah.
Inisiatif belajar dari rumah itu sebagai tambahan kepada kad SIM YES 4G dilengkapi dengan data 40 GB selain sumber pembelajaran yang turut diberikan kepada pelajar sekolah terbabit.
Setiap telefon pintar terbabit akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120 GB bagi tempoh setahun.
Guru beri nama pelajar yang layak
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Yayasan YTL memohon kerjasama guru sekolah terbabit tampil membantu memberikan nama pelajar yang layak bagi memastikan telefon pintar itu dapat diserahkan kepada keluarga memerlukan.
Bekas guru dan isteri kepada Pemegang Amanah Yayasan YTL Tan Sri Aris Othman, Puan Sri Sherina Aris berkata, guru adalah yang terbaik untuk menilai keperluan pelajar di dalam kelas mereka.
Kemukakan pendaftaran
Guru boleh mencalonkan nama pelajar yang layak menerima telefon pintar di www.ytlfoundation.org/learn manakala pelajar yang berjaya akan dimaklumkan dan perlu mengemukakan pendaftaran mereka bagi membolehkan menerima telefon pintar dilengkapi pelan data 12 bulan YES 4G percuma.
sumber : Harian Metro
Kecur Air Liur Tengok Lauk Paprik Ayam Ni. Patutlah Resepi Ni Viral

Sejak bulan Ramadan, tentunya para ibu tercari-cari resepi berbuka dan sahur untuk seisi keluarga.
Jika setiap kali membeli di bazar tentunya bosan kan. Apa kata cuba resepi paprik ayam ni cara puan Nurbaizura Sani.
Bahan-bahan nak buatnya pun mudah. Tentu anak-anak dan suami selera dengan hidangan daripada air tangan ibu!
Bahan-bahan
Step 1
Bahan-bahan sos
bahan-bahan untuk tumis
Cara menumis
Masukkan sayur
Siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Nurbaizura Sani Via Ilham Resepi